Monday 15 July 2013

ANAK KHIR JOHARI ZAIRIL...BUAT ONAR DI PARLIMEN...PERANGKAP TIMBALAN PERDANA MENTERI DENGAN SOALAN-SOALAN MAUT!!!!



Pada sesi Parlimen kali ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan mengenai pelbagai projek yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kebelakangan ini.

Sebagai contoh, Menteri sebelum ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan bertekad untuk menyediakan sambungan internet kepada kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia untuk memastikan setiap murid mendapat manfaat daripada kemudahan internet yang berkualiti tinggi.

Pada masa yang sama, kita juga dimaklumkan murid Malaysia tidak lama lagi akan didedahkan kepada “Virtual Learning Environment” (VLE) atau pelantar pembelajaran maya dan platform pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) yang menyediakan akses ke kelas maya, mata pelajaran maya, kerja sekolah dan sumber-sumber lain. Alat pendidikan baru ini kini digunakan di banyak negara di seluruh dunia, dari United Kingdom hinggalah ke Korea Selatan.

Pada masa yang sama, tidak ada gunanya mempunyai internet jalur lebar dan alat e-pembelajaran canggih seperti VLE tanpa perkakasan untuk menyokongnya. Oleh itu, Muhyiddin juga telah berjanji bahawa setiap murid akan dilengkapi dengan komputer riba masing-masing, di bawah program “1 Student 1 Device” atau 1 Murid 1 Peranti.

Walaupun saya dapat menjangkakan angka mengejutkan dari segi perbelanjaan untuk pelbagai program ini, saya harus mengakui saya terkejut apabila mendapati semua projek di atas telah dianugerahkan kepada hanya satu syarikat tunggal – YTL Corporation Bhd dan anak syarikatnya.

Daripada beberapa jawapan Parlimen yang telah saya terima, saya dapati YTL telah dianugerahkan projek-projek berikut:

    Pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah (RM663 juta bagi kontrak 2.5 tahun);
    Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru-guru, pelajar dan ibu bapa (RM250.5 juta untuk yuran pelesenan bagi suatu jangka masa tetap dan RM262.8 juta bagi kos pengurusan dan penyelenggaraan); dan
    Pembekalan komputer riba Chromebook di bawah program “1 Student 1 Device” (RM139.6 juta untuk tempahan 116,399 unit permulaan pada kos RM1,200 setiap unit).

Jumlah nilai projek-projek di atas adalah RM1.32 bilion. Jumlah ini sudah tentu bukan muktamad, kerana sebahagian besar perbelanjaan melibatkan kos berulang, seperti kontrak jalur lebar berkelajuan tinggi serta yuran pelesenan VLE dan kos penyelenggaraan. Bagi komputer riba Chromebook, jika matlamat rancangan itu untuk melengkapkan setiap murid dengan satu unit komputer riba sebagaimana dinyatakan dalam program 1 Student 1 Device, maka kos akhir bakal mencecah RM6.6 bilion bagi 5.5 juta unit.

Secara keseluruhannya, jumlah kos bagi ketiga-tiga projek yang dianugerahkan kepada YTL dengan mudah boleh meningkat sehingga RM9 bilion dalam tempoh lima tahun. Dalam erti kata lain, YTL kelihatannya telah mendapat durian runtuh dalam bentuk monopoli dalam Kementerian Pendidikan.

Susulan kepada pendedahan ini, soalan-soalan serius yang kini perlu dijawab adalah:

    Adakah proses tender terbuka yang berdaya saing dijalankan untuk pembekalan infrastruktur jalur lebar 4G, VLE serta Chromebook?
   
Sejak bila YTL, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang utiliti, pembinaan, pembangunan hartanah dan baru-baru ini pembekal perkhidmatan internet, menjadi pakar dalam perkhidmatan pendidikan?
   
Selain infrastruktur jalur lebar 4G dalam projek 1BestariNet itu, apa yang membuatkan YTL menjadi pilihan terbaik untuk menyediakan bukan sahaja perisian VLE tetapi juga perkakasan Chromebook sedangkan syarikat ini bukan pemaju perisian atau pengeluar komputer?

Kementerian Pendidikan harus segera menjawab semua soalan-soalan ini untuk mengurangkan kebimbangan besar terhadap projek yang bukan sahaja bakal menelan belanja yang besar, tetapi juga akan memberi kesan kepada setiap kanak-kanak yang masih bersekolah di negara ini.

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera

4 comments:

  1. Melayu kasi cina makan..mcm ini laa..YTL adalah cina terkaya di Malaysia tangga ke tujuh...dah kaya bagi laaaagi projek....mana tak kaya cina kat mesia ni? kasi laa kat melayu!!!...

    ReplyDelete
  2. Ni bukan anak khir johari la...ni melayu wannabe..

    ReplyDelete
  3. hidup melayuuuu.

    ReplyDelete
  4. Jalan pintas untuk KAYA. Adake jalan pintas ke SYURGA?..tepuk dada tanya akal bukannya tepuk dada tanya selera.Maaflaa..Pakcik Din kita ni lemah ilmu hisab nya..dia bukannya tahu angka angka yg disebut diatas. Dia tahu...Masyukkkkk

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...