Thursday, 18 July 2013
BLOGGER SEKS YANG PERSENDAKAN BULAN RAMADAN DITUDUH DIMAHKAMAH TANPA DIBERIKAN IKATAN JAMIN...KINI SEDANG MERENGKUK DALAM PENJARA SEHINGGA KES DISEBUT SEMULA PADA 23HB OGOS 2013!!!!!
KUALA LUMPUR - Pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang telah mencetus kontroversi kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mempamerkan gambar lucah, didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Selepas semua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.
Bagi pertuduhan pertama, Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian atau Lee May Ling bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Avivi' satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, dan menyelerakan.') yang mengandungi logo Halal.
Kesalahan itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, dibaca bersama seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Kompleks Mutiara Batu 31/2 di sini, antara 11 dan 12 Julai 2013, sekitar jam 10.48 malam.
Alvin yang tidak bekerja dan Vivian, yang merupakan seorang guru tadika itu turut didakwa mempamerkan gambar lucah di laman sesawang http://alviviswingers.tumbir.com.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut seksyen 5(1) Akta penapisan Filem 2002 (akta 620) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2) akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, pasangan kekasih itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.
Kesalahan itu didakwa berlaku di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 julai dan 12 Julai 2013 sekitar jam 1048 malam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Baharudin, Ishak Yusuf, dan Nadia Mohd Izhar.
Tertuduh diwakili peguam Chong Joo Tian dan Wong Kee Them.
Hakim, Murtazadi Amran, tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes itu.
Pasangan itu mencetus kontrovesi ekoran penyebaran gambar mereka yang mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) di media sosial Facebook, dua minggu lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
served them right bahasa Malaysia cakap padan muka.
ReplyDeleteAku lagi risau yang mengaku melayu Islam permiankan ugama Islam. Menentang hukum Islam dari dilaksanakan di Malaysia.
ReplyDeleteMana lagi jahat?
BETOI JUGA NU.ADA ORANG ISLAM YANG MEMPERMAINKAN HUKUM HUDUD TIDAK PUN DIHUKUM.BAHKAN DISANJUNG PULA.
Deletetun madey kata nabi dulu mana ada gillete,tu sbb jggut pjg.apa komen macai bn?
ReplyDeleteharap2 dalam tahanan tu mereka ni diberi pencerahan mengenai agama Islam..
ReplyDeletetakut dorang kuar drpd jail makin bertambah benci dgn Islam.
pencerahan pala otak ko. ada beribu lagi cina mcm tu hasil didikan PAS menyebabkan kafir semakin berani menghina ISLAM. inilah akibatnya bila PAS dan PKR terdapatnya kelompok syiah.;)
ReplyDeleteDidikan Pas apa benda plk kau ni? Bukan ke dua org cina ni glemer gila masa sebelum ngundi buat pelik2 video.. Apasal xtangkap masa tu? Polis, mahkamah, dan lain-lain tu bawah PAS ke? Apasal baru nak kecoh? Tu maknaya kegagalan kerajaan skarang mengawasi isu agama.. Nak salahkan Pas, Pkr, pastu timbulkan syiah la plakkkkkkkkkkkkk..
Deletentahnyer......bngang mcm lembu sngguh la macai umno ni....ko mkn bak ku teh ke......xpun mabok.....stement mcm lembu.....awek tu elok je bg stement....ko la sebenarnya yg bodoh...tau nk salahkn org je..pppuuuiiiii.....syiah otak ko....madey penentang islam xmau sbut ke...sial la umno....sial 1000x....
Deletecome on...kesian puak puak yg berputus asa ni....jangan di ikutkan sangat rasa hati tu...nanti dapat kencing manis...ahaakksss
Delete