Thursday, 11 July 2013
PENUBUHAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC)...JAWAPAN MENTERI DAN TIMBALAN DALAM NEGERI SEOLAH-OLAH MENGHINA KEWIBAWAAN 3 BEKAS KETUA HAKIM NEGARA!!!!!
Jawapan Menteri Dalam Negeri dan Timbalannya di parlimen mengapa Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak masih enggan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) walaupun diasak dan didesak keras oleh rakyat termasuk para ahli parlimen Pakatan Rakyat dan NGO-NGO berdasarkan beberapa kematian dalam lokap atau dalam tahanan polis.
Jawapan yang mereka berikan ialah ianya suatu peraturan yang zalim dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Pergh!!!! Apakah kedua Menteri dan Timbalan Menteri ini sedar bahawa anggota Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (IPCMC) terdiri dari kalangan mereka yang pakar undang-undang dan perlembagaan yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Polis Negara, Presiden Majlis Peguam,Menteri Kabinet, Pengamal Undang-undang, aktivis-aktivis yang dihormati, Ketua Pengarang NSTP serta Menteri Kabinet.
1. Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, bekas Ketua Hakim Negara.
2. Tun Mohammad Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara.
3. Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara.
4. Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin, bekas Ketua Setiausaha Negara.
5. Tan Sri Lee Lam Thye, bekas Ahli Parlimen DAP.
6. Tan Sri Zaki Azmi (kini Tun), seorang peguam yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara.
7. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas Presiden TI Malaysia dan pengarah di Sekretariat Komanwel di London.
8. (Tan Sri) Datuk Seri Lim Ah Lek, bekas Menteri Kabinet.
9. Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, ahli akademik dan bekas Nain Canselor UPSI.
10. Datin Paduka Zaleha Zahari, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia).
11. Datuk Dr Michael Yeoh (kini Tan Sri), pemikir sosial dan Strategi dan Kepimpinan Asia Institut (ASLI),
12. A. Kadir Jasin, Wartawan / blogger. bekas Ketua Pengarang NSTP
13. Datuk Kamilia Ibrahim, seorang peguam dan bekas Naib Ketua Wanita Malaysia.
14. Kuthubul Zaman Bukhari (kini Datuk), bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.
15. Ivy Josiah, aktivis sosial dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
16. Datuk Dr Denison Jayasooria, ahli sains sosial dan Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Apakah nama-nama diatas tidak arif dan jahil undang-undang dan perlembagaan negara sebelum membuat cadangan betapa perlunya penubuhan IPCMC?
Mau seribu daya jika tidak mau jangan wujudkan alasan picisan yang menjadi bahan ketawa rakyat!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
tu dia bodoh nyer menteri dlm.negeri.kebelakangan nie jelas nampak akan kebodohan menteri samseng nie.mana mari menteri dlm negeri nie.tolak sebab memudahkan hobi sangseng nya meukul orsng dipermudahkan.
ReplyDeleteTakpe..... MENTERI KAMPUNG...KAMPUNG JUGAK LER CARA BERTINDAK
ReplyDeleteMenteri2 pertahan agar ipcmc tak dibuat sebab nanti takut terbonhkar rahsia pembunuhan orng kat lokap tu je.
ReplyDelete