Monday 23 September 2013

PANAS MENDIDIH!!! ... KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BERLAKU ZALIM KEPADA RAKYATNYA YANG MEMPUNYAI ANAK MASUK KE UNIVERSITI????



Hadiah Anak Masuk Universiti dinaikkan kepada RM3,000

SUBANG JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri akan menaikkan insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dari RM1,000 kepada RM3,000 seorang mulai tahun depan, seiring dengan Belanjawan Selangor 2014.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

SAYANGI SELANGOR .. KEKALKAN PAKATAN RAKYAT.

1 comment:

  1. Cuma kena PRIHATIN...terhadap tenaga PENSYARAH UNIVERSITI yang pro BN...tak mahu tanda tangan...borang yang di ISI kan oleh...pelajar...sehingga habis SEMESTER satu...anak saya di UNIMAP Perlis dah kena...saya panggil PENSYARAH BEROK ajer...pasal nak berPOLITIK tapi BANGANG...anak MELAYU sendiri dijadikan MANGSA....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...