Saturday, 11 October 2014
KERANA KERAJAAN TIDAK KENAKAN GST 6% KEATAS PETROL DAN DIESEL, KETUA WANITA PUSAT KEADILAN, ZURAIDA KAMARUDDIN TUDUH KERAJAAN TIPU RAKYAT????
Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bijak mengurus tadbir wang rakyat.
Bajet yang digelar Ekonomi Keperluan Rakyat tidak jauh beza dari bajet tahunan sebelumnya yang memberi gula-gula kepada rakyat bahkan saban tahun ini gula-gula ini ditambah perisa dengan kenaikan wang BR1M kepada rakyat.
Saya merasakan Najib juga menipu rakyat dengan tidak mengenakan GST terhadap Petrol Ron95 sedangkan harga petrol dinaikkan sebanyak 20sen sebelum Bajet 2015 dibentangkan.
Harga petrol sebelum ini adalah RM1.90 selitre jika dikena cukai GST sebanyak 6% ia akan berjumlah RM2.04 selitre.
Setelah kenaikan harga minyak sebanyak 20sen selitre kerajaan Bn mengaut untung sebanyak RM0.06 sen setiap litre dan ini saya anggap satu muslihat jahat kerajaan yang membebankan rakyat.
Lazimnya kenaikan harga petrol akan mengakibatkan ‘domino effect’ kepada semua sektor termasuk sektor perkhidmatan akan menaikan harga mereka.
Keenganan kerajaan mengimplimentasikan gaji minima menyebabkan ketidak seimbangan perbelanjaan bulanan isirumah dengan pendapatan isirumah lalu mengakibatkan rakyat berpendapatan rendah lebih tertekan.
Akibatnya jumlah rakyat yang jatuh dalam kategori miskin bandar meningkat.
Berbanding dengan belanjawan dicadangkan Pakatan Rakyat, gaji minima yang adil dan releven agar rakyat dapat hidup dengan bermaruah.
Belajawan Pakatan Rakyat lebih bersifat Bajet Berkebajikan menolak GST yang menekan rakyat miskin dan digantikan dengan Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Warisan Harta.
Logiknya sebuah kerajaan yang pro rakyat tidak akan mencukai rakyat yang tidak berkemampuan sebaliknya mencukai mereka yang mendapat keuntungan dalam transaksi perniagaan yang berjumlah jutaan ringgit.
Sistem cukai yang dicadangkan Pakatan Rakyat ini juga adalah jauh lebih baik dan digunakan kebanyakkan negara maju dan membangun.
Bajet 2015 Perdana Menteri bukanlah satu bajet yang meringanakan beban rakyat. Ia adalah satu belanjawan yang hanya menyelesaikan masalah rakyat dalam jangkamasa yang pendek.
Rakyat akan terus dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan permasalahan dalaman rakyat yang lebih kritikal seperti perumahan, kesihatan dan pendidikan masih lagi di takuk lama.
Saya pasti kerajaan akan meminta belanjawan tambahan di pertengahan tahun 2015 seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib Razak sejak tahun 2010.
Pada 15hb September 2014 yang lalu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membuat kenyataan seperti berikut:-
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu berkata, Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.
“Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.
“Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.
Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.
Rafizi berkata dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.
Katanya, petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.
“Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.
“Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia,” katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu juga dimaklumkan kerajaan akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan mengehadkan kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.
"Saya dimaklumkan keputusan itu sudah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini," katanya.
Katanya, jika dasar begitu dilaksanakan, bebanan kenaikan harga minyak akan menjadi lebih tinggi, begitu juga dengan harga barang dan perkhidmatan.
“Saya menggesa supaya Najib mengesahkan segera harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.
“Pada masa yang sama, saya seru rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar,” katanya.
Dalam isu ini Omak lebih condong menyokong pendapat dan pandangan mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) yang berbunyi: .... Bajet yang baru dibentangkan tentu ada yang baik dan pasti ada kekurangan. Janganlah kita asyik nampak yang buruk sehingga lupa aspek yang baik. Demikian jangan hanya ada positive thinking tanpa ada nilai-nilai kritis atau constructive criticism. Berikan pandangan secara adil apa yang anda setuju dan tidak setuju;
Jangan sifat mengkritik melulu membuta tuli hanya disebabkan ianya datang dari individu yang berlainan anutan dan pegangan politik .. asalkan ianya benar dan sahih, kita harus berlapang dada dan berjiwa besar akui akan kebenaran dan kebaikkannya.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Nak buat cam na.Masa bentang depa tidoq. Pasai tu meroyan.
ReplyDeleteSyukurlah wahai siempunya blog ..sekurang2nya melalui tagline kamu ini menunjukkan kamu mampu berlaku adil.. insyaAllah ..pada golongan yg mahu bersyukur..dan berpegang pada kebenaran akan muncul kepimpinan yg ..lebih menepati syariat islam dlm kepimpinannya .. yg akan membawa lebih banyak rahmat dan nikmat dengan izin Allahswt.. boleh jadi ia dari sipemerintah sedia ada ataupun dari sebelah PAS PKR .. mungkin juga pemimpin yg dahulunya durjana kemudian kembali bertaubat tatkala ia masih memegang tampuk kuasa ..ataupun kuasa itu kembali kepada pemimpin yg lebih bertakwa dan berilmu....andai golongan yg mahu bersyukur lebih banyak dari golongan yg kufur pada nikmat yg ia perolehi ..semoga siempunya blog tidak menjadi batu fitnah ..tetapi menjadi batu permata yakni berusaha menurut pada syariat islam
ReplyDeleteAwesome omaakau
DeleteITULAH AKIBATNYA JIKA MEMILIH KAPIR SEBAGAI PEMIMPIN KITA....
ReplyDeleteTak faham jugak?
Tak faham jugak masukkan kepala dalam lobang tandas, kemudian tarik flush....
MB selangor buat apa?
ReplyDeleteTugas MB bukan setakat tahan lori sampah aje tau...
Soal agama kena lebih tegas. Esok kat dalam kubor nak jawab macamana? Awak tu MB bukannya penguatkuasa kutip sampah!!
Omakkau dh mula nampak kebenaran dan hidayah... moga penyokong2 tegar yg lain diberikan hidayah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Omak Kau Pejuang Sebenar KeADILan...
ReplyDeletePatutnya Omakkau jadi Calon Ketua Wanita KeAldilan ganti Mak Lampir..
Barulah Perjuangan Keadilan sebenar dapat dicapai.. apa yang betul tetap betul lagi hak dan yang salah tetap salah.
Boleh caya ke minyak tak kena gst, mungkin kemarah rakyat dah reda , start april tahun depan depa umumkan minyak kena gst, macam dulu le ,sebelum pilihan raya depa kata minyak tak naik, selepas pilihan raya minyak naik
ReplyDeleteMUNAFIK ! ! !
ReplyDelete25% msian kaya 70% miskin 5% ultrakaya. Perkapita isirumah 5900rm.najib kata dilandasan yg btl.aku rasa mcm tak btl.
ReplyDelete