Friday 4 April 2014

MB SELANGOR KHALID IBRAHIM MASUK KEADILAN KETIKA PARTI ITU KUAT ATAU UNTUK MEMPERKUATKAN PARTI?????



Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, S.P.M.S., P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor,Selangor.

Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975

Pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah, Arab Saudi. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Khalid menjadi CEO Guthrie dari1995-2003. Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh Raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh Raya Utara Selatan.

Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.

Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Kemudiannya sanggup meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia politik secara aktif dan cergas, masuk Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2007 ketika KEADILAN bolehlah disifatkan dalam keadaan amat lemah dengan hanya ada seorang ahli Parlimen di Permatang Pauh setelah bermula baik pada PRU 10 tahun 1999 dengan 5 Parlimen dan 4 ADUN.

Mulanya sebagai Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor . Kemasukan beliau selaku tokoh ekonomi ke dalam PKR memberi rentak baru dalam pakatan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 beliau ditumpaskan oleh cikgu muda K. Parthiban dari Kongres India Se-Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,920 undi.

Kekalahan ini tidak mematahkan semangat dan memudarkan daya juang beliau.

Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok yang mana beliau berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi.

Beliau menewaskan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri , Datuk Tan Chai Ho dari Barisan Nasional/MCA di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 2,515.Khalid memperoleh 28,123 undi sementara Tan Chai Ho mendapat 25,608 undi. Khalid mendapat 7,196 undi berbanding 5,276 yang diperoleh calon BN, Datuk Mohamed Sayuti Said di DUN Ijok pada 8 Mac 2008.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya beliau mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.

Beliau merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional untuk dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ketiga-tiga belas Menteri Besar sebelumnya mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen utama BN.

Pada PRU 13 lalu beliau mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan bertanding di DUN Pelabuhan Kelang .. Menang kedua-dua kawasan tersebut.

Jadi tomahan mengatakan beliau masuk KEADILAN ketika KEADILAN amat kuat gagah perkasa adalah suatu pembohongan yang amat nyata.

Tetapi yang nyata dengan tidak boleh dinafikan ialah kemasukan Tan Sri Khalid dalam KEADILAN telah menyumbang kepada kemenangan lebih bergaya dan cemerlang Pakatan Rakyat di negeri Selangor pada PRU 13 lalu.. Dari 36 kerusi melonjak ke 44 kerusi dengan sekali gus memperolehi majoriti 2/3.


Kalau sumbangannya diperingkat negeri sudah jelas parti menjadi lebih gagah dan hebat ... bayangkan jika beliau menyumbang sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.

28 comments:

  1. Kalau ada 10 orang macam TSK ni, tidak mustahil M'sia akan dapat PM dari kalangan Pakatan Rakyat. Berdoalah agar M'sia dihindari dari pemimpin-pemimpin yang tidak amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MANGGIS MH370 BUKAN DARI MUAR : FAMA JOHOR.

      Bukan musim buah mna nak cari 4 tan. Kat Perak Pahang pun bukan musim buah daaa.

      Bukan susah nak tau. Tanya mas sapa kirim bagasi tu. Semua maklumat dari A sampai Z boleh dapat.

      MELAINKAN KALU SEMUA MAKLUMAT SUDAH KENA PADAM. KALU SUDAH KENA PADAM, TANYA SIAPA PADAM DAN SIAPA SURUH PADAM.....

      BETULKAH MANGGIS?

      Delete
  2. Jangan lupa majoriti dlm pkr adalah orang muda. Bagi anak muda Azmin masih terbaik. Rekod azmin juga tip top.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu mabok todi ke bro?

      Delete
    2. Keza bangang... Kah kah kah..

      Delete
    3. Azmin tu bagus. Khalid lagi bagus.
      Susah juga rupanya klu byk pemimpin yg bagus2 nih.

      Lainlah kalu parti cuma ada pemimpin cap ayam, kangkung pun bole jadi mentri.......

      Delete
    4. Ade menteri nk kena lempang..x der maruah punya menteri umno!! Mana pekida? Mana perkasa? Org melayu nk kena lempang.. bodoh jgk cam umno haram jadah!!!

      Delete
  3. Apa kelas timbalan....khalid for presiden la.Khalid lagi jauh kredible dan bermoral dari nuar dan jijah la.khalid for presiden!!!! Dah tiba masanya perjuangan untuk rakyat,bukan melepaskan tengkok peliwat dan anak beranak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tengah Mabok San Miguel anak madey ker dol?

      Delete
    2. Mabok china doll..:-)

      Delete
    3. Pak encik 1907.....mcm soi leak pulak la pak encik ni. Biasa lepak hotel batu pahat ker pak encik?..:-)

      Delete
    4. Aku respek ds rosmh. Dia sanggup nangis kat bini mat saleh perth. Jijah boleh buat cam tu?

      Delete
    5. Memang aku mabuk St Miguel...Kalau aku mabuk, aku tak minta duit korang...aku kilang beer sendiri...kau ada !!!!!

      Delete
  4. Terima kasih omakkau for sharing this....ooooo..rupa2 nya dr tahun 2004 dia da join pkr......diharap omakkau share profile calon yg lain jugak ye...tq..

    ReplyDelete
  5. semuga Tan Sri Khalid di beri kepercayaan untuk memajukan PKR ..

    ReplyDelete
  6. TS Khalid adalah seorang Menteri Besar yang tahu hala tuju kewangan negeri Selangor.Biarlah dikatakan kedekut daripada PEMBOROS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ts khalid tak suruh bini dia naik jet pribadi. Apatah lagi pakai beg tangah mahal2. Ts khalid tak suruh bini beli cencen rega juta2.

      Jauh beza dgn yg kat sana nun!

      Delete
  7. MOto kami dari kem Azmin!

    Hapuskan Khalid selesai semua masalah!!!


    Hidup Azmin!!
    Beri peluang, maka azmin akan tunjukkan kewibawaannya dlm politik dan tadbir kerajaan negeri!!

    takbirr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin is Anwar pet...hidup Ts Khalid for PKR president!!!

      Delete
    2. MOto kami dari kem KJ, hapuskan system feudel , singkirkan Mukriz..Beri peluang kepada KJ....lulusan OXFORD, tiada share dalam kilang beer

      Delete
    3. Moto kami plak dr org muda nie...moto kapcai jer.

      Delete
    4. Kapcai dan WIRA second-hand 10 tahun...kenderaan rasmi Ketuanan Melayu..nak beli kereta baru dan motor besar, mana nak cekau duit...Melayu Miskin dan Papa Kedana..

      Delete
  8. Dalam keadaan kini...
    parti memerlukan seseorang yg bijak dalam menguruskan kewangan dan mentadbir negeri PKR.
    Begitu juga dalam parti...
    Saya rasa dengan adanya TSKI secara perlahan2 PP dapat mengukuhkan kewangan parti.
    Tidak dipandnag lagi sebagai parti mengemis.. dan siapa tahu dengan idea dari TSKI, PR dapat menjana pendapatan untuk parti.
    So the next PRU.... PR lebih bersedia.

    -LMS-

    ReplyDelete
  9. Dengan persembahan yang terbaik, nama beliau pasti dikenang dan akan terpahat dalam catatan sejarah Mesia untuk tempoh 100 tahun lagi....! Tak rugi buat baik Tan Seri.. Tengkiu.

    ReplyDelete
  10. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete
  11. ini semua salah umno.......................

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...