HEBAT APABILA MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU YANG MEMPUNYAI BUAH FIKIRAN NAK PATENKAN MASAKAN ASAM PEDAS...MULA-MULA NAK TUTUP JONKER WALK.. TERKINI PARA PENIAGA MELAYU KENA HAMBAT KELUAR DARI TAPAK NIAGA... HIDUP KETUANAN MELAYU!!!!... HIDUP UMNO!!!!.
KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran
1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan
sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak
niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Lebih mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat.
Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu
dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan
perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan
Dataran 1Malaysia dibuka.
Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan
diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog
bersama diadakan.
“Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada
antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga.
“Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30
kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa
satu tapak berjumlah RM150 sebulan,” katanya semalam.
Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya,
Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada
pendapatan berniaga.
“Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan,
namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga
sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di
kawasan sekitar.
“Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah
berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang
perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh,” katanya.
Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia
bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah.
“Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan
memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan.
“Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika
boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari
raya,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kan UMNO ni akan jaga kebajikan orang melayu....apa yang nak komplen ni?? Ikut sajalah arahan pemimpin tu..semua yg dibuat oleh UMNO adalah semat-mata utk kebaikan orang melayu...akur saja!! Kakak 6 orang anak tu, saya nasihatkan jgn risau...UMNO to the rescue!!! HIdup UMNO! Hidup UMNO!
ReplyDeleteYaaaaaa.... Sokoong.....Umno terus maju hidup rakyat terus dedalu. Hiduuuup Melayu...Mekayu Melaka Jangan Tinggal Sejarah Udah Ler
DeleteOrang melayu sepatutnya berbangga dapat berbakti, menyumbang
ReplyDeletekepada kemajuan negeri dan bukannya mementingkan nasib diri dan
keluarga. Seharus melayu mesti berkorban kepada kerajaan dan
pemimpin . Biar mati anak asal melayu maju! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Klulah UMNO ni zalim sejak dulu dh lama Malaysia ni hancur.jonker walk tutup bukan psl UMNO tp sungutan org ramai...mengapalah omakau mfitnah pd bulan puasa ni atu dgr kabar angin dri puak spesis Pr aje..tau ke fakta sbnar nape tmpt itu utk dmajukan..kadang2 letih nk explain psl puak2 itu anggap itu bohong
ReplyDeleteAstaghafirullah...fitnah lagi ni...kenyang makan fitnah jer macai PR ni....
ReplyDeleteAku tunggu jek omakau siarkan isu alvin n vivian...nk dengar gak pandangan penyokong2 pr pasal isu nie...agama dikotak kotikkan...amacam?
ReplyDeleteHIDUPPP MELAYUUUUU.......HIDUPPPP UMNOOOOO.....HIDUPPPPPP BNNNN.......HIDUP NAJIPPPPPP.........HIDUPPPPP MUHYIDDINNNNNN.........HIDUP IDRIS...........
ReplyDeletesume yg sokong umno.....woi...hhaaakkk tttuuuuuiiihhhhh.....melayu main bangsat sama melayu...merempat kt tmpat sendiri...
DeleteOrg yg suka tutup dan halang rezeki rakyat akan menghadapi hukuman yg sama oleh Allah swt tak lama lagi. Hari ini berkuasa esok hari terlentang diatas katil tak ingat apa2 nanti sebabnya tekanan dari org ramai yg sedang dizalimi oleh yg baru mempunyai kuasa akan bersumpah dan berdoa didalam bulan ramadhan ini. Org yg gila kuasa, adakah dia kisah rakyat tak ada pendapatan untuk membela anak2, isteri, suami, ibu bapak dan saudara mara kalau dia perintah gerai direbuhkan? Dia tahu tak sepanjang klebang org sana kuat UMNO? Inilah dia balas balik jasa baik org yg sokong dia. Cerdik kan? Hanya Allah tunggu nak turunkan bala kpd dia.
ReplyDeleteaslkm, sy nak tnya tau x tapak2 yg masih kosong kat area melaka,alor gajah, klebang yg boleh disewa tuk berniaga? sbb sy nk berniaga kecik2 cam jual mknan simple2 n ade jual pakaian wanita dn produk2 kecntikan sikit2..skrg sy cume jual online je kat fb..klo tau blh bgtau x dgn sape ptt sy tnye..terima kasih... ^_^
ReplyDeleteMasih lagi berniaga hingga hari ini di tapak yang dikatakan akan ditutup...
ReplyDelete