Monday, 29 July 2013

LAGI PASAL KEBURUKKAN UMNO TERBONGKAR!!!....MUSA HITAM AKUI RAKYAT KELAS PERTENGAHAN TIDAK MENYOKONG UMNO/BN!!!!



Barisan Nasional (BN) perlu serius mengatasi masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi memenangi rakyat Malaysia kelas pertengahan, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

"Apabila rakyat bersifat kritikal, jangan abai mereka dengan cara negatif. Kita kena hormati mereka. Rakyat kelas pertengahan berbeza cara berfikirnya.


"Dan, cabaran kepada pemimpin ialah mereka perlu selangkah di depan tetapi ia tidak berlaku.


Akhbar itu menyifatkan Malaysia boleh dianggap menjadi semakin lantang mengenai kehidupan sosial, ekonomi dan politik mereka dan giat membuat tuntutan terhadap kerajaan.


Rasa tidak puas hati terutama di bandar terkumpul dan diluahkan pada pilihan raya umum Mei lalu - BN terus kekal berkuasa tetapi signifikannya, rakyat kelas pertengahan memberi undi kepada pembangkang.


Malah, negeri kelahiran Musa di Johor, BN hanya menang 133 kerusi Parlimen, berkurangan dari 140 berbanding pilihan raya 2008.


Beliau juga berpendapat, dua jawatan tertinggi parti perlu dibuka untuk pertandingan kerana ia sememangnya prinsip asas demokrasi.


"Pandangan yang mengatakan jika ia dipertandingkan boleh membawa perpecahan dalam parti, sangat mengarut," katanya tanpa berselindung.


"Ia semata-mata kenyataan politik dari penyandang jawatan yang bimbang akan kedudukan mereka," katanya.


Tahun ini, kata akhbar itu, pemilihan parti dianggap genting kerana mereka akan menentukan hala tuju kepimpinan negara.


Pada masa ini, Datuk Seri Najib Razak menerajui parti manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuar-uar antara pencabar kerusi Presiden Umno.


Musa pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden antara 1981 hingga 1986 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum beliau meletak jawatan berikutan perselisihan dengan Dr Mahathir.


Beliau gagal kembali mencapai kedudukannya sebelum meninggalkan arena politik dan kekal dengan situasi itu..M'SIAN INSIDER.

5 comments:

  1. Omno memang buruk smpai usus..macai ja duk hidu wangi sb ada incom..taik pun macai kata coklat

    ReplyDelete
  2. Jangan caya sgat c musa itam nih....org umno bn bila dah tak terpilih atau dipilih selalu sakit sasau dan meroyan. Ghalib pada hukumnya....tidak boleh dipercayai segakanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pecaya musa hitam cakap tu. Yg tongong cuma orang umno laknatullah yg takde kepala hotak je.

      Delete
  3. Perkara paling busuk dan terlalu hina di dunia adalah omno dan macai2 nya...hahaha

    ReplyDelete
  4. "Dan, cabaran kepada pemimpin ialah mereka perlu selangkah di depan tetapi ia tidak berlaku.

    Nak belaku macamana kalau asyik undor atau berhenti untok menjilat ludah dan kahak mengata ke orang yang tertimpa ke batang hidong OMNO

    Rakyat terutama pemimpin PR dah jauh melangkah ke hadapan, tapi pemimpin OMNO sibok mengintai lubang dan peluang untok songlap duit rakyat duit negara bertopengkan macam macam projek menipu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...