Thursday, 4 July 2013
PANASSS!!!!!... KERANA TIDAK DAPAT DUIT DARI MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR S. SUBRAMANIAM...BLOGGER UMNO AJAK RAKAN-RAKAN BLOGGERNYA BOIKOT PEMIMPIN DAN KEMENTERIAN BERKENAAN!!!!!!
Tabung Kebajikan Wartawan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) semalam menerima sumbangan peribadi RM20,000 daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Sumbangan itu diumumkan oleh Subramaniam pada majlis 'Sepetang bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam' di Rumah Kelab NPC di Kuala Lumpur malam tadi, dalam lawatannya buat kali pertama.
"Sebagai tanda penghargaan, saya memberi sumbangan RM20,000 untuk wartawan yang terkorban ketika melaksanakan tugas," kata beliau semasa lawatannya buat kali pertama ke kelab itu.
Kisah sumbangan ini ada yang membuat blogger naik darah bertingkat-tingkat sebab tiada sumbangan diterima kepada rakan blogger beliau yang dikatakan amat berjasa besar kepada UMNO/BN dalam pilhanraya yang lalu.
Punya dia naik angin dia nak ajak rakan-rakan blogger termasuk pengiat dalam laman sosial sekali yang berjiwa UMNO untuk boikot Menteri dan kementerian berkenaan.
Inilah perangai juak-juak UMNO apabila berblog...tak de duit tak jalan... No Money No Talk...Beri sumbangan kepada pihak lain tidak kepada dirinya akan rasa dengki cemburu mengila.
Blogger UMNO dilihat seolah-olah bukan mem pertahankan kebanaran tetapi mempertahankan wang ringgit jika dibaca apa yang ditulis di blognya yang berbunyi..
Kalau Datuk Seri S.Subramaniam mengeluarkan sumbangan untuk kakitangan hospital Sangkakala pun tak berapa nak kisah sangat sebab itu kementerian yang dia jaga, tapi kepada wartawan tu Sangkakala rasa macam S.Subramaniam tak hargai blogger blogger yang turut sama memainkan peranan dalam kempen pihak kerajaan.
Kalau Datuk Seri rasa begitu, Sangkakala tidak teragak agak untuk meminta semua penggiat media sosial seperti blogger, facebooker dan lain lain untuk berhenti mengeluarkan artikel yang berbentuk pembelaan kepada Menteri Kesihatan ini atau kementerian kesihatan itu sendiri.
Untuk apa membela seorang Menteri dan sebuah Kementerian jika pihak lain mendapat keuntungan serta perhatian? Seolah olah kewujudan penggiat media ini tidak memberikan kesan dalam kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu.
Sangkakala berharap agar akan ada blogger blogger yang hebat serta mempunyai nama di arena penulisan media sosial menyokong apa yang Sangkakala katakan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Inilah blogger blogger Umno tiada duit pun takpe kerana ramai blogger sukarela spt saya yg rela berkhidmat secara konsisten sama spt red bean army pembangkang yg setaraf dgn Mr Bean.
ReplyDeletekah.kah.kah.bermimpi lagi.buktikan keujudan RBA.sayang seribu kali sayang mitos sebodoh ini pun hingga menteri pun percaya.udah penuh ker lokap dan penjara di isi dengan RBA.udah ler yop.jgn mudah diperbodohkan dengan isu isu longkang.blogger umporno kerja secara sukarela?very funny.very funny.udah cirit tengah jln mana mau ngaku walaupun seluar penuh dengan cirit.
ReplyDeleteAduhaii...pah satu satu nih...blogger cap bn ni gak keno ikhlas lah weih. Sere oghe sadap benar...tapi deki nga set wartawe asli tuh wak gaponyo....Dio tuh soh..set2mung tuh tegele dn timbo bilo nok rayo jah..Pade lah nga krejo mu tuh..oghe v pitis doh ke
ReplyDelete