Monday 6 October 2014

PAS BERJIWA BESAR AMBIL TANGGUNG JAWAB PENUH TERHADAP TINDAKAN ISZUREE MENGKRITIK KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG.



Bagi mengukuhkan kembali hubungan, PAS Pulau Pinang mengambil tanggungjawab penuh terhadap Iszuree Ibrahim, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang disingkir daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap MPPP, kerana tindakannya mengkritik kerajaan negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata parti bertanggungjawab atas kritikan yang dibuat Bendahari PAS negeri itu pada muktamar tahunan di Johor bulan lalu dan bersedia menjernihkan keadaan.

"Kami ingin lahirkan rasa kesal atas salah faham yang tercetus dari kenyataannya.

"Kami minta isu ini diselesaikan secara baik oleh semua pihak bagi memastikan agenda kita dapat diteruskan dan mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam satu sidang media di pejabat PAS di Tasek Gelugor hari ini.

Beliau mengakui kenyataan Iszuree mengundang salah faham.

Iszuree, bercakap sebagai perwakilan semasa muktamar, menuduh kerajaan Pulau Pinang lebih "pro-pemaju" seperti kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini daripada mengutamakan kepentingan rakyat.

Beliau yang juga ketua whip PAS dalam MPPP dan ketua biro tanah PAS negeri, lantang mengkritik kerajaan negeri berhubung isu pembangunan, warisan budaya dan masalah pengusiran yang dihadapi penduduk.

ULASAN OMAK KAU:-

Tiada parti maupun pemimpin yang tidak lari dari melakukan kesilapan ... silap mengaku .. gagal kena ambil tanggung jawab ... bukannya silap berlagak sombong ego hidung tinggi degil keras kepala enggan tunduk kepala mohon maaf .. .. gagal masih enggan terima kenyataan gagal sebaliknya berhempas pulas memutar kisah kononnya langkah tempang yang direka cipta masih berjaya mencapai tujuan dan matlamat sedangkan terang dan jelas gagal dan hanya berjaya memporak perandakan parti dan gagasan, sebab malu nak mengaku, kerana diri itu kononnya seorang bekas pelajar cemerlang yang sebelum ini gah membongkar suatu penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri dalam kes NFC.

Beza amat-amat antara yang berjiwa besar dengan memiliki ego terlalu besar.

Ular paling bisa sekali pun kalau menyusur akar berduri tidak akan hilang sedikit pun bisanya.

24 comments:

  1. Pas takut pada dap?. Atau pendirian pas flip flop?
    Ya, la ni pas kena dakwah dengan dap.
    Mana perginya pendirian tegas pas?. Berani kerana benar?.
    Confirm, pas bukan dominan dalam pr. Terpaksa kena dengar taiko dap.
    Kalau sesama islam sanggup bertegang urat. Tapi dgn kafir terus menikus.
    Benarlah matlamat pas menghalalkan cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ker pas ikut cakap dap? Ko ni bengap ker hapa bhaiiii?
      Klu pas ikut cakap dap tentu LGE tak marah.....

      Tapi kan bhaii, skang ni lge tgh marah sgt kat pas kan..... Ko tau sbb apa bhaiii? Sbb pas tak nak dengar cakap dap

      Delete
    2. Cai 0018...bknkh entry omakkau menunjukkn yg pas sdg tunduk pada taiko dap...klu dap tk marah tkkn pas sngup mnta maaf atas sikap ahli yg cuba melawan...

      Delete
  2. ust mujahid adalah pemimpin PAS yg berfikrah luas.

    tp beliau termasuk golongan yg dianggap anwarinas dalam PAS oleh golongan HADIRINAS dan HARUNRINAS.

    dgn sikap terbuka beliau ini blh jadi beliau akan dianggap 'melemahkan PAS' dan menjadi agen barat, kalau mengikut Nik Abduh lah.

    ReplyDelete
  3. Minyak naik apa citer cai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knapa isteri kak rose asyik kencingkan kita ajer yer?

      Delete
  4. 2 anom kat atas tu bli minyak murah ke?ckup gaji tak..hahaha...

    ReplyDelete
  5. Biasalah pas mana berani dgn dap..asyik2 yes!..camni nk tadbir negara..baru dap bersin dh gelabah satu negara..hampeh betoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pas kata yes kat dap?
      Bengap ko ni.....

      Delete
    2. 2027... Klu nak jadi macai pun gunalah otak. Ada ke pas bg nama wan azizah spt yg dap mintak?

      Delete
  6. Macai omporno xkesah mnyak nek sbb gaji dorng dh 6k tapi yg sedey nya moto kuar asap bebunga bunga jgk.2t pun ada yg guna myak gorng ikan kering.kohkoh

    ReplyDelete
  7. MB Azmin mendedahkan dokumen perjanjian air tak ada pd dia dan minta Kjaan Pusat dedahkan isi kandungan perjanjian tersbt

    Iszuree sepatutnya letak jawatan sekira nya keciwa dgn tindakan Kjaan DAP PR spt pemimpin hidraf yg meletak jawatan sbg menteri krn keciwa najib tdak membela nasib org India Lepas tu Iszuree boleh lah belasah Kjaan DAP cukup cukup dan bukannya memberi alasan bukan atas kehendak dia

    Dlm isu Kajang mengapa kita hny menyalahkan hny pd seseorg Apakah pemimpin spt Anwar dan Bekas Adun tdak tahu apa matlamat Langkah Kajang dan buta buta mengikut telunjuk indv tersbt Tentu Dr Mujahid Yusof Rawa dapati Kjaan PR DAP tidak spt apa yg di ucapkan oleh Iszuree dan kalau betul dakwaan Iszuree kita yakin awal awal lg dia akan umumkan utk letak jawatan

    Sebelum Langkah Kajang lg PKR dah porak peranda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas langkah Kjg, um no yg dulunya lemah dah pulih sikit dan PR merosot. Tapi bila minyak naik, umno turun balik. Nanti lepas GST umno turun lagi teruk sampailah pru14. Umno jenis tak sabot....klu sabot sikit Selangor boleh balik kat bn

      Delete
  8. Budak mujahit tu fahaman syiah...dlm.kuthbah jumaat di masjid gelugor dia penah cakap beza syiah dan sunnah ssgt kecil jer....hina sahabat dan isteri nabi kecil ka.? Nikah mutaah tu isu kecil ka...?r

    ReplyDelete
  9. Pas akan mati kerana pemimpinya terlalu mengalah dengan pkrd dan dap,yg menyebabkan penyokongnya memberontak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas x pernah mengalah. Pas x hantar nama azizah. Pas ada pendirian. Pas bukan macam umno.

      Delete
  10. Melutut jugak akhirnya, depa takut jugak hilang jawatan dlm pr no, maruah perjuangan tolak tepi lh no, nk hidup punya pasai ... Kalu gitu x usahlh kata pas tu 110% parti islam, 2 x 5 sama mcm pkr dgn umno saja sdh lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas masih parti memperjuangkan Islam. Tapi umno jadi penghalangnya

      Delete
  11. Omak Kau secara Tak Langsung Marah Kat

    Nuar Haram Jddah Al Jubooori Yang tak mampus-Mampus Lagi Setan Dajjal Nieh eek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah guna bahasa mak bapak ko tu kat sini. Pakai kat keluarga ko aje cukup la

      Delete
  12. Omakkau....Sudah2 laaa... You nampak sangat dendam kat Rafizi tu. Isu dah selesai. Omakkau tak kan tak nampak bahawa "tak berjaya sepenuhnya" langkah kajang tu sebab DSAI tu disabotaj sehingga tak layak jadi calon.
    Macam mana kalo takde yang ganggu perancangan...Tentu lain ceritanya.
    Hmmm...mcm mana ek.., pihak sebelah sana boleh tau plan yang diatur?

    Saya tak taulah kalau ada sesiapa yang boleh kata tak nampak kronologi sehingga gagal sebahagiannya langkah kajang tu.

    Buat Omakkau...sudah2 laaa...Dendam Omakkau tu memang jelas ternampak oleh seluruh warga maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai ni pandai jugak buat kelakar la

      Delete
  13. LAIN MACAM NAMPAK OMAK KAU LA NI. DALAM PROSES PROPAGANDA SUPAYA MEMBENCI SESEORANG NAMPAK.....
    RASIONAL LA SKET. JANGAN TAKSUB BERLEBIHAN

    ReplyDelete
  14. Pas parti islam,ditubohkan untok membawa islam dlm pemerintahan yg menjadi tuntutan islam,tetapi kini kerap dihina oleh pkr dan dap,yg perjuanganya bukan berpandukan islam,permuafakatan dengan pkr dan dap perlu ditamatkan kerana ianya merugikan pas,pkr,dap dan umno tetap tidak akan melaksanakan islam dalam pemerintahan, jadi apa untongnya pas berpakat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...