Thursday, 10 April 2014
BEKAS KETUA MENTERI SABAH, YONG TECK LEE SAHUT CABARAN ZAHID UNTUK MENAMPAR MUKANYA DENGAN HARGA RM501!!!!
Bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee telah menyahut cabaran itu untuk menampar Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.
"Saya menerima cabaran Zahid dan menjemput beliau untuk datang melawat Lahad Datu dan Semporna tanpa diiringi oleh ramai pengawal peribadi beliau dan polis serta kepungan keselamatan tentera.
"Jika Zahid menyimpan janji untuk membayar RM501 apabila ditampar , saya akan mendermakan wang tersebut kepada Tabung Wira Lahad Datu."
Saya yakin rakyat Sabah akan memberi sumbangan yang lebih daripada sepuluh kali ganda kepada tabung berkenaan, " kata Yong yang juga Presiden SAPP.Tabung Wira Lahad Datu telah ditubuhkan untuk faedah keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan Sabah semasa pencerobohan Lahad Datu- Tanduo Sulu pada Mac 2013.
Zahid telah berkata semasa ucapannya kepada kakitangan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam bahawa "orang yang baik hati " telah menawarkan RM500 sebagai ganjaran kepada sesiapa yang akan menampar dia.
Beliau berkata, " jika orang yang berani " dia harus melakukan perbuatan itu sendiri dan bukannya menggesa orang lain untuk melakukannya. Zahid juga berkata beliau akan menambah nilai jumlah sebanyak RM1 .
Yong, yang telah membuat tawaran dalam reaksi segera untuk pencerobohan keselamatan di Sabah Rabu lepas , berkata semalam bahawa beliau berharap Zahid tidak akan memungkiri janjinya.
Dengan itu dia berkata Zahid tidak pernah mengotakan apa yang dijanjinya sebelum ini.
Beliau menyatakan betapa Zahid pernah berikrar mau membuat pendedahan nama-nama ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang dikatakan dalang di belakang pencerobohan Lahad Datu tahun lepas.
"Tahun lepas pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan keluarga di Pilihan Raya Umum ke-13, Zahid mendakwa ketiga-tiga pemimpin pembangkang terbabit dalam pencerobohan Lahad Datu ." Beliau berkata, identiti akan didedahkan selepas pilihan raya.
Tetapi setakat ini, dia telah tidak berbuat demikian malah terus berdiam diri mengenai perkara itu, "kata Yong.
Berikut ialah artikel rentetan cabaran Zahid Hamidi disambut oleh Yong Teck Lee.
PUTRAJAYA 8 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.
Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.
"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.
"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.
Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.
Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik.
Selain menawar RM500 untuk menampar Ahmad Zahid, Presiden Parti Maju Sabah tersebut turut menyediakan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengusulkan supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditolak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
acara tmpar-mnampar dapat menyelesaikan masaalah..hanya d malaysia..hahhhaharara..
ReplyDeleteZahid ingat dia berlagak sebagai menteri dalam negeri boleh tunjuk samseng dan orang lain jadi takut tapi dia terlupa bahawa BN Sabah adalah talian hayat UMNO Baru untuk terus kuasai parlimen Malaysia. Tanpa BN Sabah boleh kah Zahid jadi menteri seperti sekarang ?
ReplyDeleteKamu yang keluarkan fatwa bahawa menampar bukan satu ancaman. .... telah bertemu buku dengan ruas..... Padan muka !
setuju.goes around hahaha.rasa kan. geng sdri sambot pelawaan, hahaha
DeleteBerjayanya Datuk Yoong Teck Lee Menampar Datuk Seri Zahid Hamidi nanti dan memperolehi RM501.... saya akan top-up RM1 untuk Tabung Wira Lahad Datu
Deletemmg hebat yong tek lee boleh tampar zahid,muka dpn harian metro.
DeleteMcm filem p ramlee
ReplyDeleteali baba bujang bujang
1000 darham
1001 mlm
eh silap 1001 mlm da
Lelong lelong lelonggggg!!!!!!
ReplyDeleteIni adalah perangai kebudak-budakan yang ada pada menteri UMNGOK.
ReplyDeleteSetiap perbuatan baik atau tidak pasti mendapat balasan dari Allah...
ReplyDeleteJawa goblok kok boleh dilantiq jadi menteri di Malingsia, lucu amat sih.
ReplyDeleteMcm mana macai nak jadi cerdik kalau otak menteri pun setaraf mat rempit. Lama kelamaan nama Malaysia pun akan hilang dari peta dunia mcm hilangnya MH370。
ReplyDelete1 untuk kau 1 utk ku, 2 utk kau 2 utk ku, 3 utk kau 3 utk ku (Begitulah seterusnya)
ReplyDeleteApa nak heran, dua-dua penyamun tu. Hantam saja kata pendekar mustar.
Mentri malaysia 90% sengal
ReplyDeleteYang aku masih ingat ...
ReplyDeleteTok Sedara aku pernah menampar Karpal Singh.
Tertera dalam sejarah Politik Negara.
Inilah dia senjata makan tuan.
ReplyDeleteBila sebagai Menteri Dalam Negeri mempertahankan ugutan terhadap orang lain [ Teresa Kok ] semata-mata kerana ingin bermain politik kotor, Zahid Hamidi hanya boleh mempersalahkan diri sendiri jika kena tampar.
Dialah bak kata omputih " Open the can of worms " - bila sendiri buka, bersedialah untuk telan apa yang didalamnya.