Saturday, 5 April 2014
MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PIMPINAN TAN SRI KAHLID IBRAHIM ... AIR BERSIH PERCUMA SETIAP BULAN.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan YAB Dato' Menteri Besar, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat sebaik sahaja mengambil alih pucuk pemerintahan dari UMNO/BN pada PRU 12 lalu.
Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.
PENDAHULUAN
Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai bulan Jun 2008.
OBJEKTIF PROGRAM
Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi Cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.
SYARAT-SYARAT
Bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini. Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
CARA PELAKSANAAN
Kerajaan Negeri Selangor menanggung kos pembayaran kepada SYABAS, berkuat kuasa mulai April 2010; bagi pemberian air percuma 20 meter padu pertama atau purata rebat sebanyak RM11.00 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu berjumlah 1.0 juta orang berdasarkan bil penama penggunaan air di negeri Selangor. Rekod pembayaran oleh Kerajaan Negeri Selangor ini tercatat di setiap bil penggunaan air SYABAS yang diterima oleh pengguna yang layak setiap bulan.
Pernah seorang ahli akademik institusi pengajian tinggi awam tempatan yang mengatakan dasar Kerajaan Negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak enam tahun lepas sebagai langkah tidak bijak dan bukan bersifat lestari.
Kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Suhaimi Abu Talib dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) jelas memperlihatkan sikap sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kenyataan nakal yang dibuat itu menunjukkan bahawa profesor berkenaan tidak mengikuti perkembangam yang berlaku dalam negeri Selangor.
Pandangan Dr Suhaimi sangat tersasar apabila beliau mengatakan hasil kerajaan Selangor merosot setelah dasar air percuma dilaksanakan, kerana tidak meneliti rekod rizab kewangan kerajaan Selangor sekarang ini berbanding rekod kewangan zaman BN'.
Apa yang lagi menggelikan ialah pada PRU 13 lalu antara dasar khusus BN Selangor dalam cuba memancing sokongan rakyat ialah meneruskan skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor jika diberi mandat suatu ketika yang dasar yang mereka caci, cerca hina dan kutuk pagi petang siang malam.
Ternyata dasar ini cukup menyentuh naluri rakyat Selangor tidak kira apa jua anutan politik mereka. Satu polisi yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh mana-mana jua pemimpin UMNO/BN boleh dilakukan dengan jayanya.
Dasar ini juga antara penyumbang terbesar kemenangan besar Pakatan Rakyat di negeri Selangor pada PRU 13 lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Air percuma tak akan buat rakyat jadi senang.. Cuma sedap didengar. Sama mcm brim jugak.
ReplyDeleteIni sumer poyo.... haktuihhhhhhh
DeleteApakah poyo kpd yg tidak memahami atau buat2 x fhm ?
DeleteBR1M dpt skali arr..
DeleteAir pree 20m3 nie tiap bulan walo sikit
Bkn air jek, internet @ wifi free pn tgh upgrade ke seluruh negeri..
Kawen pn kerajaan beri sumbangan..
Warga emas..
Ishkkk tgok jek laa kat webaite rasmi kerajaan negeri Sgor..
Mcm2 info..
Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh gak lagi
Deletekenapa khalid sains MOU dgn pusat masih jadi persoalan. Dulu kita halang mereka utk bina langat dua dan beri beberapa opsyen seperti teknologi membran dari German yang dikatakan murah. Adakah Khalid mahluk dua alam? Siang PR dan malam Umno?
ReplyDeleteBg aq laa krn TSKI nie terlalu bijak maka dia sign MOU yg mberikan keuntungan kpd kerajaan negeri..
DeleteYg terhenti slps MOU nie krn kerajaan pusat dh sedar kebodohan mrk..
Tahukah korang akan aset yg bnilai billion utk melunaskan syarat MOU ?
Yg tu teknologi bro, nie pesal MOU yg mana kerajaan negeri akan mengambil alih pengendali air di Sgor..
Dh dpt baru citer pesal teknologi arr..
Omak kau!!! jadi lidah rasmi kempen untuk MB dan Exco ke? Mana calon lain? Berapa rm dapat?
ReplyDeleteLebih baik dpt air percuma dari umno 50 tahun habuk pun tak ada. Johor jual air kpd singapura tetapi kat johor air antara paling mahal di mesia. Pandai sungguh umno memerintah. Kera di hutan disusukan tetapi anak dirumah mati kelaparan. Hidup melayu X3 .......................selamanya melayu ditipu.
ReplyDeleteJohor akan jadi palestin ke 2................
erm.. tapi sekarang pun air dicatu pulak..
ReplyDeleteMerakyatkan ekonomi NEGERI boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan.
ReplyDeleteMeledakkan kejayaan politik keadilan seterusnya merakyatkan ekonomi NEGARA , Azmin lah individunya!
HIDUP AZMIN!
Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh
ReplyDelete