Monday, 14 April 2014

BEKAS SETIAUSAHA POLITIK ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK, TUDUH NAJIB RAZAK SEBAGAI PENGECUT POLITIK!!!!


Yang bercakap ini bukan sebarang orang .. bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Abdul Razak bapa kepada Najib .. bekas Timbalan Menteri dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time.

Kalau yang bercakap tu blogger taraf macai UMNO sudah pasti tiada nilai berita ... ini orang lama yang dikatakan amat rapat dengan keluarga Najib Razak sejak zaman Allahyarham ayahandanya lagi .. Sudah melihat segala rentak dan naiknya Najib Razak dari tahun 1975 sehingga sekarang.

Lagi macai-macai UMNO nak bermati-matian mempertahankan Najib Razak??????

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang bertubi-tubi, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad seolah-olah ‘menambah garam di luka’ apabila berkata pada era sebelum ini, tiada pengecut politik.


Abdullah dalam tulisannya di Sinar Harian hari ini berkata ramai yang ingin kembali kepada era Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak Hussein iaitu zaman tidak ada pengecut politik, seolah-olah mendakwa Najib sebagai perdana menteri sekarang seorang pengecut politik.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL) pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengikuti ajaran komunis.


Abdullah dibebaskan oleh Dr Mahathir apabila beliau menjadi perdana menteri dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.


Tulisan Abdullah dibuat ketika pelbagai pihak termasuk pelbagai hasil kajian tinjauan pendapat mendapati prestasi Najib jatuh merudum, dan semakin teruk sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang belum ditemui sehingga sekarang.


Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center Disember tahun lalu menunjukkan tahap populariti Najib merudum kepada hanya 52% berbanding 62% yang dicapainya pada Ogos tahun lalu.


Terkini,  lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.


Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Abdullah dalam tulisannya di Sinar Harian berkata:"Pengundi nampaknya akan terus meninggalkan parti pemerintah dengan niat tidak akan kembali lagi kepada parti itu."

Malah, katanya, ramai yang tidak puas hati sekarang dan mereka mencari alternatif.

“Rakyat menunggu kedatangan pemimpin yang telus dan tulus untuk memenuhi aspirasi dan ekspektasi rakyat miskin,” katanya.

12 comments:

  1. Ini sumer poyo... haktuihhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah..budak giler ino.idup lg

      Delete
  2. Dah lama dah org tahu mat mongol xde telo.

    kikiki

    ReplyDelete
  3. najib peduli apa...SPR bawah ketiak dia...kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Mahathir lg pengecut dlm hal isu memali . Jgn termakan kenyataan Kok Lanas ni .
    UMNO melahirkan pemimpin yg tak bertgg jwb Semua keputusan yg salah adalah salah kabinet Kalau Najib pengecut Kabinet Msia pun pengecut Tukar lah buang BN ganti dng PR

    Najib lebih teruk dr pengecut Politk Najib taraf cawangan . UMNO nak tukar Najib pun belum tentu UMNO berani .

    ReplyDelete
  5. Kenyataan lembu Buat apa banding kan Najib dng Mahathir Zaman Mahathir mana ada blogger Mahathir pun berundur sbb rakyat bersuara dan melaungkan reformasi Semua tahi yg dibawa oleh Najib ada lah dr Pak Lah yg Pak Lah angkut dari Mahathir .
    Kerana tindakan dan gila kuasa Mahathir lah ramai ahli yg tinggalkan umno .

    Banding kan lah Najib dng lawan politk nya skg . Ini dok ungkit ungkit hal yg dah lepas .

    ReplyDelete
  6. Bravo .. ANWAR AL JUBURI aka AL LIWATI

    ReplyDelete
  7. Buat penyokong2 UMNO sekalian. Berilah komen2 yg berbentuk Akedemik/educated atau yang boleh diterima akal sikit. Ini hari-hari asyik benda2 lucah saja. Yang baca kat sini bukannya makcik2 felda. Aku [pengundi atas pagar] perlukan hujah2 yang bernas dan boleh diterima akal, bukannya main ikut aje...

    ReplyDelete
  8. Politik Penggecut bukan saja ada dalam JIWA NAJIB tetapi ada dalam semua permimpin UMNO begitu juga dengan penyokong penyokongnya sebab mereka tidak boleh menerima keritikan dan bersikap begitu tidak berkrisma langsung.BUTA HATI, MISKIN AKAL, EQ YANG RENDAH dan paling memalukan tiada semangat pertrotik langsung...sayang sekali mereka tak malu menabik dada mengiakan PERJUANG BANGSA MELAYU..MEREKA SANGGUP PEKAKKAN TELINGA BUTAKAN MATA DAN BEKUKAN LIDAH DAN KECUTKAN KEMALUAAN DI SEBABKAN SEORANG PEDANA MENTERI YANG LANGSUNG TIDAK ADA JIWA BANGSA DAN MISKIN AKAL DAN TIDAK ADA MARUAH DIRI.. tidak bertanggungjawab dengan JANJI DITEPATI.RAKYAT DI DAHULUKAN..mana semua itu.. Kalau lah anak anak melayu UMNO hari ini dididik sedemikian rupa perjuangan dalam meninggikanMARTABAT MELAYU .. bakal hancurlah BANGSA MELAYU DAN ADAT MELAYU.. SO FIKIR FIKIRKANlah SEMUA ANAK MUDA MELAYU DAN YANG TELAH TUA MELAYUNYA jika kamu rasa NAJIB ITU PATUT DI SANJUNG ATAU DI TOLAK KEWIBAWAANNYA.. jangan cepat melatah., mengamok.. caci mencaci sehingga lupa perjungan KEMALAYUAN yang hanya ada di hujung KERIS TAMINGSARI yang kamu bangga banggakan tidak kesudahan...

    ReplyDelete
  9. sesama sndri bergaduh xda faedahnya..bangsa lain bertepuk tngan tgk bangsa melayu bergaduh....

    ReplyDelete
  10. Macamanalah diatu boleh jd pm adakah hanya kerana diatu anak bks pm?

    ReplyDelete
  11. Tamingsari pun indonesia yg punya...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...