Friday 27 September 2013

LAGI POLISI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR YANG MENZALIMI RAKYAT???... KALI INI GILIRAN GURU KAFA PULA!!!!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor sedang mangkaji dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.

“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.

Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000.

Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.

Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.

“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.

LEPAS SATU SATULAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR BUAT ZALIM DAN ANIAYA RAKYAT ... NAMPAKNYA NOH OMAR AKAN MENGAMUK NAIK MINYAK SEBAB DAH TAK DE MODAL NAK BALUN KERAJAAN PR SELANGOR.

3 comments:

  1. Duit negeri selangor dan p.pinang duit rakyat..duit kerajaan pusat duit bn..dipetik dari kitab umno..utusan setan..

    ReplyDelete
  2. Kalau kerajaan yg memerentah skrg ini jujur,amanah dan ikhlas pastinya rakyat Malaysia hidup mewah. Disebavkan ketidak jujuran pemimpin2 yg ada menyebabkan rakyat tertindas dan tertipu. Bayangkan kerajaan Selangor boleh laksanakan dasar merakyatkan rakyat dengan hasil negerinya masakan kerajaan Bn yg mentadbir satu malaysia tidak mampu. Kemana wang berbilin ringgit dihabiskan. Kelantan yg dikira agak kritikel kewangan negerinya tapi dapat mengurustadbir dengan baik negeri dan rakyatnya. Pada th 1990 semasa PAS menawan Kelantan dari tangan BN,PM Mahathir kata PAS hanya boleh bertahan 3 bulan untuk perentah Kelantan tapi dgn dasar amanah,jujur dan telus PAS bertahan mentadbir Kelantan hampir 23 tahun hingga skrg. Renug dan fikirkan lah kemana wang negara yg begitu banyak melayang sampai kerajaan BN skrg terpaksa memotong sabsidi untuk rakyat. Mengutip wang dari saku rakyat sehingga rakyat merasa tertekan dgn keadaan kehidupan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika pilih bulunya...pasti ya untung pada parti,jika tidak ,tk payah la,tabir negeri dengan baik,pas telah buktikan,dan tegok di serawak dn sabah,byk telah terima pas,sebagai parti yg boleh kejayaan untuk semua kaum....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...