Tuesday, 3 September 2013

KENYATAAN BUNG MOKHTAR MENGENAI ISU KENAIKAN RON95 DAN DIESEL SEBANYAK 20 SEN SELITER, TELAH MENGESAHKAN NAK JADI AHLI PARLIMEN DAN MKT UMNO TIDAK PERLU PANDAI!!!


" Minyak petrol naik, pastinya x memudaratkan rakyat, kerana yg ada kereta besar adalah orang2 besar dan berkemampuan, org kg ada x berkereta"

Inilah "posting" di dalam ruangan Twitter, yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Bung Mokhtar Radin, selepas pemimpin kebanggaan dan kesayangan UMNO, Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebganyak 20 sen seliter dengan menggunakan istilah penurunan subsidi bahan api berkenaan.

Gelagat dan cara beliau yang cuba nak mempertahankan tindakan zalim dan kejam bossnya itu amatlah menyedihkan sekali memandangkan kawasan parlimen yang diwakilinya adalah kawasan ceruk luar bandar yang rata-rata rakyatnya adalah hidup dikategorikan sebagai berpendapatan rendah.

Memiliki sebuah kereta maupun motosikal bukan lagi kelompok yang berkemampuan tetapi suatu keperluan.

Perlu ingat rakyat yang berkereta besar kebanyakannya menggunakan RON97 dan bukan RON95.

Jadi petrol RON95 adalah diguna oleh kebanyakan rakyat jelata yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kesan kenaikan sebanyak 20 sen seliter sudah pasti dirasai.

Jelas sekali betapa mau menjadi pemimpin dalam UMNO tidak perlu cerdik pandai tetapi bijak dan pintar mengampu bos!!!!

Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @ayeemin berkata:

"Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya."

Bung sebelum ini mendapat liputan meluas selepas mengambil pelakon Zizie Izette sebagai isteri kedua pada 2010.

18 comments:

  1. kalau camtu ce naikkan RON97 sebanyak RM1..apa kata mereka?? dia kuar statement camtu sbb dia x isi minyak semua d tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bung mukhtar cakap ngan orang sabah sarawak bolehlah sebab cakap ngan orang iban bajau kadazan murut dll yg dok dalam hutan. Cuba cakap ngan orang KL selangor tak berani punya. Lain kali klu nak cakap tu cermin diri dulu dan lihat sape didepan kita. Hotak kita tu kena cerdeklah jangan bengaplah bung mokhtar. Tapi aku nak kasi ko cadanganlah ko nanti boleh tanding timbalan presiden atau lagi baik tanding perisedin terus. Rasa aku kecundang ko wahai iban bengap.

      Delete
    2. Org iban kadazan murut sekarang dah tak dok kat dlm hutan lg. semua dok kat bandar. You ingat u all kat kl selangor tu maju sangat ke. Jangan sombong sangat dan pandang rendah orang sabah sarawak. Kelak di parai baruk tauk.

      Delete
    3. Anon 16:28 so u orang mana? Org Kl or selangor? Kenapa kalau orang Kl or selangor tu kira civilized ke? Tapi dari cara gaya n bahasa awk tu mnunjukan awk ni immature n tin kosong, apa bangsa bung muktar? Dia iban ke? Setahu sya dia bukan iban so sbg seorang kadazan iban sy rasa tersinggung bila awk gelar iban bengap, awk la yg bengap, cakap je lebih, bangsa di Sabah Sarawak pun tatau nak banyak cakap, teringat pula sy dgn jiran sy bangsa bugis yg bhijrah ke selangor bukan main sombong sejak duduk malaya, sebaliknya coursemate sy yg memang asal Kl (stay jalan Ipoh) tak pula berlagak, biasanya org kampung yg datang Kl memang blagak macam bagus...datang Sabah Sarawak dulu la sebelum anggap org duduk hutan, alahai sah lah tin kosong, entah2 naik airplane pun tak pena...memandangkan awk ni seorang bodoh sombong yg lantang sy doakan agar awk dapat balasan atas mulut celupar awk supaya awk sedar k bengap

      Delete
  2. Semua wakil rakyat BN boleh buat tuntutan elaun perjalanan yang berkaitan makan minum, penginapan, service kereta, petrol/disel, gaji pemandu, yang membuatkan mereka keluarkan kenyataan umpama haramjadah kerana dia orang tak rasa kesusahan rakyat.

    Tapi kita kena tanya penyokong UMNO Baru dan BN adakah mereka terkecuali atau mereka juga boleh buat tuntutan seperti wakil rakyat ?

    Kalau ahli UMNO Baru dan baruanya gembira diatas kenaikan harga barang keperluan itu maka hanya kita saja menderita dan perlu bersedia menghadapi cukai barangan GST yang juga amat membebankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya itulah pandangan kebanyakan pemimpin UMNO.

      Bahawa rakyat yang berkereta ialah rakyat yang besar.

      Bahawa rakyat yang berkereta ialah rakyat yang berkemampuan.

      Bahawa kenaikan harga minyak ini tidak ada kena mengena dengan rakyat yang tidak berkereta.

      Kerana itulah minyak boleh dinaikkan.

      Delete
  3. Bung Kinabatangan tu cakap betui dah..... ni kualiti pemimpin sebenar yang hebat boleh bagi alasan munasabah kpd rakyat...pemimpin macam ni yang Najib suka!

    Sepatutnya umum masa perbarisan Hari Merdeka 31 Ogos lepas.....

    Apapun, belanjawan nanti, najib umum BRIM naik....sejuklah hati rakyat...

    Yang saya amat pasti dan yakin, SAIZ KARIPAP DAN ROTI CANAI SEMAKIN KECIL...HUH....

    ReplyDelete
  4. Ini lah tahap menteliti pemimpin2 BN di Malaysia Tanah Air Ku bodoh piang. Bung Mokhtar tak apa lah pendapatan bulanan RM180,000/- yg kami rakyat kebanyakan ini purata pendapatan RM2,300/- sebulan. Kat siti lah nak suport anak sekolah,bayar ansuran bulanan rumah,ansuran motosikal,bil api + air,barang dapur,minyak motor. Hoi Bung Mokhtar kamu kira lah sendiro cukup ke pendapatan bulanan kami ini. Gaki cam tu juga kos sara hidup meningkat dari hari kehari. Lepas kenaikan hsrga minyak komfom harga barangan keperluan akan ikut naik. Tak noleh fikir ke Kerajaan sekarnag ini. Jgn tiru Singapore gaji depa berapa sebulan lebih dari cukup

    ReplyDelete
  5. Mana macai umno.....
    Jawab la....bg la komen

    ReplyDelete
  6. Heran btul ngan pemimpin mcm moktar ni...ckp serupa x abis skolah...mcm menteri jawab isu ayam itu ari..satu skolah la tu.

    ReplyDelete
  7. Apa nak heran... minyak naik singgit pon... macai Umno tunjuk jer kad macai, diaorg akn dapat diskoun 2 posen masa nak beli petrol atau disel... kan macai kan.. kan kan....

    ReplyDelete
  8. Zairi,
    Dia bukan tak habis sekolah.... Dia NAK ADA SEKOLAH,
    Kinabatangan 50 tahun dulu mana ada sekolah.......
    Dia ni chop manuk..... Cakap urang Saba - manuk tu ayamlah cakap orang Malaya.
    Buduh punya MP......
    Maaf guna bahasa Saba sikit-sikit patriotisma

    ReplyDelete
  9. bung cakap pasal zaman 80-an ba ni..masa tu memang parent kami pakai bas ja p ke bandar..dia salah tahun tu..

    ReplyDelete
  10. Bung tu memang bengap nak buat macam mana tempat kita orang pangil orng macamni BALOK.

    ReplyDelete
  11. JANJI DI TEPATI.....................JANJI DI CAPATI.........................JANJI DI TAHI....................

    ReplyDelete
  12. Undilah BN......dapat dua puluh sen....:-)

    ReplyDelete
  13. Bengong btul bung mokhtar...

    ReplyDelete
  14. yb mewakili kawasan habitat orang utan..mmg bodoh,,,kerja dia melalak je dkt parliman mcm perangai org utan...tu sbb kawasan dia x mmbangun..ketinggalan mcm pekan lembu..cap manuk..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...