Thursday 5 September 2013

BERITA YANG PALING MENGEMBIRAKAN PEMBELI SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) !!! ... MULAI SEKARANG SEMUA HARGA RUMAH BARU AKAN NAIK 10%!!!!


Pergh!!! Bertuah betul rakyat Malaysia kini ... Ini semuanya atas kerja bijak pandai yang begitu tepat 47% pengundi berdaftar yang memberikan kemenangan kepada UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak pada PRU 13 tempoh hari.

Manakan tidak beb!!! ... kerana mereka inilah sekarang rakyat terpakasa bayar 11% lebih harga petrol dan diesel ... caj perkhidmatan pengangkutan awam akan dinaikkan sampai 30% ... harga barang-barang keperluan kini sedang beransur-ansur naik dari harga yang telah pun sedia mahal sebaik saja UMNO diumumkan sebagai pemenang  PRU13 ...  semasa menyambut Aidil Fitri baru-baru ini rakyat telah dibebankan dengan harga barang yang melambung tinggi sampaikan menteri cap ayam ajak boikot sebagai jalan penyelesaian  ..kini tuan-tuan punya restoran dah umumkan akan naikan harga makanan dan minuman walaupun menterinya berlagak ugut nak ambil tindakan .... terbaru belum lagi reda rakyat dari berang kemarahan sudah menerima hempukan berita betapa harga rumah akan naik sebanyak 10%.

Dahlah harga rumah kini mahal dan diluar kemampuan majoriti pembeli terutamanya dari pembeli Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Nampak gayanya Skim Rumah PertamaKu akan berubah Skim Mimpi NgeriKu .

Terima Kasih Rakyat 47% .. Kerana Mu kini rakyat terus bertambah menderita .. Ingat majoriti yang menanggung susah akan berita ini adalah anak-anak dan cucu-cucu atau adik-adik kalian juga.

Nampaknya tidak perlu lah Noh Omar suruh rakyat duduk dalam hutan dan berumah atas pokok sebab keadaan sebegitu mungkin terjadi secara semula jadi apabila rakyat dah tak mampu miliki rumah selagi UMNO/BN memerintah.

7 comments:

  1. Kah! Kah! Kah! Padan muka pengundi Pembohong Rakyat!
    Tak mampu beli balik bangla la woii!!! Kah Kah Kah.
    Tak pun masuk hutan duduk atas pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh sungguh macai di atas ni. Mcm la pengundi tegar BN dpt beli rumah. Bingai betul. Siapa yg bohong rakyat ni? Benda yg terang lg nyata die tak nampak. Buta hati betul. Bodoh mcm keldai.

      Delete
  2. jadi, biarlah yang tinggal.di.malaysia ni ahli ahli.umno yang bodo bodo semua seperti yang diakui oleh cek det. senang sikit pm and the.geng nak.memerintah sebab yang ada dah dicucuk hidung, ikut saja mana ditarik. dgn pr memang susah sebab berjuang untuk semua rakyat bawahan yang berakal. Tapi dgn umno memang senang sebab semuanya dari spesis angguk angguk. hidup.pm.kita....

    ReplyDelete
  3. la nie sapa yg lawan sikit je ngan k'jaan...., dicop sebagai org PR, pengkhianat, pemecahbelah, pengacau dan macam2 lagi....., jd rakyat diMESTIkan setuju apa saja yg diputuskan oleh k'jaan....? x de ruang nak bangkang langsung...? NEGARA DEMOKRASI APE CAM NIE.....?

    ReplyDelete
  4. Gaji RM3,500/- sebulan. Rumah mahal,minyak mahal,barang keperluan mahal pendek kata semua mahal tak ada yg tidak mahal. Nak kawin hantaran mahal juga mana ada bawah RM10,000/- semua atas RM10,000/-. Nak beli kereta pun mahal. Nak camana ni eek.Macai tolong beri pandangan yg bernas yg boleh digunapakai bukan pandangan hampeh macam pandangan menteri hangpa tu. Kalau ayam naik hsrga jangan makan ayam,kalau harga rumah mahal tinggal shj bawah jambatan,kalau hantaran kawin mahal tak yah kawin. Pandangan camni aku tak mahu lah.

    ReplyDelete
  5. ahhh. aku memang akan sentiasa bangkang dan tak puashati apa kerajaan buat. rumah baru naik harga aku tak puashati.

    rumah aku yg dah beli doploh tahun dulu skrg wajib naik harga untuk jual balik...aku tak bangkang la. kihkih

    aku tau nak murah. rumah skrg mesti murah macam mana aku beli 20 tahun lepas.janji aku senang dan kaya.kihkih

    ReplyDelete
  6. Naik 10%......

    Sesiapa yang dah beli rumah, nak jual tak semestinya dapat rumah macam yang dibeli. Dah la jauh di luar bandar, kemungkinan besar leasehold (bukan freehold) dan bukaannya pulak kecil.

    Bagi sesiapa yang belum beli rumah.... mengidap aje le.......

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...