Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.
ini kupasan dari sudut ilmu. yg dok komen ikut mulut x le kontrol sume guna islam ikut definisi budaya. suruh belajar sombong. yg islam berdefinisi budaya mesti labelkn wahabi lagi la kt dr. maza lepas ni. cari lah ilmu....
ReplyDeleteMantap....Jazakallah Dr. Maza.Dgn ini di harap trbuka la hati bagi mereka2 yg terus mmpertahankan nya.
ReplyDeleterespek dkt dr maza. aku harap lps ni dr maza dpt mengkritik pendirian pkr yg secara terang2 menolak hudud, sprt yg dinyatakan anwar secara jelas baru2 ni. come on lah... umno dan pas dah sepakat nak laksanakan hudud di kelantan, pas masih ingin patuh dgn arahan yahudi buat apa?
ReplyDeletekeza
Tak habis-habis politik menatang nih......................................
DeleteUmno setuju dgn hudud.bukan ke
DeleteNajib cakap hudud tak sesuai
Kalo umno stuju dgn hudud, nape kerajaan persekutuan x laksanakan? Nape mahkamah syariah still tertakluk bawah mahkamah tinggi? Itu mcm ke ko kate umno setuju hudud bila perlembagaan mengatasi syariah? Kalo bengap, g delete fb ko tu google je ilmu2 lain.xyah tunjuk baladah ko kat sini..
Deletetapi sekarangni PAS nak bentang dalam parlimen kenapa PKR takmau sokong pulak???
Deleteaku bkn tak setuju nak adakan hudud aku sokong hudud tu ada
Deleteproblem skrang ni capability hudud ni dilaksanakan
ang kena ingat masyarakat kita ada cina dgn india
pas kerajaan persekutuan pon xdapat mcm mana nak wat hukum hudud
puak umno takutkan org cina dgn india tu dgn hukum hudud la
pas kena ajaq camna caranya hukum hudud bagi ilmu dgn cina dgn india ini tak bergaduh sesama parti
ada sebab anwar takmaw wat hukum hudud antara sebab dia benda di atas la
ingat skit tanpa pkr dgn dap pas tak sekuat ni dkt parlimen
Jangan nak bash aku sebagai pejuang umno sbb aku mmg dilahirkan untuk mengenali ustaz fadzil nor lebih dari madey
kesimpulannya.. PKR nak laksanakan hudud.. betul tak bapak kucing..
DeleteSesat dalam maksiat ada peluang akan bertaubat. Sesat dalam amal agama yg salah tidak akan bertaubat sampai mati kerana merasakan apa yg mereka buat itu agama.
ReplyDeleteYa Allah setuju yang amat. Saya pun orang Islam juga yer. Di tempat saya, bila mereka membuat majlis agama, ceramah, ajar mengaji quran, membuka bacaan quran sebelum Azan, kursus Haji Ya Allah kuatnya bukak pembesar suara. Melantang-lantang. Ini menimbulkan syak wasangka dengan mengatakan AJK Masjid nak menunjuk nunjuk pada orang kampung bahawa mereka begitu aktif buat kerja agama. Riak sangat. Tapi saya setuju sekiranya AZAN dilaungkan untuk membangkitkan kita mengerjakan suruhan Allah SWT. Kampung saya ni berada didalam negeri Selangor.
ReplyDeleteSelagi org melayu menganggap islam itu melayu dn melayu itu islam..smpai bila2 pn mcm ni lah jadinya..adat dianggap sunnah...
ReplyDeleteSaya kagum dengan pandangan tuan. Terima kasih
DeletePKR dan DAP tidak akan menyokong perlaksanaan HUDUD.. sekian untuk makluman semua..
ReplyDeleteklu PKR & DAP menyokong HUDUD lantak kau ler... tapi kami rakyat Malaysia yg beragama Islam (tak semestinya melayu) ingin KERAJAAN MALAYSIA LAKSANAKAN HUDUD.. ADA BERANI KERAJAAN MALAYSIA
DeleteUMNO kan korang kata tolak hudud.. tapi masalahnya pemimpin melayu PKR pun tolak takmau hudud.. camanatu..
Deletesalam, klu betul umno/bn nak laksanakan hudud... buat jer terus tak perlu nak tunggu-tunggu.. kami rakyat Malaysia yg beragama Islam (tak semestinya melayu) rasa bersyukur... klu minyak atau gst boleh lak sampai ke titisan darah yang terakhir utk laksanakan... tak perlu dengar suara rakyat pun... tapi hudud apasal tak boleh laksanakan
ReplyDeletekita tunggu PAS bentang dalam parlimen.. nanti leh tengok MP melayu PKR sokong atau tak..
Deletekoo asyik tgk MP melayu PKR jer.....MP UMNO kau tak perati.ker...jgn asyik nak berlakun jer utk mengkambing hitamkan org lain......anjur majlis selawat nabi...tapi ajaran nabi tak ikut.....kunun jaga nama Allah tapi suruhan Allah tak ikut......munafik betul.....
DeleteUMNO kan korang kata tolak hudud.. PKR dan DAP terima dan perjuangkan Islam termasuk khalifah LGE.. jadi kita tunggulah tengok sama2..
DeleteBabi la korang, Ingat PKR parti islam melayu ke nak sokong hudud hudud ni. Kena ingat apa iti parti pkr. sape ahlinya.
Deletebongok betul ahli pkr ni. bikin malu kami AMK je.
Orang2 masjid ni bukanya reti bahasa. Makin dilarang makin menjadi.
ReplyDeleteYg paling sopan dan warak kaki disco, kaki fitnah, kaki umpat & kaki penipu. Mereka ni yg reti bahasa.
DeleteOrang orang masjid yg suka memekak lebih teruk dari kaki disko, kaki fitnah. Dlm hal membuat bising masjid masih juara.
DeletePETALING JAYA: PKR tetap berpegang kepada keputusannya sebelum ini bahawa pelaksanaan hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama dalam Pakatan Rakyat, tegas timbalan presiden parti, Azmin Ali.
ReplyDeleteJelasnya, PKR bersama DAP telah beberapa kali berbincang mengenai usul hudud bersama PAS.
Justeru katanya, PKR tidak akan berganjak dari keputusannya biarpun PAS tetap akan membawa usul rang undang-undang pelaksanaan hudud di Kelantan, Jun depan.
tu la puak macai ni byk main spin....tu pasai dia tak paham prinsip dan dasar....korang macai macai g skolah balik la wat bikin malu jer....nak aku detailkan lg???kang ulas bab pendirian pun korang tak paham baik korang cari isu lain lg bgs......
DeleteIni contoh komen tin kosong.
Deletepemimpim PKR adalah pejuang hudud.. untuk makluman semua..
DeleteIslam itu Melayu, Melayu itu Islam sudah termaktub. Masalahnya Melayu itu di didik megikut acuan penjajah supaya hilang identiti Melayu dan Islam itu jadi berbeza. Contohnya hendak menjadi sarjana Islam mestilah ikhtiraf oleh barat, baru diterima.. Ulamak warisatul anbiya tidak diterima pakai dan di ikhtiraf. Pengajian Islam boleh belajar di mana2 sek, uni, surau, masjid, radio, tv, internet, kitab2 dan cerdik pandai agama di merata2. Sepatutnya umat manusia makin faham dan reti agama tolak segala kufur dan maksiat. Tetapi kenapa manusia makin jahil dan kejahatan terus berleluasa bahkan lebih jahil dari puak2 jahiliyah sblm kedatangan Islam.. Sama2 renung dan fikir2kan.
ReplyDeleteGST boleh walaupun dibantah xkan hudud xboleh...
ReplyDeletestju dgn dr maza. klau nk berdakwah pi la buat mcm mat2 jubah putih pakai janggut tu....jgn nk bdkwah pakai pembesar suara....canggih konon, padahal pemalas!!! mcmana islam nk maju klau org masjid pemalas!!! kristian pun dok buat dakyah dia door by door....org islam? kolot konon ketuk pintu rmh org. jd nabi tu kolotke???
ReplyDeleteBegitulah jadinya bila yang bukan ahlinya dilantik menjalankan tugas. Haru biru. Perkara ini bagus juga timbul. Pengkaji sejarah akan datang akan dapat melihat macammana umat meLAYU hancur lebur macam Red INdian dan seangkatan. Disini sahaja kita lihat pecahan-pecahan orang meLAYU mengikut selera mereka. Ada orang masjid atau orang surau, ada kaki disko, ada yang dipanggil Wahabi, ada geng fitnah, ada meLAYU ameno, ada meLAYU PKR, ada orang PAS, ada kaki dadah, ada penganggur, ada geng curi harta negara dan macam-maca lagi. Tak payah orang datang serang Malaysia macam Iraq dan sebagainya. Orang me LAYU ibarat orang yang dalam proses membunuh diri, jadi musuh hanya pandang dan gelak sahaja. Selamat bertengkar dan caci mencaci!!!
ReplyDeleteberani nampak dr. asri, nanti ust don tibai terduduk hang. apalagi lagi kalau Ufti tua negeri Gangsa masuk campur dan fatwakan bughah, siap hang!
ReplyDeleteanon 21:02. mabuk ketum ke oiii, sapa peduli dgn don juan kaki ampu tu?
ReplyDelete- keza kena belacan (ops...silap kangkong belacan!)
Dalam hidup ni kita memerlukan satu sama lain. Aku ni bilal kat masjid tempat aku. Pada masa yang sama aku buat perniagaan sewa sound and light. Dalam masjid aku sendiri ada perbalahan pendapat soal pembesar suara ni....... Sebab aku sendiri buat perniagaan sound system, jadi aku tahu serba sedikit tentang system bunyi. Kalau bunyi tu tak sedap dan bingit walau dibukak perlahan. Mungkin kalau bunyi yang keluar dari corong pembesar suara tu sedap mungkin lain jadinya. Tapi masjid banyak menghadapi masalah ini pada pengamatan aku. Suara dah la tak sedap, system bunyi gagal, lepas tu bukak sekuat kuat alam......... Ilmu dunia pun kena ada, sebab kita ni hidup dalam dunia menuju akhirat, bukannya cari akhirat dan mengabaikan dunia.
ReplyDelete