Friday, 19 July 2013
KETUA WIRA PERKASA...DULU KENTAL SOKONG PADU NAJIB TAPI KINI DESAK KERAS AGAR NAJIB DI GANTIKAN DENGAN KU LI SEBAGAI PRESIDEN UMNO!!!!!
Sejak PRU 13 apabila Najib dilihat sebagai Presiden UMNO gagal merampas kembali majoriti 2/3 parlimen maka sudah ada desakan keras agar dirinya ditukar gantai sebagai Presiden UMNO hujung tahun ini.
Desakan dan gesaan itu bukan saja datang dari kalangan ahli-ahli UMNO tetapi yang paling ketara ialah NGO-NGO berwajahkan Ketuanan Melayu terutamanya Perkasa yang akhir-akhir ini cukup kuat maukan agar Najib diturunkan dari persada Presiden UMNO.
Baru-baru ini Presiden Perkasa sendiri melahirkan rasa kecewa dengan tindak tanduk Najib Razak yang dianggapnya sebagai tidak langsung melayani permintaan Perkasa kerana lebih mengisi ruang kemahuan NGO-NGO buakn Melayu seperti Hindraf dan Dong Zhong.
Kekecewaan ini telah membuat Perkasa telah membuat keputusan setelah bertemu 4 mata dengan penaung agungya Tun Mahathir, tidak lagi mau mengambil pendirian menyokong UMNO tetapi lebih untuk bersikap berkecuali.
Kini Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris sendiri yang ketika dulu cukup terkenal dengan pendirian kental menyokong padu teguh Najib sampaikan barang siapa yang berlaga angin dengan najib akan ditentangnya habis-habisan pun sudah membuat kenyataan terbuka di laman sosial Facebook betapa Najib sudah lagi tidak relevan menjadi Presiden UMNO dan maukan beliau diganti dengan Ku Li.
Petanda dalaman UMNO sudah mula bergolak..Kalau di ambil dari kata-kata beberapa pemimpin veteran UMNO seandainya berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO maka UMNO akan hancur punah ranah.
Kalau dilihat akankeadaan semasa..pertandinagn merebut jawatan Presiden UMNO sudah tidak boleh dielakkan lagi.
Untuk tatapan bersama diperturunkan kata-kata yang ditulis oleh Ketua Wira Perkasa mengenai Najib yang sudah tidak relevan memimpin UMNO.
Apakah dengan menukar sistem perundangan dapat membuat sesebuah Negara menjadi lebih baik? Selama DS Najib menjadi PM kebanyakan keputusan beliau merugikan Umat Islam & Melayu Jalan terbaik untuk umat Islam & Melayu adalah DS Najib melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri, kerana inilah satu2nya jalan menyelamatkan survaival agama bangsa, Damage has been done, to repair it is impossible, solution is Hj Najib must step down
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Great to hear your positive experience!
ReplyDeleteThanx for sharing that. It was fun reading it. :-)
ReplyDeleteThat is great to hear, thank you for reading!
ReplyDelete