MUDOH BBASO....SENAE KKIRO...
Tidak ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku
Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut,
lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara
masyarakat setempat mengenai “gelomok” nya beliau dengan orang-orang
kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan
Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu.
Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan
Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau
anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail,
kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut.
PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang
cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala
Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji
Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor
berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti
di dalam Dun Kuala Besut.
Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan
calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun
ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi
kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian
terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang
lebih dikenali dengan nama ‘Che Long’ setakat ini mempunyai kelebihan
agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu.
Pertama, apa
yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah
kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh
hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman
berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur
dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku
Zaihan.
Calon PAS itu bersekolah di Kuala Besut. Maka seramai
mana kawan, guru dan kenalan diperolehinya sepanjang persekolahan itu
sudah tentu ramai dari kalangan penduduk Kuala Besut. Sedangkan Tengku
Zaihan menghabiskan zaman persekolahan dan pengajiannya di perantauan.
Beliau bersekolah menengah di Dungun, sebelum melanjutkan pula pengajian
ke peringkat universiti di Pulau Pinang. Sekerap mana pun dia pulang
sebelum ini (kalau pun dia kerap pulang bercuti sepanjang tempoh
pengajian itu), sudah tentu tidak sama dengan seorang lain (Che Long)
yang ‘bertumah’ di kampung sepanjang masa itu.
Apabila memasuki
alam pekerjaan pula, kelebihan sekali lagi memihak kepada Che Long.
Nama beliau mula menjadi sebutan masyarakat sebagai peniaga stor kayu
yang “mudoh bbaso, senae kkiro”. Ertinya, beliau suka mempermudahkan
segala urusan jual-beli, tidak terlalu ‘pegang harga’ dan pemurah.
Sifat pekerjaannya itu juga menjadikannya berinteraksi dengan
masyarakat setiap hari. Para pekerjanya adalah penduduk tempatan,
pelanggan yang berurusan dengannya pula kebanyakannya dari
kampung-kampung sekitar Kuala Besut juga. Cara interaksi antara mereka
itu tentu sekali berbeza dengan seorang pegawai kerajaan (calon BN),
yang hanya akan turun menemui masyarakat atas tugasan rasmi, di dalam
menyelesaikan kes-kes tertentu sahaja.
Kedua, perbezaan amat
ketara juga ialah dalam sumbangan bakti kedua-dua mereka kepada
masyarakat. Sifat dermawan Che Long kepada masyarakat Besut, terutama di
Kuala Besut sendiri telah diketahui umum sejak sekian lama. Kekayaan
anugerah Ilahi kepadanya menerusi usaha niaganya yang berjaya ternyata
tidak dihabiskannya untuk diri dan keluarganya semata-mata.
Hampir tidak ada program besar parti yang tidak menerima sumbangan
bermakna daripada Che Long. Saya teringat dalam satu mesyuarat AJK PAS
Kawasan Besut, ketika mana saya masih berada di dalam hierarki parti di
situ, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Puan Napisah Ismail,
membentangkan program-program yang mahu dilaksanakan sayap parti itu.
Beliau lantas memohon peruntukan daripada PAS Kawasan, dan secara
spesifik meminta sumbangan peribadi daripada dermawan-dermawan,
terutamanya Che Long.
Hamba Allah ini yang turut berada di
dalam mesyuarat tersebut selaku Bendahari PAS Kawasan Besut tanpa
teragak terus bertanya, “agak-agak berapa (RM) yang Muslimat perlukan?”
Saya dimaklumkan kemudiannya, jumlah disumbangkan Che Long kepada
Muslimat sangat besar, sekira-kira tidak perlu Dewan itu meminta
sumbangan kewangan daripada pihak lain bagi menjayakan program tersebut.
Setakat saya tahu, sumbangan itu dari poket peribadi Che Long, bukan
dari akaun PAS Kawasan.
Jumlah masjid dan surau/musolla yang
mendapat sumbangan pembinaan daripada poket Che Long juga sangat banyak.
Seorang sahabat baik saya yang juga seorang guru selaku penggerak
sebuah surau di Kampung Keluang (Dun Kota Putera) pernah memberitahu
saya bahawa kebuntuannya mencari sumber kewangan menyiapkan surau yang
baru dibina di qaryahnya beberapa tahun lalu akhirnya terlerai selepas
perbualan ringkas dengan Che Long. Hanya dengan satu panggilan telefon,
dia mendapat peruntukan “perkakas atas”, yakni atap dan segala struktur
kekuda yang menampungnya.
Begitu juga dengan jumlah rumah
kediaman golongan tidak bernasib baik yang diberikan bantuan berbagai
alatan pembinaan. Dalam setiap kejadian bencana yang menimpa masyarakat
di Besut, apabila perjalanan bantuan diambil menerusi saluran parti,
pasti akan ada sumbangan peribadi daripada kontraktor berjaya ini.
Paling tidak pun, jika parti menjanjikan pembiayaannya, Che Long tidak
teragak mendahulukan perbelanjaan peribadinya untuk penyelesaian segera
permasalahan rakyat.
Pendekata, jiwa menabur bakti dan tidak
“kupid” menjadikan beliau sangat sesuai dijadikan tempat mengadu hal
oleh masyarakat, terutama khalayak yang tidak bernasib baik. Tidak
sia-sia Alah Ta’ala berterusan menganugerahkan rezeki kepadanya. Lebih
tidak sia-sia Allah mengilhamkan kepada para pemimpin PAS untuk memilih
insan mulia ini sebagai sandaran menakluki hati-hati para pengundi di
Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti.
Ertinya, kelebihan di pihak
Che Long bukan sekadar faktor beliau anak jati Dun Kuala Besut. Beliau
anak jati yang dekat dan berdampingan dengan permasalahan masyarakat.
Semoga Allah membantu perjuangan ini dengan tampilnya seorang tokoh yang
benar-benar “mudoh bbaso, senae kkiro” ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Puji sgtlah mlambung2...selama ni semua calon PR adalah pilihan yg tepat..mmg lawaklah..x tinggi blajar pn xape..org pas bgi duit sabagai sumbangan tp pihak lain dipanggil rasuah...adun bn dh byk bagi sumbangan bukan stakat masjid surau tp mcm2 x kecoh pun..senyap2 je..fakta yg jelas
ReplyDeleteSalam.memang tak dinafikan sumbangan dari adun2 bn selama ni.dan tak dinafikan kehadiran ramai wartawan bila adun bn bg sumbangan...untuk apa jemput wartawan.jawabnya nak tunjuk2 dan tiada keiklasan....
Deleteala.yop udah lerrr.tb1,2,3/4,ntb7,astro awani,utusan meloys,berita hairan,kosmo,nst,star,jabatan jabatan kerajaan umporno.tak cukup ker lagi sampai blog omak kau pun nak ko suruh promote calun be end.aper kejadah jenis sahabat setan ko nie.HALOBA.
DeleteSumbangan Che Long bukannya waktu PRK. Ia lakukan sblum mnjadi calon. Ini bukannya rasuah. Rasuah brlaku apabila pemberian tsbt ada tujuan.
ReplyDeleteDh dpt jadi calon ni bukankah itu tujuannya mnyumbang..tengoklah knyataan wlupn dulu miskin n xde ijazah tp hidup senang skg mudah menderma wlupn berapa tinggi jumlahnya...hebatnya anugerah Ilahi ini.. Besar mana kekayaannya tu..mcm nk mngajar rakyat supaya xyah blajar tinggi2 aje..Allah dh tentukn rezki masing2
DeleteSalah che long.....dermawan dan tak berijazah...Silap Tg Zaihan. ....berijazah. Mana lebih mana kurang....pengundi kuala besut yg membuat pilihan. Umno tetap suka pengundi kuala besut terus miskin.....dapat pegang janji bn tp PR teruskah akan menderma jika selepas ini rakyat kuala besut memilih kemiskinab total?
ReplyDeletePuak UMNO ni bodoh...masih dok sedar isu kampung bandar ekonomi pendidikan Dan sebagainya melayu koho miskin koho bodo pun dok sedar sedar...kekayaan GLC habis nyo kekoh ko dio GST rakyat tanggung..baso UMNO sumbak...kalu berani ngaku UMNO ISLAM takut nga ALLAH S.W.T JELAS BELAKO HOK MUNG (UMNO )DUK TIPU SELAMA NI KO RAKYAT..UMNO DARI PALO SAPA KO KAKI PUAK MUNG NI BASO CELAKO.
ReplyDeleteEh orang lain hidup bawah BN kat besut ni tak miskin pun.Ko tu jer yg malas,sebab tu ler hidup miskin kot.Contoh paling baik si che long ni.Bawah BN ler jugak dia dapat hidup berniaga dan senang lenang walaupun dia hanya ada SPM jer. Melayu yg malas mmg ler hidup miskin....ahahaha...
ReplyDeletetah korang nie.tengok bawah umporno semua kaye kaye.mana ada miskin.sampai pencacai tebusan pun berbayar tau.2500.00 sorang tau.keja 2 minggu makanminum tanggung.kerja cume mengarut ngarut jer.umporno kayer kayer.
Deleteahahahahaha....nak fitnah lagi ler ni...ahahahaha...aku maafkan kau punyer kedunguan di bulan puasa yang mulia ini, kau lapar agaknyer kot sampai tak boleh berfikiran waras....ahahahahaha
DeleteUmno bohong penipu.
ReplyDeleteBERANGAN LA PAS OIIIIIIIIIII
ReplyDeleteberangan awatnya.....ang kalut kt sini pasaipa?p blog pro bn la....dok kalut tang sini......awat...kena kt pala kot yg kalut sgt....mmg umno bebai pun...dari bos smpai yg ank buah...tu menteri ang bodoi xbg mkn aym klau aym mahai....bodoinya.....meh nk habaq...ikan dgn daging brapa git sekilo???aku rasa murah ayam lg...ikn 20git sekilo...daging 23git sekilo...awat la menteri kpdnkk jd lagu......letak la jawatan.....bodoi sngguh la...puuuui....umno bodoi
Delete