Friday, 3 October 2014

BETUL KE AZMIN ALI TIDAK KENAL LANGSUNG BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TSKI, FAEKAH HUSIN????



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan melayan lagi sebarang dakwaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin yang menyerang cara pentadbirannya.

"Faekah? Siapa Faekah? Saya tak kenal," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Faekah yang mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Azmin pada Rabu berkata jawatan Anwar masih kekal kerana keputusan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu hanya menutup Pejabat Penasihat Ekonomi di Plaza Perangsang, Shah Alam.

Azmin berkata, fungsi dan peranan Anwar akan dibincang semula untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor dan beliau akan diberikan kemudahan sesuai termasuk pejabat.

Namun, Faekah dalam reaksinya ketika diminta mengesahkan semula perkara itu susulan kenyataan Azmin berkata, keputusan menutup pejabat bermakna menghentikan khidmat Anwar juga.

"Bukankah kita sudah ucap terima kasih (kepada Anwar di dalam kenyataan terdahulu)? Pada saya, ketika itu memang (dia) dipecat," katanya dipetik laporan Antarapos.

Azmin kemudian berkata, Faekah tidak ada hak menentukan jawatan Anwar kerana ia bukan keputusannya tetapi Khalid dan exco terdahulu.

"Dia (Faekah) siapa? Tanya dialah. Berdasarkan minit mesyuarat exco pada 22 September, yang mempengerusikannya ialah Khalid bukan Faekah," katanya selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa meminta pertikaian itu dihentikan dan enggan terlibat lagi dengan dakwaan pihaknya mengamalkan politik dendam terhadap Khalid.

"Saya tidak dendam kepada Khalid atau mana-mana personaliti sebab saya hendak maju ke depan," katanya


ULASAN OMAK KAU:-

1)   Tiada siapa yang berfikiran waras percaya yang Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali tidak kenal akan siapa dia Faekah Husin bekas Setiausaha Politik TSKI .. tiada siapa yang percaya.

2)   Malukah mengaku kenal akan Faekah Husin???? .. Apa salahnya jawab segala pertuduhan yang dilemparkan secara fakta dan berhemah???? .. Tidakah ini akan dilihat dan terbentuk suatu persepsi yang Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu ini bersifat sombong, bongkak dan angkuh?

3)   Syukur Alhamdulillah jika apa yang YAB Azmin Ali berikrar yang beliau bukan politikawan yang megamalkan politik dendam dengan sesiapa pun .. suatu niat dan nawaitu yang cukup baik dan murni .. Omak Kau akan pegang akan kata-kata keramat ini sebab sudah berbunyi di akar umbi betapa para anggota KeADILan yang tidak memberikan sokongan kepada dirinya semasa pemilihan PKR 2014 yang baru berlalu, sudah mula merasai diri mereka dipinggirkan serta dipulau, terutamanya para penyokong TSKI.


4)   Kalau sungguh bagai dikata, gunakan pengaruh dan kuasa yang ada desak road show seluruh Selangor yang dikategorikan sebagai mengaibkan mengapa TSKI dipecat dihentikan .. road show ini lebih dilihat sebagai politik dendam kesumat bukannya sebagai medan menyampaikan maklumat.

RAKYAT MEMANTAU, MEMERHATI AKHIRNYA BERFIKIR DAN MENILAI.

24 comments:

  1. Malu si pekah tu...kikiki kawan baik omak kau..blogger omak kau tersentap ulasan assmin....kah kah lepas ni omak kau kena buat round about .....skali buat u turn dokong assmin plakk...janji masyukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEKAH NI DAH TAK DE KENA MENGENA NAK BISING APSAL.. APA LAGI YG PEKAH MAHU.. HARI TU DAHB BAKAR JAMBATAN.. JAMBATAB DAH ROBOH.. DAH TAKDE HUBUNGAN.. NI CERITA NAK KERUHKAN KEADAAN BALIKLAH SI PEKAH NI.. GILA YALAK KE APA?..

      Delete
    2. Sebenarnya Azmin nak kata aku malas nak layan betina galak ni.. tapi dia masih hormat kat si pekah ni.. baiknya jangan di layan.. dia saja nak cari pasal.. kalau tak di layan lama lama dia diam lah.. hj hadi lagikan dah diam.. din ayam pun dah tak berkokok.. nape le pekah sorang ni yg berkokok..

      Delete
    3. Siapa dia tu? Saya pun tak kenal lah

      Delete
  2. dia bukan tak kenal tapi buat buat tak kenal.baru berapa hari jadi mb dah mula bongkak..tengok je berapa lama dia boleh berkuasa,,,

    ReplyDelete
  3. Adik beradik sama aje perangai...mcam sial...

    ReplyDelete
  4. Sudah2lah tuan blog....menang atau kalah....sikap anda tidak akan membantu PR untuk maju kehadapan....

    Jika anda sayangkan TSKI pun, tunjukkan secara jelas pendidiran anda. Jangan menunggu bola tanggung saja, tapi apa yang anda buat untuk pertahankan TSKI?
    Sekarang menikam MB baru...jawapan Azmin itu jawapan politik yang tidak mahu memanjangkan isu lepas...itu pun anda tidak mahu faham...siapak Faekah tu? nak sibuk2 dalam hal yang tiada kapasiti untuk dia berkata-kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dan selamat hari raya qurban.

      saya setuju dengan Anon 16:16. Saya juga sayangkan Pak Khalid, tapi tidak lah memburukan orang lain. Sayang biar berpada-pada. Saya sarankan Omakkau ikut cakap pak Khalid, buat kerja, jangan hiraukan drama orang politik. Doakan untuk kesejahteraan PR semoga Allah satukan balik ukhwah kita.

      Delete
    2. Bergaduh aje kerjanya PR ni. PKR dgn PAS baru nak sejuk, PKR sesama sendiri pulak main tarik rambut. Bikin malu sama pendekar mustar.

      Delete
  5. rezeki omakkau bukan azmin yang bagi tapi ALLAH SWT yang bagi.

    ReplyDelete
  6. kpd si fekah tu jgn lbh sudu dri kuah. awk bukn org politk bckp mcm org politk nk mnentukn itu ini. btl jga kta mb tu sapa fekh. buat mlu je.

    ReplyDelete
  7. keluar melalui puki yang sama mestila mulut cilako sama kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. Betul lah cakap azmin, siapa faekah nak menyibok. Faekah yg sebenarnya berdendam. Dah lah hal gaduh2 ni dah cukup lah. Biar mb baru buat kerja byk yg mb lama tak dpt nk bagi perhatian.

    ReplyDelete
  9. Omakkau nie dr dlu lbih pd Khalid.tp jgn nk tomah org lain.syg Khalid biar btempat..syg PR slalu dhati.

    ReplyDelete
  10. Siapa Faekah tu? MB ? Kerabat? ADUN? Kalau rasa diri tu dh best sgt masuk bertanding la!! Dia ingat dia beso sgt? !!! puiiii.... Azmin jgn buang masa layan mulut si Faekah tu....!!

    ReplyDelete
  11. yang betina tu meroyan apa kena sdh2 ler, ni konon nk tunjuk dia tahu konon puiiiii....mmg patut MB baru ckp mcm tu padan muka dia...ni kes dana warga emas sdh snyp sbb nk ckp tp bangang...betina ni dgn si gagap tu kan sdh parti bebas....

    ReplyDelete
  12. siapa faekah, loyar? majistret? tak kenalpun! kalau hanisya kenal le...barua khalid, broker hadi...kah3

    ReplyDelete
  13. RABU, 1 OKT 2014

    ARAH BEKU AKAUN SMUE BTR DAN P. KLANG: AZMIN MULAKAN KARIER DENGAN LANGKAH SUMBANG

    Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang mantan Menteri Besar, YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

    Arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, YAB Mohamed Azmin Ali.

    Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah DYMM Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

    Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

    Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

    Ternyata segala jasa-jasa YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Menteri besar baharu.

    YAB Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri. Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi. Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

    Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’.

    FAEKAH BT HUSIN
    PEGAWAI KHAS KEPADA
    ADUN PELABUHAN KLANG

    ReplyDelete
  14. Maksud x kenal sebab dia xder kkena mengena dgn pentadbiran dan bukan ahli mmk...buat apa dok layan org mcm faekah ni

    ReplyDelete
  15. Dia peduli apa dgn kebajikan warga Emas Dan oku di DUN port klang dn DUN BTR.Dia 'TAK KENAL' pun warga Sana.belang dah nampak dah tgk saja klrga dia macamana bapak sanggup Buang anak adik auw auw Buang kakak gaduh setengah mati..cam ni jadi pemimpin.susahla bila warga Emas Dan oku yang dah berdaftar di DUN tersebut meninggal dunia waris datang nak tuntut rm1000 Dan selebihnya akan dibayar kemudian, tiba tiba akaun dibekukan staff di Pusat Khidmat kena jawab...dpt mb baru dpt masalah baru..

    ReplyDelete
  16. Warga emas Dan oku yang sudah berdaftar SMUE di DUN p klang Dan BTR bila meninggal dunia waris tak dapat tuntut 2500 .berbuih buih mulut promosi SMUE tiba tiba jadi macam ni.INI kerajaan untuk rakyat ke kerajaan untuk kroni

    ReplyDelete
  17. Like father like son

    ReplyDelete
  18. Apa!!!!FAEKAH...AHLI MUZIK...PANTANG KETURUNAN AKU BERCINTA DENGSN AHLI MUZIK....SYUHH.SYUHHH.PEKAH!!!! PI BAGI AYAM MAKAN PI....

    ReplyDelete
  19. masa pemilihan apa yg yg depa ni tak hina dan caci azmin...pertahan hbs hbisan khalid...la ni bila jadi mb...azmin tak buat apa pun pada penyokong khalid..tapi oleh kerana hinaan dan kutuka dulu teruk sgt..la ni sendiri rasa...perasaan kata azmin pulau dsb
    ...atau dulu masa khalid mb asyuk banyak kot...sebab tu berpada pada bila nak serang org...admin pun tak payah la nak panjangkan lagi..la ni semua dah selesai
    ..azmin kata dia nak move kedepan..brg yg lepas tak perlu dikenang...yg faekah ni pun...hang sapa nak pecat anwar...cukuplah kerosakan yg hang buat masa khalid jd mb

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...