Friday, 5 July 2013
KENAPA DR MORSI TERSUNGKUR PADA PANDANGAN PROFESSOR DR MOHAMMAD AGUS YUSOF!!!!!
PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.
Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.
Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.
Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.
Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.
Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.
Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!
Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.
Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.
Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.
Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kenyataan yang mengatakan perubahan (ke arah Islam) gagal membawa perubahan yang diharapkan, perlu diperincikan..Sedar atau tidak biarpun kepimpinan berubah, namun mereka yang menguruskan pentadbiran di bawah masih ramai yang terdiri dari saki baki puak jahiliah.
ReplyDeleteMereka boleh sabotaj dan melambatkan perubahan. Kesannya, rakyat hampa tanpa mengetahui sebabnya..Bakal pemimpin Islam atau mereka yang bekerjasama dengan Islam(berkehendakkan keadilan) perlu ambil perhatian. Kes begini jelas dilihat di negeri2 Pakatan. Pemimpin perlu tegas dan maklumkan kepada rakyat mereka2 yang sabotaj agar rakyat sedar.
Omak kau entry yang sanagt bagus serta kupasan yang bernas
ReplyDeleteTp saya rasa ekoklah bagi tahu pada ketua2 serta pemimpin pakatan supaya jangan meniru cara serta demonstrasi.yang mana benda banyak mydaratnya dari yang baik
Jangan guling2 atas jalan .jangan suka menghasud rakyat dengan fitnah yang melampau demi mencari pengaruh dan sokongan rakyat
Himpunan demi himpunan yang buang masa dan mengganggu rakyat yang lain
jangan jadi macam di mesir dan negara arab yang
lain
Jadikan contoh agar malaysia ni aman sentiasa
Tak ouas hati tunggu p.raya lain .....
Benar. kita seharusnya redha dengan segala keputusan pilihanraya walaupun ditipu. Untuk memudahkan lagi adalah wajar kita bergabung dengan parti yang menang. Dengan cara tersebut pemimpin PR boleh berpeluang menjadi menteri dan juga menikmati cara hidup yang lebih mewah.
Deleteboleh aje...tapi ape yg diperjuangkan selama ni takkan berhasil lah. kalau hanya mengejar kemewahan..banyak jalan untuk jadi kaya. tapi kalau nak memperjuangkan sesuatu yang benar, pengorbanan tu memerlukan cacian,makian dan hinaan yang cukup banyak. hukum Allah perlu ditegakkan, sebab itu yang akan dipersoalkan kat akhirat nanti.. peace :)
DeleteSuasana politik di Malaysia dengan negara lain tidak banyak persamaan nya namun tujuan diadakan demonstrasi adalah untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati pada kerajaan.
ReplyDeleteDemonstrasi tidak akan terjadi sekiranya pihak berkuasa mengambil sikap terbuka dan bersedia berbincang permasaalahan yang berbangkit. Jika ini terjadi sudah pasti orang sedang mentadbir akan dihormati sebagai dewa.
Tapi malangnya setiap kali ada bantahan mereka buat pekak badak. Dalam masa yang sama mereka bawa lari duit keluar negara, harga barang meningkat, ada pelbagai jenis cukai diterbitkan tapi pendapatan rakyat tidak meningkat. Rasuah menguasai keadilan.
Sekarang SPR buat muka bodoh setelah berjaya memperbodohkan rakyat dengan dakwat kekal. Dan lebih celaka lagi mereka menggunakan pelbagai jenis agensi paksa rakyat terima dengan redha pilihanraya tipu itu sebagai telus dan adil.
Kepada siapa nak mengadu diatas kepincangan itu sedangkan dimahkamah ianya tidak ubah seperti teater wayang kulit.... Orang biasa hukumannya berbeza dengan hukuman yang dikenakan pada orang kaya, ada nama, ada pangkat dan yang ada kuasa dalam kerajaan. Kalau berkaitan dengan kerajaan pula kita dengan mudah dapat meneka siapa yang pasti menang dalam perbicaraan tersebut.
Orang yang menganjur demonstrasi jalanan bukan buat suka-suka tapi disebabkan tiada ruang dapatkan keadilan maka mereka bersedia menghadapi apa jua ancaman dan tindakan dari kerjaan khasnya dari pasikan polis.
Demonstrasi di Malaysia tetap wujud selagi kerajaan yang memerintah tidak mempedulikan kesusahan rakyat apatah lagi jika menggunakan keganasan polis bagi menakutkan orang yang membantah.
Bila kerajaan lancarkan perang terhadap rakyat sudah pasti ada yang terkorban dan yang terkorban itu akan memanggil yang hidup untuk mati 'SYAHID'.
Maka itu yang terjadi kat mursi
Deletetetapi kita seharusnya bersyukur..bersyukur dgn pemberian Pak Najib dan sekutu BN nya kerana tanpa mereka kita 'tidak akan hidup aman' seperti hari ini..kita juga harus faham, sebagai rakyat biasa, kita kene redha dgn sedekah jariah yang telah kita beri kepada Datin Rosmah sehingga die boleh membeli barang kemas serta barangan mewah yang jika difikir dgn akal yang waras adalah tidak logik jika die mampu mengumpul wang sebanyak itu sepanjang hidupnya. kita juga harus bangga melihat kilauan2 di leher dan tangannya pada ketika datin berjumpa dgn org2 kenamaan dari pelbagai negara kerana mereka semua 'tidak mampu' memiliki kemewahan seperti yg dimiliki oleh isteri PM kita. Saya juga mencadangkan agar semua rakyat Malaysia mula lah belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan diri sendiri memandangkan Malaysia yang aman ini begitu banyak sekali kejadian tembak menembak dan bom mengebom. Ini penting kerana kita harus faham, tugas polis amat berat. Mereka perlu mengawal org2 yang membuat kekacauan seperti para demonstrasi jalanan maka dgn itu, lokap2 semua akan menjadi penuh dan tidak muat untuk menyumbat penjenayah2 berat ini. Harus juga di fahami bahawa taraf rakyat biasa ini tidak sama dgn taraf mereka2 yang bertitle besar ini.. Jurang perbezaannya sgt besar..Lagipun, kita harus redha, inilah demokrasi Malaysia yang dipilih oleh rakyat jelata tanpa mengira 'blackout' atau tidak. Justeru itu, saya sebagai rakyat biasa akan sentiasa mendengar ckp Perdana Malaysia tersayag iaitu bersyukur la dgn apa yang ada. Harus diingat, sesungguhnya dunia ini tidak kekal dan tiada sebarang manusia pun yang dapat terlepas dari seksaan api neraka kelak. Lagi besar tanggungjawabnya, lagi berat perhitungannya. Itu janji Allah bukan janji saya. Wallahualam
DeleteJangan risau prop.Mana2 pemimpin negara yang mengikut telunjuk US/Israel dijamin tidak akan diapa2kan negara tersebut..
ReplyDeletehai anon 16.04..apa yg kau merepek ni..aku rasa kau ni budak sekolah. x pernah aku dengar spr paksa sesiapa utk redha keputusan pru yg lepas. ini suatu tuduhan yg baru pulak. ko biar betul dik..agensi mana pulak tuu ooii..harga barang mana yg naik, pelbagai cukai apanya cakaplah dgn fakta. habis tu anwar lepas kes liwat apahal walupun banyak bukti dia terlibat
ReplyDeleteokay ape bdk sekolah drp kau anon 1728 yg tak sekolah..harga barang naik pun tak sedar. tak reti kira duit kot..aku sokong 100% anon 1604.
DeleteWoiii anon 17:28 kau pun sama mengarut.. Klu tak tahu jgn komen kat sini, dok diam2..
ReplyDeleteAku sokong komen ngko anon 1604 300%....
ReplyDeleteDr anon 17.28. Jelas menunjukkn dia ni org tua yg tinggal dlm hutan smpai x sedar. Pegi pekan hya utk beli akhbar utusan.
ReplyDeletesaya tidak faham, kenapa perlu marah kepada anon 1728? mungkin juga die adalah penerima BR1M yang berturut2 kalinya..mungkin juga die adalah penerima beras dan barangan dapur ehsan dari kerajaan yang turun padang masa dekat2 pilihanraya tu. ataupun, mgkn juga die adalah penduduk kampung yang hanya menaiki basikal atau motosikal untk ke ladang-ladang getah. dgn itu, die tidak merasa kesusahan yang kita rasa..jadi, biarla. mahsuri jika ditoreh akan kuarkan darah berwarna putih tetapi, mgkn saudara/saudari jika ditoreh akan mngeluarkan darah berwarna biru.
DeleteIni adalah kerana menjadikan slogan Islam demi utk kuasa dan akhirnya dijatuhkan. Allah maha mengetahui. tentu ada sebab dia digulingkan. Jgn komen dan sokong macam monyet. Tanya org sana, rakan2 lama morsi..rakan politik negara tersebut.kelak kalian akan tahu.
ReplyDelete-Panji2 Timur-
Politik luar buat pening kple je..
ReplyDeleteSaya dari Indonesia mendukung artikel dan Do'a yang terkandung dalam Blog Ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah ini akan membantu saudara2 muslim agar sadar dan melihat labih jauh dunia luar.
Inilah pergaduhan dlm blog ni islam vs islam..kaum cina n india hnya bertepuk tangan jew laa kan..ksmpulan sy blh buat..dua2 amat bdoh...bg sy kita hrus fkir mcm mna nk bergnding bahu untk membngunkan ngara kita agr tdak blaku perpecahan antara kita..perasan berlaku demokrasi ats sbb mnyak,yuran duit bgai..itu kew islam ajr kita dn itu kew sbb allah cpta kita for that thing kew..ini sumer duniawi..tk slh tegur kalo slh tp kena ad perbncangan..mcm kes datin rosmah psal rntai emas..awk tau kew duit rkyat dia bg tau kew..jngn fitnah menteri kita..jngn dgr sblh pihak..wlau mcm mna bruk pun he still kita pnyer priminister..sy skong bn tp sy tk suka najib..i love bn coz bn telah membangunkan asb untuk kaum bumiputera n uitm for bumiputera..i rsa kalo pkr mesti laa no laa asb jdi mix for all kaum laa kan..n uitm not malay jew laa kan..mix laa kan
ReplyDelete