Thursday, 10 April 2014

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... TAN SRI KHALID MENDAPAT SOKONG AMAT KUAT DI PERINGKAT ANGGOTA AKAR UMBI!!!




Anggota PKR di peringkat akar umbi menganggap keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sememangnya sesuatu yang dinantikan.

Pekerja swasta, Ahmad Borhan, 39 tahun, berkata rekod cemerlang selama enam tahun sebagai Menteri Besar yang dimiliki Abdul Khalid mampu memberi penambahbaikan pentadbiran parti.

“Satu Malaysia sudah tahu pencapaian Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dengan rekod bersih dan telus.

“Beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden sekiranya diberi peluang,” kata ahli PKR terbabit ketika ditemui Selangor Kini di Selayang.

Ketika menjawab satu soalan Ahmad berkata walaupun Abdul Khalid agak lewat menyertai PKR berbanding pesaing jawatan sama tetapi perkara itu bukanlah isu utama.

“Tan Sri Khalid saya lihat setia dengan perjuangan reformasi walaupun kadang-kala dikritik.

“Lagipun adakah kesetiaan boleh pastikan integriti dan ketelusan seseorang?” Kata Borhan.

NasiruddinNasiruddin Mohamed, 54, ahli PKR Cabang Sepang pula memberitahu beliau dan rakan anggota Cabang Sepang akan memberikan sokongan seratus peratus terhadap Abdul Khalid.

“Beliau terbukti antara pemimpin yang mempunyai rekod terbaik dalam mengurus tadbir sesebuah kerajaan.

“Ahli PKR patut manfaatkan ‘aset’ bernilai ini. Ketidak beradaan Tan Sri Khalid dalam kepimpinan PKR merugikan PKR sendiri,” kata Nasiruddin.

Peniaga, Gary Lim, 32 pula memberitahu Abdul Khalid berjaya membuktikan kemampuan beliau mengurus kewangan negeri dengan telus tanpa pembaziran dan ketirisan.

“Dia cekap urus kewangan negeri, bukan cincai-cincai, tidak membazir duit rakyat.

“Orang seperti ini ada kepakaran tak boleh disia-siakan dan memang patut pegang jawatan penting dalam parti,” kata Gary yang merupakan ahli PKR di Shah Alam itu.

Dalam Pemilihan PKR 2014 kali ini Abdul Khalid yang satu-satunya Menteri Besar dari PKR menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden.

Beliau sebagai calon nombor 2 akan berhadapan dengan lima calon lain termasuk penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali.

Abdul Khalid dalam kempen pemilihan kali ini menawarkan slogan ‘Menuju reformasi tulen – integriti, telus dan bersih’.

8 comments:

  1. tan sri khalid is the best among others..kecekapan mengurus kewangan terbaik dlm negara..Pm n pak2 menteri kena blajar dr tan sri..

    ReplyDelete
  2. KAMI SOKONG KHALID IBRAHIM.

    KITA TENDANG AZMIN ALI MASUK SEMULA UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape ada c khalid tu..oya dana kerajaan slgr mencurah ruah dgan foktor angka..cuba lu tanya dia apa yg di buat gagasan di felda2 atau diluar bdar haram x nampak..akar umbi mane semua atas pagar poraaah!! ni semwa poyoo!!

      Delete
  3. macai bodo jgn jd batu api..g jaga parti ko sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lue org mic gi sana shuuhhhh3

      Delete
  4. KPD PENYOKONG KHALID SILA DENGAR!

    desas desus yang bertiup kuat di sekitar
    Tropicana, Dewan SUK Selangor dan restoran/kopitiam di sekitar Shah
    Alam, Azmin tewas itu adalah perkara yang sangat susah untuk berlaku.

    Team SRI = Team Azmin

    Memang susah nak percaya, tapi ada yang berikan teori yang baru. Teori
    bahawa Team SRI adalah sebenarnya ‘dummy’ yang ditaja oleh Azmin
    sendiri. Azmin sendiri mahu ianya berlaku dan memecahkan undi dalam
    parti.

    Game Azmin pada ketika ini adalah memastikan MB tarik diri daripada
    bertanding. Itu strategi nombor wahid. Malahan, cerita-cerita mengenai
    ada awek yang menuntut RM3 juta daripada MB ini adalah juga game plan
    Azmin.

    Jika MB mahu teruskan pertandingan – rasanya lebih banyak cerita dalam
    seluar MB Selangor akan dilambak kepada rakyat. Nampak letih dan
    sembab MB Selangor ni. Tapi nafsu masih KUDA beb. Jangan tak percaya.

    Pilihan kepada MB Selangor – tarik diri atau menempuh malu yang
    sebesar-besar kemaluan. Pilihan pada tangan MB.

    Saifuddin ini hanya ‘dummy’. Apabila MB Selangor tarik diri, Saifuddin
    juga akan tarik diri. Maka sempurnalah game plan:-

    - Kak Wan
    - Azmin
    - Rafizi
    - Izzah
    - ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. pooraaah!! game kepala bana semeua bkan idol gue..c khalid klau x de anuar x jadi apa betambah sengalnya begitu yg lain3..aku nk tukar tiub betandiang di telah bersadda/manisfostonye ygdimulai ee botol botol besar bergegas digagas!!!

      Delete
  5. Hehehehe..
    Boleh gunapakai ke nie ?
    Atau sekadar psycho war utk goyahkan ahli2 yg tolak Azmin ?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...