Tuesday, 8 April 2014
EDISI MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR .... SKIM KESIHATAN WANITA.
Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak
Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.
Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatasn Wanita Selangor. Tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.
Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah '1 Juta Wanita Selangor Sihat' dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas. Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor,pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.
Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.
“Seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi”, jelas Y.B. Rodziah Ismail.
Untuk mendaftar sila ke Pusat Khidmat DUN yang berhampiran atau hubungi 1-300-800-800.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
INGAT "MACAI" telah di gazetkan dan dipatent kan khas untuk penjilat tegar UMNONONOK.
ReplyDeletePAPA JAIL