Thursday 26 September 2013

ISU FITNAH LIM KIT SIANG KENCING TIANG BENDERA RUMAH RASMI MB SELANGOR, DATO' HARUN IDRIS .... UTUSAN MOHON MAAF KEPADA DAP DAN LIM KIT SIANG!!!



KUALA LUMPUR, 26 SEPT: DAP hari ini menerima permohonan maaf Utusan Malaysia atas ‘kesilapan’ laporan akhbar itu pada 7 September lalu di mukasurat 13 bertajuk “Cuba sembunyi kebiadaban DAP”.

Dalam sidang media di Lobi Parlimen, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata walaupun pihak parti menerima permohonan maaf itu, ia bukan bermaksud Utusan Malaysia boleh mengulangi kesalahan yang serupa berulang kali.


“Kita terima permohonan maaf ini tetapi mereka perlulah jujur dan bertanggungjawab terhadap laporan yang dibuat dengan mengamalkan etika jurnalisme yang sebenar,” ujar Karpal.


Menurutnya, fitnah yang dibuat Utusan itu tidak boleh diterima sama sekali memandangkan Utusan Malaysia merupakan salah satu akhbar utama arus perdana dalam negara ini.


“Utusan harus rasa malu kepada diri mereka sendiri dan saya sangat berharap laporan-laporan Utusan akan bertambah baik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.


Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sebagai akhbar harian utama, Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka terhadap apa yang dimahukan oleh rakyat Malaysia.


“Ia bukan bermaksud Utusan perlu bias kepada DAP ataupun oposisi, cukuplah kalau mereka lapor perkara yang benar.


“Kita juga turut rasa hairan, bagaimana akhbar ini juga boleh mengambil laporan-laporan dari blog-blog pro UMNO-BN yang belum tentu kesahihannya,” katanya yang juga Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur.


Utusan Malaysia terbitan 7 September itu telah melaporkan satu berita fitnah yang memetik kenyataan Ahli Parlimen BN Datuk Puad Zarkashi.


Dalam laporan itu, Puad mendakwa keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membenarkan tayangan filem Tanda Putera di negeri itu adalah demi melindungi bapanya dari diketahui umum kencing di tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris ketika berlakunya tragedy 13 Mei 1969.


Bagaimana pun, fakta itu hanya fitnah semata-mata kerana Lim Kit Siang ketika itu tidak berada di Kuala Lumpur. – Roketkini

5 comments:

  1. Nape dap xsaman utusan smpai bangkrap..oo dh lupa najib pjam duit bratus bilion sbb nak pastikan akhbar setan ni terus hidup..fitnah akan terus bjalan selagi umno xdapat dihapuskan..

    ReplyDelete
  2. Apa terima maaf utusjamban tu sepatutnya saman je. Kenapa takut ke dap saman utusjamban tu. Klu lain kali tak saman bererti dap dayus takde maruah langsung dan begitu mudah orng permainkan dap. SAMAN JANGAN TAK SAMAN. SAMAN SAMAN SAMAN.

    ReplyDelete
  3. Bila auta tidak boleh jadi fakta maka ia terpaksa minta maaf. Tapi kalau auta itu jadi fakta ia akan kekal mengelirukan orang ramai. Sama seperti yang diwar-warkan dalam filem peristiwa Bukit Kepong menceritakan UMNO menentang komunis untuk dapatkan kemerdekaan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Puad zakarshit tu bodohpiang.editor utusex tu pun lagi bodohpiang.penerbit tandas putera teramat bodohpiang.dan pengarah tandasputera lagi ler terteramat bodohpiang nyer.aper punyer bodoh buat pilem standard tandas.patut ler madey dan anak nyer kata orang umporno nie bodohpiang,rupe rupe nyer memang betul.buat pilem pun nak fitnah.mi baba nie sama taraf ngan pengeluar pilem lucah umporno.sape tu....papegomol

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...