Wednesday, 8 October 2014

PELAJAR YANG GAGAL BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN DISERU BERTAUBAT .... YANG HUTANG DENGAN BANK NEGARA APA CERITA?????

Pelajar-pelajar yang majoritinya anak desa, luar bandar, pendalaman dan rancangan-rancangan Felda dimana ibu bapanya kebanyakkannya adalah penyokong dan pengundi tegar UMNO/BN telah diminta bertaubat dan diminta bayar balik pinjaman PTPTN.

Para taikun yang kaya raya berhutang berbillion ringgit dengan Bank Negara langsung tidak diminta agar bertaubat.

Lebih 500,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.

Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan para peminjam khususnya yang beragama Islam agar menjelaskan pinjaman kerana hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

"Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak membayar balik pinjaman walaupun pelbagai langkah sudah diambil sehingga menjejaskan peluang para pelajar lain yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman.

"Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut," katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Pindaan) 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).


“Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut,” katanya.


“Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu? Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?” soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.


Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).


Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.


“Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami ‘Skandal BMF’ yang membankrapkan Bank Bumiputra.


“Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.


“Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara,” jelas Anwar.


16 comments:

  1. Harap2 Deeeepak dan nfc lembuno juga turut bertaubat.kalaulah pelajar ptptn ini jumpa hasan maling sudah tentu hutang mereka akan dikaji semula.kalau jumpa pok jib mungkin mereka akan diberikan jawatan.

    ReplyDelete
  2. Ikan bilis yg dikejar, yg jerung pirahna buat dek je...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Mamat 3.85 tu banjar la..tp tak kira la..jawa ke banjar ke klu dah menyusahkan org lain dan menyenangkan kroni sendiri, mmg patutnya mamat 3.85 ni yg bertaubat

      Delete
  4. Budak2 tu kerja pun tak dapat lagi. Makan minum pun mintak mak bapak lagi. Macamana nak bayor hutang ptptn??

    Bangang betollah mamat nih....

    ReplyDelete
  5. Bukan gagal bayar tapi berjaya tamatkan pengajian.apa lagi umngok mahu? Dalam dunia globalisasi orang bijak pandai akan terdedah kepada dunia politik, apakah dunia politik sudah dibooking oleh keturunan pemimpin umngok...sekolah tak pandai tapi diberi laluan politik, kaya dari politik dan diangkat jadi pemimpin melalui keturunan.

    ReplyDelete
  6. Salam 1rasuah,

    Firman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

    Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN. MO mereka, lesen kolej diberi kepada kroni, student akan berhutang dengan PTPTN, kolej dapat bayaran full, student berhutang dengan kerajaan (duit rakyat ) dan kerajaan tanggung hutang bila student tidak membayar, kolej tetap untung tanpa risiko. Kroni terus mengaut untung.

    Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduate bodo...hehehe

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ReplyDelete
  7. DEB habih berbilion begitu saja tanpa memajukan bangsa melayu walaupon setakat 40% tiada pon umngok nak bising.Ataupon saya sudah lupa macam kutty cakap melayu mudah lupa...melayu kaya dari politik bukan dari kepandaian menjalankan bisnes.

    ReplyDelete
  8. Kenapa lah menteri2 umnu ni tak cepat mampuih...kalau umnu lupus baru aman negara ni

    ReplyDelete
  9. hutang dgn bank islam okey kan? kan? omak lu...

    ReplyDelete
  10. salam,
    kenapa beliau berkata terutama beragama islam??? kenapa tak kata sj terutama bangsa melayu. majoriti bangsa melayulah yg hutang dgn ptpptn paling tinggi di negara ini. namun kerajaan tak tahu ke??? bangsa melayulah yg paling miskin kat negara ini.kalau mrk mampu tak payahlah mrk hutang ptpptn, lagi kerajaan juga yg mengalakkan bangsa melayu belajar tinggi malah beri bantuan ptpptn utk tingkatkan pendidikan tetapi kerajaan lupa cari kerja buat mrk ni utk bayar hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari ler sendiri... ko patah kaki ke?

      Delete
    2. Melayu jadi miskin kerana mereka bertuhankan BN sebagai pemberi rezeki....melayu yang kaya kaya tak mengundi pun BN...pendatang yang kaya raya tak undi juga BN...untuk jadi kaya dengan satu langkah aje...jangan sekali kali undi BN kecuali jika anda sendiri terus pilih untuk jadi miskin hihihi

      Delete
  11. politik adalah perniagaan...heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anin 0842...20% melayu kaya dari politik macam mana nak tolong 80% melayu yang takda darah bangsawan.tolong teriak 'hidup melayu' bolehlah.

      Delete
  12. Menteri paling terbangang bodoh mcm haram kt malaysia...khakkk tuihhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...