Monday 23 September 2013

PANAS MENDIDIH!!!! ... KERANA ISU ABU MAYAT CHIN PENG ... BEKAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA KECAM BEKAS KETUA POLIS NEGARA!!!!

Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

"Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual 3 hari lalu.

Kenyataan ini telah mengundang kemarahan satu NGO yang diketuai oleh dua orang bekas Timbalan Ketua Polis Negara Yayasan Pengaman, Tan Sri Shamshuri Arshad dan Tan Sri Hussein Ismail sebagai Timbalan Pengerusi.

Terus naik angin satu badan  bekas Timbalan Ketua Polis Negara ini .. terus mereka belasah bekas bosnya sendiri.

Hari ini Yayasan Pengaman yang pernah menerima sumbangan RM1juta dari kerajaan UMNO/BN telah mengeluarkan suatu kenyataan dalam Bahasa Inggeris yang ditanda tangani oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman, Tan Sri Hussein Ismail, mengecam keras kenyataan Rahim Noor.

Kerana abu mayat Chin Peng pun bekas KPN dan bekas Timbalan KPN bergaduh sakan.

6 comments:

  1. Omno nak bersidang pau kali ni seperti biasa agaimana nak kebas duit rakyat dan macam mana nak jual negara tu je matlamat pau omno ni.

    ReplyDelete
  2. Alaaa..pasai dh dpat duit la belasah bekas KPN tu kow-kow..sandiwara jer tu !!!

    ReplyDelete
  3. msia jadi bahan ketawa dunia???? aiiikkk bekas kpn tu baru bangun dari tidur ke? dia baru tahu atau buat buat tak tahu? mai aku nak habaq sat kat hang...sejak hang tumbuk mata tpm dulu tu msia dah lama jadi bahan ketawa dunia...tambah lagi peristiwa dok ulung tilam ke hulu ke hiliaq yang sapa tak jadi boss polis tu..lagi gawat komedi msia sampai mengalahkan komedi mr bean. tak ingat lagi??? memang la melayu mudah lupa mcm cek det dok selalu sebutkan itu...nasib baik aku jawa...hu hu hu

    ReplyDelete
  4. Salam. Pembetulan. Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia ialah Tan Sri Norian Mai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salah satu sebab kenapa Abu mayat Chin Peng tak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia, adalah kerana Chin Peng bukan Warganegara Malaysia. Jadi Henry Gurney, tu Warganegara Malaysia ke?

    ReplyDelete
  6. tolonglah bwk abu chinpeng tu masuk utk letak kat memorial park. kalau tak bakar lagi..bawak bangkai dia tanam kat sini. supaya senang dijadikan satu upacara besar2an rakan baik kami cahuvinist DAP utk sambut secara tersembunyi dgn hari Malaysia.pls tolong lah. Ini lah satu2 peluangakan baik kami DAP utk sambut hari kematian sorg tokoh komunis. Tak salah kalau nak sambut ualngtahun memperingati kematiannya dgn nama sembahyang cina. Kasi tutup PLUS higway.tul tak.hihihi

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...