Wednesday 9 April 2014

HASIL KAJIAN YANG DI PADAMKAN DARI PENGETAHUAN MACAI-MACAI UMNO ..... KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK AMAT LEMAH URUSKAN EKONOMI NEGARA SELEPAS PRU 13.



Dalam kajian The Malaysian Insider, lebih separuh daripada 1,005 mengatakan pencapaian Barisan Nasional sejak Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu adalah 'sangat lemah' serta menyifatkan parti utamanya, Umno juga lemah kerana gagal menguruskan ekonomi dan menunaikan janji pilihan raya

Umno dan Barisan Nasional terus merudum sejak pilihan raya umum Mei tahun lalu dengan kajian terbaru yang dibuat menunjukkan lebih ramai rakyat negara ini merasakan  pencapaiannya sangat lemah khasnya dalam mengendalikan ekonomi negara.


Lebih separuh daripada 1,005 responden yang menyertai servey yang diarahkan oleh The Malaysian Insider menyifatkan pencapaian BN sejak Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai 'sangat lemah' manakala 45% menyifatkan parti utamanya Umno sebagai lemah.


Responden berkata parti pemerintah itu gagal mengendalikan kos sara hidup atau mengendalikan hal ehwal ekonomi, menunjukkan kepimpinan yang negatif, gagal melaksanakan janji pilihan raya dan menguruskan rasuah.


Sekali lagi responden Cina sepakat tidak memberikan sokongan kepada BN manakala Melayu memberikan lebih sedikit sokongan kepada BN.


Kedua-dua pengundi bandar dan luar bandar berkata mereka kecewa dengan pencapaian BN dengan 53% daripada responden berumur 21 - 40 menyifatkan BN sebagai tidak bagus.


Responden dipilih berdasarkan kaedah pilihan secara rawak berdasarkan sampel strata bagi setiap kaum, jantina, umur dan kawasan parlimen di seluruh semenanjung Malaysia.


Kajian ini dibuat bermula 7 Mac 2014 dengan pilihan responden yang selaras dengan populasi setiap kawasan parlimen.


Majoriti responden Cina berkata pencapaian Umno lemah, manakala Melayu dan India berpecah secara sekata tentang pencapaian parti Melayu itu.


Kajian itu tidak menunjukkan pecahan kaum untuk bandar dan luar bandar tetapi berkata penduduk kampung berpecah tentang pencapaian Umno, manakala penduduk bandar tidak berpuas hati dengan parti tonggak komponen BN itu.


Isu utama rakyat adalah kos sara hidup, jenayah, korupsi, perpaduan nasional dan peluang pekerjaan, menurut kajian itu.


Ramai responden (40%), samada dari bandar atau luar bandar amat bimbang dengan kos sara hidup. Jenayah kedua (24%), korupsi (13%), perpaduan nasional (11%) dan peluang pekerjaaan (7%).

Minggu lalu, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib jatuh daripada 40% Disember lalu ke 44% dalam bulan Mac.

Ia ekoran kritikan teruk terhadap Putrajaya dalam isu kenaikan harga barang, antara yang menjadi isu utama.

Kajian juga menunjukkan bahawa penilaian kelulusan terhadap Najib kekal tidak berubah pada 52% bulan lepas berbanding dengan Disember lalu.

Pada bulan Disember, penilaian kelulusan Najib susut kepada paras terendah sebanyak 52% berikutan siri langkah-langkah untuk mengurangkan bajet defisit yang kronik untuk Malaysia.

Kenaikan harga, bagaimanapun, menyebabkan kemarahan orang ramai yang meluap sehingga puluhan ribu menyertai perhimpunan anti-kenaikan harga di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada malam Tahun Baru.


10 comments:

  1. Minta sesangat supaya keza memahami tajuk entri dulu sebelum menzahirkan sebarang komen.Merdeka Centre dan Dataran Merdeka tu dua perkara berbeza yer keza.tiada sangkut paut dengan hari Merdeka.begitu juga Pantai Merdeka.manakala najib tu pula piem 47%.jgn nanti ko merapu meraban meroyan plak.ingat tu keza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kah kah.tajam pemerhatian kamu ikatbata.tp syg..kamu berckp dgn makhluk yg berotak spesis mkn rumput.dia tau moo moo ajer

      Delete
    2. hari ni aku hendak menolong omakkau aka hanisya mempromosi ts khalid. marilah ikatbata, kita menyokong ts khalid. azmin tu hanya budak mentah yg baru hendak belajar politik...



      keza

      Delete
  2. aku dan omakkau aka hanisya, sbg penyokong kuat ts khalid, mengutuk sekeras-kerasnya taktik kotor kem azmin yg menggunakan isu krisis air di selangor bagi memburuk2kan ts khalid. di harap macai dari kem azmin dpt berpijak dibumi nyata bahawa ts khalid telah melakukan yg terbaik




    keza

    ReplyDelete
  3. ts khalid telah membuktikan keberkesanannya mentadbir selangor setelah pkr merampasnya daripada bn dahulu. jarang berlaku negeri yg bertukar pemerintahan dpt membangun maju dgn pantas. sekiranya budak setahun jagung azmin yg menerajui kepimpinan pkr, dikhuatiri hanya akan melemahkan pkr



    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mkn rumput ker sedara.

      Delete
    2. Waaaaah..... caya sama keza. Ko ni pnyokong Abg Non Sejati

      Delete
  4. ramai bekas penyokong pkr sprt aku merasakan ts khalid lbh berkelayakkan. beliau berjaya memecahkan kroni dan dynasti anwar-azizah-azmin yg lbh berjuang utk diri sendiri drpd rakyat. sekiranya ts khalid inginkan presiden pkr sekalipun, beliau mmg layak




    keza

    ReplyDelete
  5. kpd macai2 azmin, walaupun azmin lbh rapat dgn dsai, tapi aku dan hanisya aka omakkau merasakan ts khalid lbh layak menerajui pkr. mari kita memberikan sokongan padu kpd ts khalid



    keza

    ReplyDelete
  6. So The Malaysian Insider buat lah kajian berapa ramai rakyat Malaysia mahukan PM Malaysia letak jawatan segera agar ekonomi negara pulih segera. Sebab kami rakyat Malaysia tak mahu tunggu lebih lama lagi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...