Sunday, 5 October 2014
ADIL DAN IKHLAS APABILA MENGGUNAKAN AKTA HASUTAN 1948 KATA PAK LAH.
Saudara saudari sekelian.
Saya sering mengingatkan bahawa nilai-nilai keagamaan serta adab dan budaya ketimuran kita adalah asas terpenting masyarakat majmuk di Malaysia. Pegangan kita pada nilai-nilai murni akan menentukan sama ada kita maju dan berjaya, ataupun mundur dan lemah. Kita bukan sekadar mengejar pembangunan nyata dan fizikal, tetapi lebih penting, kita mengejar pembangunan insan dan rohaniah.
Pada kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang nilai keikhlasan yang sememangnya amat penting.
Segala perbuatan yang kita lakukan mesti diiringi dengan keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas lambat laun orang tidak akan menerima apa jua perbuatan dan percakapan kita. Saya berasa sedih kerana kita kurang mempraktikkan nilai ini.
Banyak isu melibatkan keikhlasan. Termasuk juga isu Akta Hasutan 1948 yang hangat dibincangkan masa kini.
Undang-undang sesebuah negara adalah ciptaan manusia dan sebaik mana pun undang-undang tersebut, ia tidak akan seratus peratus sempurna. Tiada gunanya kita menggubal undang-undang yang lebih bagus jika perlaksanaan undang-undang tersebut tidak dilakukan secara adil dan ikhlas. Kalau kita ikhlas undang-undang yang kurang sempurna pun boleh diguna pakai dan boleh membawa manfaat. Kalau kita tidak ikhlas, maka undang-undang yang baik pun boleh membawa mudarat.
Keikhlasan juga perlu dalam apa jua jenis muafakat. Tiada jenis pakatan akan berpanjangan jika kita tidak ikhlas bermuafakat. Tiada makna berganding bahu jika jalan tak seiring. Lambat-laun orang akan tahu juga sama ada ianya berniat untuk membangunkan negara atau semata-mata untuk meraih sokongan.
Kebelakangan ini juga saya lihat ramai individu kerap mengkritik secara lantang dan menuding jari ke arah orang lain di atas sesuatu perbuatan atau kesalahan yang mereka sendiri lakukan di masa lampau. Walaupun kritikan itu berbunyi munasabah tapi ianya tidak diterima umum dan dipandang sinis. Saya tidak bermaksud yang seseorang yang melakukan kesilapan di masa lampau langsung tidak berhak menegur orang lain. Tetapi kalau kita ingin menegur dan mengkritik orang lain pandanglah diri sendiri dan mengakulah akan kesilapan sendiri dahulu. Saya sendiri pun melakukan banyak kesilapan. Kalau kesilapan saya menyinggung atau mengecewakan orang lain, saya meminta maaf. Saya tahu yang ungkapan “buat apa yang saya suruh dan bukan apa yang saya lakukan” (do as I say and not as I do) tidak boleh diterima orang.
Selain dari itu, kita juga tidak patut membidas perbuatan melampau orang luar tetapi membenarkan perangai buruk sesetengah anak buah kita berterusan tanpa teguran. Ini pun tidak ikhlas.
Jadi saya nasihatkan mereka semua ini untuk menerima hakikat yang walau apa yang mereka cakap itu munasabah ia akan dipandang sinis dan tak akan diterima rakyat jika ianya tidak diiringi dengan keikhlasan.
Biarlah keikhlasan mendahului segala perbuatan dan percakapan kita, agar ianya membawa manfaat dan kebaikan.
http://www.paklah.net/2014/10/keikhlasan/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kerana kita terlalu mudah minta maaf tanpa rasa kesal lah kita sering tidak ikhlas
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletePeratusan keikhlasan sgt sedikit, kepentingan diri jauh lebih tinggi,
Negara akan maju ke depan, rakyat akan mundur kebelakang inilah yg terjadi skrg.
Berian sudsidi tak seimbang demi mangaut lebih pendapat dan rakyat bawahan diperbodoh begini begitu lebih adil utk bandingan kaya dan miskin. Namun tahukah kita apa itu kaya dan miskin bagaimana menbezakanya.
Adakah pendapatan rm 3000 kebawah miskin???
Adakah pendapatan rm 6000 kebawah kaya???
Adakah pendapatan rm 10000 keatas kaya raya???
Ada kita ketahui pembelanjaan mrk berbeza???
Seperti tempat tinggal, kenderaan yg diguna,makan minum, pakaian dlll. Maka kehidupan kaya dan miskin berbeza kedudukan juga berbeza, jadi adakah kerajaan tarik balik sudsidi beri lebih byk habuan pada miskin itu adil malah mampu meningkatkan keselesaan hidup mrk??
Tak kira bagaimana jawapan kita atau pendapat mrk yg miskin tetap miskin kalau tiada kemajuan dari segi kehidupan mrk, tarikan sudsidi utk kebaikan kerajaan semata dan tarikan itu akan lagi menyusahkan mrk yg miskin sebab??? Mudah! Yg kaya pasti mengaut kekayaan dari yg miskin maka bagaimana yg miskin akan dapat habuan yg secara tak langsung balik kembali kepada yg kaya.
Najib x ihklas, madey tegur pun x ikhlas, rakyat yg kene pulas.... kah kah kah
ReplyDeleteIkhlas ... masih ada dalam diri pemimpin di Malaysia?
ReplyDeleteSebelum ikhlas kepada orang lain, kita harus ikhlas dan adil pada diri sendiri dulu. Sejauh mana kita dah ikhlas pada diri sendiri?????
Ikhlas ... waktu ini perkataan ini nampaknya hanya terdapat di dalam Muzium Negara. Dah diarkibkan.
TEGAKKAN UNDANG2 ISLAM..JGN PERLEKEHKAN ISLAM..INILAH ASAS YG PALING PENTING..XPERLU AKTA2 MENGARUT NI SEMUA..
ReplyDeleteSaya sokong kata kata Pak Lah 200%.
ReplyDeleteKalau ikhlas bila lagi nak terajang berahim katak, zul kulum, isma dan sewaktu dengannya dengan akta yang diluluskan parlimen british tu
ReplyDelete