Tuesday 30 July 2013

HADIAH ISTIMEWA KERAJAAN BARU UMNO/BN KEDAH YANG DIPIMPIN ANAK MAHATHIR KEPADA RAKYAT KEDAH!!!!!


BN MENANG KUIN MELAYANG!!!!!


KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.

Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.

KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.

Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan awal tahun ini dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.

Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.  

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.

TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR...TERLAJAK UNDI NASIB RAKYAT TERSUNGKUR.

24 comments:

  1. pekerja kuin xdapat gaji ye... Isu lapok omakkau... semasa pemerintahan pas pun mmg org xdapat gaji dan rmai pekerja blah.. hg xtaw hg dok diam.. yg pasai nk suh pindah dan buat tmn tema tu aku xtaw lagi.. aku akn siasat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah zizan pernah bagi nasihat pada mukhriz? mukhriz kan berhati mulia dan kudus. Zizan??? Mana pulak pegi si zizan ni?
      Bagaimanapun " syukur pas kalah, kalau tak.. tak tau apa akan jadi"

      Delete
    2. org suh pindah nak bagi keselesaan pada student, UNIvesiti apa xda asrama, semua tidoq kat dewan.. bengong. orang suh pindah tu ada sebab la.. hampa xtaw pa dok diam.. aku dok kuala ketil aku taw la.. universiti xsiap.. kesian.. duit habis guna tapi xsiap.. melalak bagai kata zizan baguih..

      Delete
  2. Sapa suruh hampa undi parti cap timbang kati...duduk elok-elok bawah bulan purnama..pi gatai tangan pilih penyamun tarbus...sekarang bila rimau dah tunjuk kuku..baru hampa semua nak menyalak satu kampung.....piiiraaahhh...dapat kain pelekat+makan free+duit kopi...iman pun letak tepi...

    ReplyDelete
  3. tahniah....oghang2 melayu kedah...makan habok padi tu...sokong lagi pati setan tu...kesian..takat tu je la boleh kata.....telajak moto boleh kona balik...telajak undi tunggu pru 14 la...tupun kalu masih tak kena tipu lagi...

    ReplyDelete
  4. BN menang KUIN kene KUIS....hihihihihihi...undi lagi sikapitalis tu lagi.....demer hanya tau...WANG BESAR....WANG BESAR jer.........hihihihihihi...rakyat didahullukan kene main.....hihihihihi

    ReplyDelete
  5. Apelah bangangnye orang PR Melayu Kedah ni! ! ...Kau orang kene faham MB kau tu Ikhlas nak majukan negeri dia..nak beri peluang yg lebih baik tp kau orang apa yg tahu...diam2 je ler..bapak dia dah buktikan putera jaya. ..kau org lupe ker...kini giliran dia yg kene buktikan pada Kedah dia...waraslah sikit oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang kau tahu tentang putrajaya?? banggunan kerajaan yg ada di putrajaya tu pon bukan kerajaan yang punya..kerajaan sewa dengan putrajaya holding.. kau tau sapa dlm putrajaya holding?? tu kau kene buat research la.. takkan semua tu PR nak bagi..bukan saja banggunan, lot2 kedai semua putrajaya holding control.. dah tu apa yang nak dibanggakan dengan putrajaya??? Melayu Melayu.. last2 kene lelong jugak..phuii!!

      Delete
    2. Datuk Azlan Bin Abdul Karim, CEO/Director
      Datuk Ishak Bin Imam Abas, Chairman
      Datuk Hashim Bin Wahir, Director
      Hj Zainal Abidin Bin K. Ahmed, Director
      Dato’ Halipah Binti Esa, Director
      Abd Aziz Bin Abd Kadir, Company Secretary
      Dato’ Jebasingam Issace John, Director

      org melayu dalam putrajaya holding... AWAT?
      nak boh nama cina dlm putrajaya holding???
      owh lupa, PR ni.. menuntut hak sama rata semua kaum kan??

      Delete
  6. tahniah makcik2 n pakcik2 kerana menggadaikan pendidikan anak2 bangsa hanya kerana mahu perubahan dari B end.... nah!!! ini perubahan dari B end!!!!

    ReplyDelete
  7. Pendidikan islamiah tidak penting, kami nak sekular, katenye...

    ReplyDelete
  8. Limau purut tiga serangkai
    Buta perut xda akai

    ReplyDelete
  9. Nasib baik aku ore klate....hambik ko

    ReplyDelete
  10. Buat kolej agama tak boleh jana ekonomi....saya cdg kedah buat pusat kasino terbesar asia tenggara....baru boleh jana ekonomi.....atau tukaq jadi kolej sekular seratus peratus....baru boleh tarik pelajar seluruh dunia...dari taiwan, hong kong, nigeria, congo, bostwana dan lain lain negara afrika...biar gelab pekan kuala ketil...

    ReplyDelete
  11. ini kes sejak azxizan pegang lagi nih.inilah wajah2 syiah yg bernaung dibwh pas yg berpiket...demi huru hara..

    ReplyDelete
  12. nasiblah orang kedah..molek2 ustaz perintah kedah..hangpa yg dok gatai bagi mamak perintah..tarak muka melayu lagi kah dalam umngok untuk dibuat MB?? mamak karalla jugak hangpa syokk ..cisss!!!! I hate mamak!!! La ni satu Kedah mamak ni dok taruh AES!! padan muka!!!!!! undi bn lagi!!! la ni dok merempat mengemis tepi jalan sapa pon x peduli. hambik kau!!

    ReplyDelete
  13. hahaha.. padan muka hangpa

    ReplyDelete
  14. nasib pas perintah 4 tahun ja... klu x rosak kedah... habis pokok pi tebang, pastu t bleh la kita minum air warna merah macam kelantan.. sedap gak.. PAS, nothing.... syiah banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu ni babi la...sabit apo dga klate nyo bengon??aku dok sini molek jah...mu kecek supo dok klate...mu xtau gapo dok senyap la...baso bengon....nu...pahang...tubik dale tb..air tak dok...rano cito???? Dun pekan pulok tu...aku sero mu ni babi...x pun batok...mari.dok sini dulu...baru kecek la....baso babi....ppuuuiii...supo la negeri mu tu molek

      Delete
    2. Mu x tahu pasal kelantan x usah ulaslah bodoh..anak babi kacukan anjing mu ni bagi penapar baru tahu..puii.

      Delete
    3. MUNGKIN KO DUA EKOQ NI Anonymous 31 July 2013 16:18 DAN Anonymous 1 August 2013 00:00 SELALU MKN BABI.. YG HANG TAW BABI.. TU LA MAKAN BABI BYK SANGAT, KELUAR JA DARI PERUT NAMPAK BABI, LAGUNI LA JADI DIA... YANG TAHU BABI.. BABI N BABI.. KESIAN KO.. MUNGKIN JUGA KAU NI BUTA IT, XTAHU BERITA... OH LUPA, KELANTAN... KO DUA ORANG NI JA YE.. YG LEN OK.. SBB SAUDARA AKU SEMUA DOK KELANTAN..

      Delete
    4. ikut mu la baso bengon.....kecek dga ore supo mu supo kecek dga bate kayu......baso bodo...mu kot make bak ku teh.....bodo

      Delete
    5. SUSAH CAKAP NGN ORANG XDA OTAK.. MUNGKIN ADA OTAK TAPI XLEH PIKIR.. KESIAN KAT KO.. BODO SUPA LEMBU..

      Delete
  15. Ini yang bagusnya. Melayu 'bunuh' Melayu. Takde kena mengena dengan bangsa lain. Hantam sajalah labu. Peluang kuasa Melayu pupus semakin dhampir.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...