Sunday, 12 October 2014

3 FOTO WANITA HAMIL MAUT DI STESEN MINYAK.



Suasana tenang di sebuah stesen minyak berhampiran dengan Taman Pagoh Jaya, dekat Pagoh di sini menjadi kecoh apabila seorang wanita hamil mati secara tiba-tiba selepas keluar daripada tandas stesen minyak berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, wanita berusia lingkungan 40-an didapati mempunyai banyak kesan darah pada pakaian rebah sebelum meninggal dunia ketika cuba memasuki kereta yang sedang diisi minyak oleh rakannya.

Menurut sumber, wanita berkenaan bersama rakannya singgah ke stesen tersebut untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru selepas selesai urusan perniagaan di daerah ini.

Katanya, ketika rakannya mengisi minyak, wanita itu ke tandas untuk membuang air tetapi dipercayai muntah darah semasa berada dalam tandas tersebut.

“Mangsa terlebih dahulu duduk di bangku batu di hadapan tandas sebelum berjalan ke arah kereta kerana terdapat kesan darah pada bangku dan meja tersebut.

“Mangsa dilihat dalam keadaan lemah duduk seketika pada tembok sebelah salah satu pam minyak dan rebah secara tiba-tiba ketika cuba memasuki kereta,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber berkata, terdapat banyak kesan darah pada dinding dan lantai tandas tersebut serta menganggap kejadian itu sesuatu yang misteri.

Katanya, orang ramai yang berada di stesen itu  terkejut selain turut membantu wanita terbabit dan menghubungi ambulan.

Salah seorang pekerja stesen minyak berkenaan yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia tidak bekerja kerana bertugas pada sesi pagi dan pulang waktu petang.

“Saya terkejut apabila diberitahu rakan dan segera datang ke stesen ini untuk mengetahui perkara sebenar.

“Ketika  tiba, stesen minyak ini dipenuhi orang ramai menyaksikan kejadian tersebut yang pertama kali berlaku sejak dua tahun beroperasi dan keadaan kembali tenang pada jam 2 pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati insiden tersebut tidak mempunyai unsur jenayah, bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut kerana  masih dalam siasatan terperinci.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

2 comments:

  1. Dah sampai ajal menjemput, kat mana2 pun kita akan pergi jua.
    tak boleh kita nak halang walaupun sesaat.
    Alfatihah.

    ReplyDelete
  2. Kematian simangsa diklasifikasikan sebagai mati diracun.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...