Thursday 18 July 2013

PRK DUN N01 KUALA BESUT....CALON PAS PRU 13, NAPISAH ISMAIL AKTIF BERKEMPEN SAMBIL TOLAK DAKWAAN BELIAU MERAJUK DAN MEMBALAS DENDAM.



KUALA BESUT : Calon PAS PRU13, Napisah Ismail, sentiasa turun berkempen bagi memenangkan Che Long sekaligus menolak dakwaan bahawa beliau merajuk atau membalas dendam.

"Kak Napisah sentiasa turun berkempen untuk memenangkan calon PAS, Che Long bersama jentera-jentera daripada Johor, Kelantan, dan jentera tempatan. Setiap hari beliau turun berkempen malah bersama-sama isteri calon turut berkempen," kata Normala atau lebih dikenali Cikgu Mala kepada Te@M I.T pagi tadi.

Di UPU Bukit Puteri, pelbagai aktiviti kempen dilakukan antaranya menziarah rumah ke rumah golongan muda bersama Aisyah (penyanyi) . Ada yang merasa sangat teruja dan terkejut kerana tiba-tiba mereka dikunjungi penyanyi tersohor tanah air yang terkenal dengan lagu Janji Manismu. Untuk aktiviti golongan muda antaranya, aktiviti Jom Bertindik yang mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Antara aktiviti lain adalah mengiringi calon menyantuni pengundi yang tidak keluar mengundi semasa PRU13 dengan menziarah ke rumah mereka. Respon yang baik daripada mereka dengan tidak menolak kunjungan calon. Ada yang berjanji akan mengundi PAS pada pilihan raya kecil kali ini.

Di sebelah malam pula aktiviti bersolat terawih di masjid-masjid bersama jentera dan penduduk. Selain itu calon menziarah penduduk tidak kira PAS atau Umno.

Majlis bacaan yasin dan tazkirah turut diadakan. Mudah-mudahan Allah melembutkan hati mereka untuk mengundi PAS pada kali ini.

1 comment:

  1. Pengaruh BN Umno sedang merosot dgn teruknya.Umno umpama Telur di hujung Senduk.Najib dan barisan tertinggi Umnonya menerima kecaman hebat,desakan berundur dr segenap lapisan bangsa dan masyarakat seluruh negara.PAS dan Husam boleh senyum kambing kerana pejam mata pun boleh menang di Dun Kuala Besut.Kalau kalah jugak ertinya ada sabotaj dalaman dlm jentera PRK PAS.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...