Friday, 5 July 2013
PEROMPAK BERTEMU BUKU DENGAN RUAS!!!!...SEORANG PEROMPAK DITEMBAK MATI OLEH SEORANG TAN SRI DAN 2 RAKAN JENAYAHNYA CABUT LARI LINTANG PUNGKANG TAK CUKUP TANAH!!!!
Seorang perompak bersenjatakan sebilah parang telah menyerbu sebuah klinik di Cheras semalam mendapati dirinya merompak mangsa yang salah apabila kena tembak ketika cuba melakukan rompakan
Mangsa adalah seorang Tan Sri yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut pada masa itu.
Dalam kejadian itu, tiga lelaki menyerbu ke klinik dan menuntut semua orang yang berada dalam klinik untuk menyerahkan semua barang-barang berharga dan wang tunai.
Tan Sri, berumur lingkungan yang 50-an, terus keluarkan pistol dan memberitahu 3 perompak berkenaan untuk meninggalkan klinik jika tidak dia akan melepaskan tembakan.
Amaran keras Tan Sri itu langsung tidak diendahkan perompak-perompak berkenaan apabila salah seorang dari mereka menerkam dan terus menyerang beliau dan berlaku pergelutan mengakibatkan beberapa das tembakan telah dilepaskan dan membunuh salah seorang daripada perompak itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh berkata polis mendapati perompak yang mati beberapa 30m dari klinik dengan luka tembakan di lutut, perut dan punggung.
Suspek mati, berusia 20-an, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kedua-dua yang lain melarikan diri tempat kejadian.
"Tan Sri mengalami kecederaan ringan, melecet pada perutnya apabila salah seorang perompak telah cuba untuk mencedrakannya dengan parang," kata Mohan.
Polis juga telah menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian dan sebuah kereta Nissan diletakkan di luar klinik, yang telah dilaporkan dicuri dalam satu lagi rompakan klinik yang berlaku di Taman Mahkota Batu 9, Kajang pada hari Rabu.
"Ini menunjukkan bahawa perompak juga berkaitan dengan rompakan terawal," katanya.
"Kami telah merampas senjata Tan Sri untuk siasatan dan kita juga mendapati bahawa dia mempunyai lesen untuk meembawa senjata api."
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
negara Allah kurnia rezeki berlimpah, import lebih 3 juta pekerja asing tapi tak mahu hukun hudud.Nampak sangat pemimpin umno bacol laksanakan undang undang Islam. Bala nya lihat kejadian rompakan ini.Kalau Malaysia banyak pekerja asing, walhal warga negara tak mahu bekerja sebab pulangan tak setimpal, keuntungan syarikat hanya untuk untungkan keroni pemegang saham tapi gaji dan imbuhan pekerja tak di pudulikan.. Malu gaji minima tak di laksanakan jadi di syorkan RM1300. Bagaimana nak saing pekerja asing. Jangan cakap orang kita malas, cuma pemimpin nak berlumpa nak jadi tamak hingga kan keuntungan syarikat selalu lebih kepada pemegang saham keroni.Saya cadangkan setiap syarikat yg guna pekerja asing kerajaan caj syarikat RM500 seorang tiap bulan tapi jika pakai pekerja tempatan tak kena caj dan pihak kerajaan arus memberi insentiveRM500 untuk mengalakkan rakyat berkerja apa saja walau kuluaran university . Wahai anak muda yg lulusan tinggi, pengeluaran graduan melebihi pemintaan, jadi kalau cadangan saya di lasanakan ayuh kerja apa pun asal kan halal dan duit kita tak mengalir ke luar negara. Ingat di India 20 tahun lalu dan sekarang seorang lulusan Dr atau Master sanggup jadi konducter bus kerna di sana susah kerja. Benda dah berlaku di Malaysia, bangkit marilah rebut apa juga pekerjaan asal kan halal . Jangan menganggur nanti boleh sakit jiwa. Ini adalah nasihat hamba Allah yg sayangkan negara. Berkat bukan nya lulusan tiggi,jawatan besar tapi ada keredaan Allah walaupun gaji kecil semua cukup dan boleh bersholat.Segai motivasi bekerjalah apa saja, bersholat dan doa agar segala yg di syorkan dapat dilaksanakan pemerintah.Negara kita negara terkaya di dunia, tapi rasuah, tamak & fitnah telah memangsakan rakyat yg daif ini.Selagi kekayaan negara berputar kesuatu kelompok(kroni) tunggu lah bala Allah.Bala 1.Banyak penganggur 2.Bawa banyak pekerja asing cuma memperkayakan kroni 2.Masalah social dan beribu lagi masaalah.Henti kan rasuah, sanggupkah beri keluarga makan dgn bersubahat dgn rasuah?Ingat Allah maha melihat walaupun sembunyai manapun,tak takut kah neraka Allah kekayaan negara kau kaut sekenyang kenyang nya dan rakyat kau bodohkan dgn pemberian macam macam tunai sebelum PRU13, rasuah terangan.
ReplyDeleteKPN menafikan negara antara 10 negara jenayah tertinggi di dunia ha ha haha...
ReplyDeleteOmno pun merompak harta negara..macai diam ja..x kecoh pun..utusex menipu pun macai tetap,prcaya..bagus ketaatan yg ditnjukkan macai..syabas,macai..anda telah membuktikan kebaculan anda..haha
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemalaysia huruhara kerana siapa???
malaysia byk jenayah kerana siapa???
malaysia tegakkan melayu kerana siapa???
malaysia kaya dgn alam rezeki utk siapa???
malaysia jadi tak selamat kerana siapa???
malaysia senang utk siapa???
malaysia susah utk siapa???
adakah ini semua salah rakyat malaysia???
adakah ini semua kerja rakyat malaysia???
adakah ini semua suruhan ajaran islam???
adakah ini semua kemahuan rakyat malaysia???
maka siapa celaka???
maka siapa penipu???
maka siapa haram jadah???
maka siapa mengkianati islam???
maka siapa tegakkan melayu ???
maka siapa penyebab huruhara ???
maka siapa bertanggungjawap???
maka siapa gila kuasa gila harta rakyat malaysia dipinggirkan???
maka siapa pencuri terbesar dinegara ini???
maka siapa penyamun terbesar dinegara ini???
maka siapa perompak terbesar dinegara ini???
maka siapa jadi mangsa jenayah dinegara ini???
jadi kenapa kita masih nak harapkan si syaitan ini!
adakah kita rakyat yg harus bertanggungjawap atas semua ini!
kalau rakyat terus jadi bodoh n tunduk si syaitan dinegara ini maka malaysia akan hancur n malaysia akan penuh dgn syaitan n iblis bertopengkan manusia.
kalau nak selamatkan malaysia tiada lagi tunggu2,tiada lagi bicang2 tapi terus lakukan n laksanakan, n tegakkan islam dibumi malaysia ini n islam yg diutamakan bukannya melayu.
amin.