Sunday 22 September 2013

BETULKAH WARGA SARAWAK, SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TIDAK LAYAK MOHON SKIM PINJAMAN PERUMAHAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA?????


Omak Kau terkejut besar apabila dimaklumkan bahawa di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat suatu ruang untuk warga kita yang layak memiliki rumah dibawah skim Kementerian berkenaan untuk membuat pinjaman perumahan.

Tapi dimaklumkan bahawa untuk mengisi negeri pemohon tiada terdapat negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Persoalan yang cuba dilontarkan oleh sipenanya ialah .. Adakah pemohon dari Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak layak untuk memohon?.. Adakah rakyat Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di layan secara berbeza?

Bukankah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ahli Parlimen dari Kota Belud, Sabah,  Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Perlunya suatu tindakan yang pantas lagi segera untuk merungkai dan menyelesaikan permasalahan ini.

Untuk makluman sehingga blog ini di tulis masih lagi berkedudukkan sama setelah diklik dibahagian Perkhidmatan dan kemudian negeri.

6 comments:

  1. Baguslah. Tahniah orng2 sabah dan sarawak. Undilah lagi bn. Hehe. Wa saran kesemua pinjaman termasuk pinjaman kereta dan peribadi juga mesti disekat. Kui kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. WP Labuan, Sabah dan Sarawak ade kanun tanah sendiri dan dana utk pinjaman rumah WP Labuan sabah sarawak di salurkan terus oleh kerajaan pusat ke negeri meraka untuk di uruskan oleh kerajaan negeri masing2... untuk pencerahan sila hubungi Bahagian Skim Pinjaman Perumahan, Jabatan Perumahan Negara... contact person En Mohd Effendi bin Abd Ghani (03-8891 4288)

      Delete
    3. padan muka depa..baik bina rumah guna atap nipah..dinding kajang tu le undi sangat bn sbb bodoh sekarang rasa le..he.he.he..

      Delete
  2. Woii anon 10.05, kau jgn nak perli orang Sarawak esp org Melayu. Kami tak kisah la pasal skim pinjaman perumahan tu. Yang penting bagi kami ialah wang yang kami dapat semasa Pilihan Raya. Walaupun RM 30-100 saja, cukup untuk belanja 5 tahun.kami tak kisah hidup kami tunggang langgang dan dikelilingi hutang. Yang penting pemimpin BN Sarawak kaya raya, rumah bagai istana. Nak tau apa rahsia kami sebegitu? Tungguuu

    ReplyDelete
  3. Kemudahan Skim Pinjaman Perumahan beroperasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Perbezaan adalah keistimewaan diberikan kepada Sabah dan Sarawak di mana ianya diuruskan secara terus oleh Kementerian Perumahan dan Pembangunan Sarawak melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak manakala di Sabah oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah.
    Oleh yang demikian, bagi penduduk Negeri Sabah, sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut :
    http://www.lppb.gov.my/perkhidmatan/perkhidmatan_spp.html

    manakala, bagi penduduk Negeri Sarawak, tuan puan bolehlah melayari laman web berikut bagi maklumat lanjut :
    http://www.hdc.sarawak.gov.my/Projects/Programs/PPRP.html

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...