Wednesday, 24 July 2013
MB SELANGOR UMUMKAN BONUS SEBULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM SELANGOR!!!!!
S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.
"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.
Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.
"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.
APALAH KERAJAAN PR SELANGOR NI..KERAJAAN PUSAT PUN MASIH TERHEGEH-HEGEH SAMA ADA NAK BERI ATAU TIDAK BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM...JANGANLAH BUAT JUAK-JUAK UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN APABILA TERBACA ARTIKEL INI.
PALING SYOKNYA TU.. MB SELANGOR KATA KALAU KERAJAAN PUSAT UMUMKAN SEBULAN BONUS KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR AKAN UP LAGI SETENGAH BULAN.
ADUH!!!!.. NAPE SAMPAI GINI SEKALI NAK BUAT RAKYAT MUAK DAN MELUAT DENGAN KERAJAAN PUSAT.
NAMPAKNYA MEMANG TAK RUGI DAN TEPAT RAKYAT SELANGOR MENGEKALKAN MALAHAN BERI UNDI LEBIH KEPADA PR PADA PRU 13 LALU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Hang nak bagi- bagi la senyap senyap YB Khalid ooiii tapi jangan la dok layog macamni,
ReplyDeleteni depa berasa panaeh garin kena senggau, hang dok chandet kat sapa pulak,
silap angin buleh demam tak kebah tau, meleleeeh ayag liog, kesian aku.
Tapi nak buat macamana pak penakan dok cucuk jarom kat mat sembab jangan dok bagi duit banyak banyak sangat kat kakitangan, pasai apa dia takot sikit lagi anak dia naik jadi piem duit habeh kot.
Hangpa tau dak Pak penakan bagi nasehat kat mat sembab kalu nak ambik ati kuli bagi duit selin sikit sikit sudah la. Duit seringgit simpan kat anak dia. Tu pasai asyik asyik dok kaji dok kaji tu. Lepaeh raya kot baru buleh habag pasai bonos.
Terima Kasih YB Tan Sri Khalid Ibrahim
ReplyDeleteha.ha.ha.pusat tak mampu tapi kerajaan negeri mampu.jelas yg di pusat tidak tahu mengurus kewangan.minta pusat belajar dr kerajaan negeri cara amanah menguruskan wang negara.amat memalukan.
ReplyDeleteIni utk penjawat awam negeri selangor je. guna duit rakyat bayar bonus. macam mana dgn rakyat bawah naungan negeri selangor? takde ke? kan itu semua duit rakyat? ;)
ReplyDeleteguru di selangor dapat ker??
ReplyDeleteguru.. GARU je le... sekolah bwah kementerian mana ekk!!! kementerian tu bawah kerajaan man ekk!!! lu takka tak bleh pikir????
DeleteKepada MB selangor , takde ke bonus untuk rakyat yg tidak bekerja di bawah lantikan kerajaan negeri cth guru JAIS, pejabat tanah dll? Takkan takde apa2 formula pemberian kpd rakyat jelata negeri selangor? Betul juga. Duit bayaran bonus itu adalah duit rakyat.Kalau dahulu anda tusuk pemikiran kami dgn katakan pemberian BRIM adalah duit rakyat, kenapa tidak Kerajaan selangor keluarkan juga duit rakyat yg dikutip hasil cukai pintu dll utk membantu rakyat kampung sempena hari raya nanti. Bantulah kami juga yang telah membantu kemenangan kalian semua.
ReplyDeleteKang kami rakyat mogok asyik berhimpun je macam mana?:)
Ini semua duit rakyatt
Tgk sama kelebihan bukan kekurangan... byk lg kemudahan utk rakyat terbanyak selangor...
ReplyDeleteayat yang khalid cakap kalau kerajaan pusat umum bonus sebulan setengah gaji nanti kerajaan selangor tambah lg setengah bulan gaji. baca betul2 ler
ReplyDeletememang dh dipersetujui 1 bulan gaji. dan khalid kata kalau kerajaan persekutuan bagi 1 1/2 bulan bulan gaji nanti dia akan tambah lagi setengah bulan lagi. lu yang tak paham ayat. baca betul2 la macai.....
Deleteini adalah ayat penulis blog tulis:
DeleteAPALAH KERAJAAN PR SELANGOR NI..KERAJAAN PUSAT PUN MASIH TERHEGEH-HEGEH SAMA ADA NAK BERI ATAU TIDAK BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM...JANGANLAH BUAT JUAK-JUAK UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN APABILA TERBACA ARTIKEL INI.
PALING SYOKNYA TU.. MB SELANGOR KATA KALAU KERAJAAN PUSAT UMUMKAN SEBULAN BONUS KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR AKAN UP LAGI SETENGAH BULAN.
ADUH!!!!.. NAPE SAMPAI GINI SEKALI NAK BUAT RAKYAT MUAK DAN MELUAT DENGAN KERAJAAN PUSAT.
NAMPAKNYA MEMANG TAK RUGI DAN TEPAT RAKYAT SELANGOR MENGEKALKAN MALAHAN BERI UNDI LEBIH KEPADA PR PADA PRU 13 LALU.
penulis blog kata mcm ni: PALING SYOKNYA TU.. MB SELANGOR KATA KALAU KERAJAAN PUSAT UMUMKAN SEBULAN BONUS KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR AKAN UP LAGI SETENGAH BULAN.
ayat sebenar: Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.
baca betul2 ler....... penulis blog pun baca betul2
Bantuan kewangan kerajaan vs bonus kerajaan ng.tak perlu nak dibanding2kan.peringkat perseketuan kesemua penjawat awam telah mendapat KGT 2 kali + bantuan kewangan..sudah memadai.tidak timbul soal tak reti urus duit sebab dah banyak kenaikan diberi kerajaan persekutuan.sekarang masa untuk membangunkan negara.Harap anak2 muda yg sedang melayari internet cakap tu biarlah secara bernas dan jgn buat komen yg menunjukkan tahap pemikiran anda sekarang i.e.mudah terpengaruh dgn dakyah2 politik.belajar rajin2 dan bekerja secara hemah.
ReplyDeleteskrg kami rakyat yg tidak berkhidmat dgn kerajaan negeri selangor tidak dihiraukan oleh MB. Bonus adalah dari duit rakyat. langsung takde formula utk pemberian bantuan kpd rakyat kampung.kami bukan mahukan ganjaran yg sama besar dgn kakitagan awam selangor, tp langsung tiada peruntukan utk bantuan raya kpd kami atau bantuan sempoena akhir tahun nnti. baru kami sedar...sekurang2nya kerjaan persekutuan menggunakan duit rakyat utk bonus kpd kakitangan dan brim utk rakyat biasa...
ReplyDeletedah la tertipu dengan prhimpunan black 505 yg sekrg senyap. skrg tertipu dgn MB selangor. dimana duit rakyat??
mana duit rakyattt!!