Sunday 21 July 2013

BANK-BANK SEDANG BURU PENGENDALI KAMERA 1M'SIA AES KERANA GAGAL BAYAR BALIK PINJAMAN!!!!!



PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.

Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.

Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.

Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.

Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta.  Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.

Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.

Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.

Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

4 comments:

  1. ala apa susah nt najib bg suntikan dana dari kwsp 2 bilion setel poblem.mcm kes cimb dulu...suntikan yea,kalau utk rakyat hina dinamakan subsidi..kena faham tu...

    ReplyDelete
  2. Padan muka kau Rozana, kau tu sombong sgt dari time sesama sekolah dulu di convent BP berlagak sbab kuarga kau adalah terkaya diBatu Pahat. Sedarlah diri tu bukan melayu sebenarnya. Kau dan adik kau Reztikah tu anak pungut cina oleh Datin AA (pangilan Datin Atekah ibu angkat Rozana). Datin AA tu tak pernah beranak sebenarnya. Kuarga kau tu semua cina. Ibu angkat kau Datin AA pun asalnya anak Cina diangkat oleh melayu. Skrg rasa camana rasa susah cam org2 kau pandang sengkik.

    ReplyDelete
  3. Jika toyol mencuri wang rakyat, toyol akan serahkan wang curian itu kepada siapa? Get rich quickly in Malaysia with a Toyol? Lol.

    Amaran: (1) Islam melarang manusia membela toyol.
    (2) Mencuri adalah dosa besar.
    (3) Orang kaya yang mencuri boleh dihukum potong tangan.

    ReplyDelete
  4. Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah menyebabkan BN kehilangan 7 kerusi parlimen dan hanya 47.38% pengundi yang mengundi BN dalam PRU ke13. Populariti BN sedang merosot.

    GST mungkin akan menyebabkan BN tumbang dalam PRU ke14 seperti tumbangnya pokok yang dimakan anai-anai !



    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...