Saturday 4 October 2014

BONDA MENTERI PERTAHANAN, DATO' SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN, TUN SUHAILAH TAN SRI NOAH MENINGGAL DUNIA.




Innalilahirajiun
,,,    Dukacita dimaklumkan bahawa bonda Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Noah 82, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 am 4hb Oktober 2014 di Hospital Pakar Damansara.

Allahyarhamah Tun Suhailah binti Tan Sri Mohammad Noah adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn dan ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein.

Beliau adalah anak perempuan kepada Tan Sri Mohamad Noah Omar, bekas Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Malaysia.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang kerumah keluarganya di Bukit Tunku.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

5 comments:

  1. Takziah kpd Hishamudin

    Doa anak yg soleh yg melindungi ibu bapa kita yg telah pergi menemui Pencipta nya


    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Takziah. Adakah arwah T S Mohd Noah orang yang sama tinggal di atas Jalan Kuel, Johor bahru? Beliau dikenali sebagai Hj Noah Beirut kerana pernah belajar di sana

    ReplyDelete
  3. Tiada apa yang luar biasa. Ada yang telah balik awal, sedang balik dan akan balik untuk menemuiNya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...