Wednesday, 2 April 2014
KAPAL SELAM UK HMS TIRELESS SERTAI MISI MENCARI PESAWAT MH370 ... KAPAL SELAM NEGARA KITA APA CERITA?????
Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.
Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini berkata, Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.
"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.
"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.
Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya. - Bernama
"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air.
"Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.
Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.
Empat anggota Tentera Udara Diraja yang dipinjamkan ke Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja juga terlibat secara aktif dalam operasi pencarian maritim, menurut kenyataan itu.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Macai lembu nfc kata kapal selam xboleh selam sbb dah abis bateri.nanti jit tuya ganti beteri AAA lps tu baru boleh selam..
ReplyDeletekikiki
Korang ingat kapal selam kita takde gune ke? korang tak tau keupayaan kapal selam kita tu...ianya berupayaan untuk menjana komisyen yang lumayan tau tak?
ReplyDeleteha3 gilo kao, tp mantop!
DeleteNegara kita sopping seblum pegi pilipin. Renovate muka adalah wajib. Kemudian sopping plak sebab nak pegi ostolia entah kenapa. Pastu sopping lagi dengan anak2 bagai kat ostolia.
ReplyDeleteudah modified jd kapal layar!!!
ReplyDeletekorag tak tau salah satu keupyaan kapal selam Malaysia ia, untuk membuat pameran dan yang paling canggih adalah membuat tuku untuk ikan dan kerang bersarang...
ReplyDeletekapal selam kita yang tak boleh menyelam tu ada di muzium melaka
ReplyDeleteKapal selam kita boleh cari spongebob, patrick & mr crab kat dasar lautan.
ReplyDeleteMohon jgn lupakan Mr. Squid, nnt dy merajuk ngamok transform jd Titans lak.. Muahahaha
DeleteKorang tak tau ke kapal selam kita tu berHANTU wooo.... tunggu bomoh 1Malaysia halau hantu "TUYA" baru kapal tu leh selam...
ReplyDeleteHaluuuuuuu. ........
ReplyDeleteHntar kdai besi buruk jer kpal tu...buat mnyemak jer ader pun...ibarat bela beruk yg x pndai ptik kelapa....pueee
Khak tuih
Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
DeleteSurah al munafiqun ayat 3
Nanti rusak lagi Scorpenis ta boleh menyelam kih kih kihiiii.... Jangan buat malu
ReplyDeleteMALAYSIA BELI KAPAL SELAM 2ND HAND SEBAB NAK BELAJAR BUAT KAPAL SELAM SENDIRI LA BODOH.
ReplyDeleteDULU MALAYSIA JUGA BELI KAPAL PERANG 2ND HAND TAPI SEKARANG NI MALAYSIA DAH BUAT SENDIRI.
KO INGAT DENGAN KO ASYIK MEMFITNAH DALAM BLOG, MALAYSIA BOLEH PANDAI BUAT KAPAL SELAM SENDIRI KE?
BAHLOL PUNYA BLOGGER.
Brother...x salah nk bli 2nd hand ke 3rd party ke..tp x payah smpai mmbazir bli berbillion2....nk maintanence pn juta2 bro...nant nk blajar wat baru pn kos juta2 kne hntar g blajar kursus sume..itu sume kos bro..dri mana dtang kos tu...dari duit cukai sume la...duit lu,bapak lu,ktrunan lu sume skali...x salah nk bli mahal2...tp gunakan la dgn bijak sana...bukan guna kpala hotak najib mnteri kwangan...
DeleteKapal tu 2nd hand ke...? Ermm x kisah la...tp beli dgn harga bebillion2, cuma bleh berperang saja mcm x logik akal...x kn nk guna utk operasi SAR MH370 x bleh...hairan...cina pn hntr kapal perang untuk operasi SAR..
Deletemelainkan harga sbenar kapal tu bkan la smpai brbillion2...tp stelah mack up sne cni maka jadilah ia terlalu mahal...
Aik??marah la apsal??? Klu nk belajar buat sndiri x yah la beli smpai harga bilion2.sapa yg bahlol skrg ni?
ReplyDeletemana ada kapal selam harga rm2. bangang
DeleteTakkan xde kapak selam rege Million je??? Lgpn proses pembelian kapal selam ni masih x jelas, terlalu byk isu jd xyah la nk dipertahankan selagi x jelas story dy.. Sampai skg senyap je
Deleteorg lain beli juta2 jer...dia penyamun UMNO/BN beli billion2......mana tak mark up giler2......harga sebenar murah jer....tp dah dasar penyamun....guna alasan beli kapal selam y tak boleh menyelam billion2...macai UMNO/BN percaya jer hihihihhihi.......
DeleteAda satu titik BODOH yang dapat dilihat pada air muka Macai. Kapal selam 2nd hand kau kata kenapa harga mcm kapal baru? Kah...kah...kah...nak belajar buat sendiri konon... Cer citer...kapal "perang" apa yg dah M'sia buat?
ReplyDeleteBanggang melampau...Bodoh Dulu Kini Dan Selamanya
Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
DeleteSurah al munafiqun ayat 3
HANISYA ABDUL HAMID atau OMAKKAU
DeleteKesihatannya seperti sedia kala. Dan semoga musibah, kesakitan dan keuzuran yang dialami sekarang, akan menjadi kifarah yang dapat membersihkan dosa-dosanya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.”
Tahniah OMAKKAU. Satu lagi Macai detected. Negara lain kapal selam lagi murah masih boleh membantu misi SAR. Kapal selam kita ....digunakan untuk memukat ikan je....Kah...kah...Puak lemah otak umno ( United Malay No OTAK ). Bila fakta dikata fitnah, mereka ni memang puak BODOH Dulu Kini Dan Selamanya.
ReplyDeletemak bapak ko atok nenek ko bukan ke sokong umno dulu?
Deletekalau mak bapak ko atok nenek ko pernah sokong umno maknanya puak BODOH Dulu Kini Dan Selamanya la kan.
Xde makne nye atok ngn nenek kami nk skong geng2 pnyamun(umno)..bli kapal 2nd tp lg mahal dr yg baru nmpak sgt nk makap lbih..macai smpai mmpus la bodo kne tipu..hahaha
Deleteyg UK punyer tu...tireless.....tapi yg malaysia punyer ada tayar.......utk mengapungkan die......ialah kalu kak semah masuk confirm lg besar tayar die.......hihihihihi
ReplyDeleteBuat tukun ikan kerapu bunga pun boleh juga atau letak kata muzium melaka untuk pelancung.
ReplyDelete