Wednesday 8 October 2014

PANDANGAN RAKYAT MARHEAN SEBAB MUSABAB TSKI SIMPAN LEBIH RM3 BILLION.


Ini sebabnya TS Khalid simpan 3 bilion?

MAJDAN DAGANG
Catatan sejarah sebuah kejayaan


Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;

1981: The Dawn Raid: 7 September. 30-40 stockbrokers from Rowe & Pitman began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.
Tun Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months; control over the entire company.

Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.

Syarikat ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo, di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan British yang terawal di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai pelbagai perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie Corporation Limited disenaraikan di Bursa Saham London.

Namun, selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981 dan dikenali sebagai “Dawn Raid” atau Serangan Subuh. Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.

Kisah di atas menjadi sejarah dan legenda tersendiri. Apatah lagi ketika itu Tun Mahathir baru dua bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, selain catatan di atas, saya lebih tertarik dengan satu catatan lain yang menyebut TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” Ketika wawancara oleh media tempatan.

Era Pakatan Rakyat

Selepas 27 tahun peristiwa “Serangan Subuh” ini, tiba-tiba TS Khalid menjadi Menteri Besar Selangor. Saya percaya beliau tidak bercita-cita menjadi menteri besar, apatah lagi Menteri Besar Selangor – sebuah negeri terkaya di Malaysia. Jawatan itu datang kepadanya, bukan beliau mencari jawatan tersebut.

Sebaik menjadi MB Selangor, beliau menyusun kembali pentadbiran negeri dan hasilnya selepas 5 tahun rizab tunai kerajaan negeri ialah 3.2 bilion.

Ramai yang tertanya-tanya apakah motif TS Khalid simpan duit banyak-banyak, termasuk penulis. Duit sepatutnya dibelanjakan apatah lagi dalam suasana rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan.

Namun, selepas membaca sejarah “Serangan Subuh” terhadap Guthrie, sedikit sebanyak mungkin ada jawapan di sebalik simpanan rizab tunai tersebut.

Sangkaan bahawa beliau tidak berbelanja untuk rakyat tidak tepat. Hal ini kerana sejak menjadi MB banyak skim diperkenalkan seperti TAWAS, Skim bantuan warga emas, skim khairat kematian, bantuan kepada anak melanjutkan pelajaran ke IPT, program jom shopping dan banyak lagi termasuk juga projek pembangunan yang semuanya membabitkan wang.

Malah, rakyat mendapat air percuma dalam kuantiti tertentu (hakikatnya kerajaan negeri terpaksa membayar kepada syarikat air yang diswastakan ketika zaman Umno-BN memerintah).

Malah kakitangan kerajaan negeri juga diberi bonus hari raya sebulan gaji dan bonus hujung tahun juga sebulan gaji – sesuatu yang tidak dinikmati ketika zamanUmno-BN. Malangnya walaupun Umno-BN tidak ada projek sedemikian, duit simpanan juga tidak banyak - hanyalah beberapa ratus juta.

Sedangkan pada zaman TS Khalid, walaupun pelbagai skim yang membabitkan wang, bonus kakitangan, air percuma, namun masih mampu menyimpan wang berbilion ringgit.

Persoalannya, ke mana duit itu pergi ketika zaman Umno-BN memerintah?

Kenapa simpan duit banyak?

Pada hemat saya, duit yang disimpan oleh TS Khalid bukanlah duit daripada sifat kedekutnya tetapi merupakan duit lebihan daripada perbelanjaan asas yang tidak tiris. Pada zaman sebelumnya, duit tersebut tiris di sana sini.

Apabila sistem pentadbiran dikembalikan kepada yang hak, rasuah diperangi, setiap projek dibayar mengikut kos sebenar, maka setiap sen yang diperoleh kerajaan negeri akan sendirinya ada lebihan.

Beliau juga begitu amanah menjaga duit rakyat daripada jerung-jerung politik yang siap sedia menganga mulut menunggu habuan.

Jadi kenapa duit itu tidak dibelanjakan untuk projek rakyat yang besar-besar.

Begini. Jika anda menyimpan duit saham dalam Bank Rakyat, katakanlah RM100 ribu. Jika dividennya 10 peratus anda akan memperoleh RM10 ribu. Jika anda menyimpan RM1 juta, dividen yang akan diterima RM100 ribu, jika anda menyimpan 3 bilion – berapakah dividen yang bakal diperoleh?

Saya tidak tahu berapa bilionkah sasaran yang ingin dicapai oleh TS Khalid.

Hal ini kerana apabila TS Khalid mahu membeli Syabas dan syarikat yang berkaitan dengannya, sudah tentu beliau membuat perkiraan berapakah kos yang bakal dikeluarkan. Berapakah bayaran setiap bulan yang diperlukan.

Beliau pernah membayangkan bahawa, berdasarkan perkiraan yang dibuat, akhirnya rakyat Selangor akan membayar bil air pada jumlah yang sangat rendah dengan mutu yang semakin baik.

Jika sekiranya beliau menyasarkan rizab simpanan tunai 6 bilion dan dividen daripada simpanan tersebut ialah RM600 juta setahun (berdasar dividen 10 peratus setahun), maka duit itu boleh digunakan untuk membayar kos pembelian syarikat air.

Maknanya, kerajaan negeri akan membayar duit pembelian syarikat air hanya daripada dividen rizab tunai dan tidak mengganggu perbelanjaan dan pendapatan semasa kerajaan selangor.

Tidak mustahil bukan sahaja syarikat air, malah mungkin banyak lagi syarikat lain yang boleh dibeli hanya menggunakan duit dividen rizab tunai.

Namun, itu semua hanyalah andaian penulis yang tidak ahli dalam ekonomi, saham dan yang berkaitan dengannya. Tulisan ini juga bukan untuk mempertahankan tokoh tertentu dan merendahkan kemampuan orang lain – sekadar catatan sejarah dan sebuah andaian.

Cuma saya tidak mungkin berpeluang mendengar TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Syabas, Puncak Niaga dan Abass secara percuma.” – kerana beliau bukan lagi siapa-siapa dalam politik Selangor hari ini.

20 comments:

  1. Cerita loyar burok omak kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengoklah.. mcm mana azmin ali tambah rizab sampai RM12 Billion! TSKI ni siapa je ni!

      Delete
  2. Tak lama lagi 3 billion kena
    ..nggap....la banyak jerung lapar yang dah lama nganga mulut...PKR kan anak haram umno..

    ReplyDelete
  3. Omak kau dr parti mana ni?

    ReplyDelete
  4. kan pemimpin umno ckp pr ambil sgor yg tlh di majukan oleh umno cuma pada zaman umno, duit tersebut tiris di sana sini Salahsatu sbb nya jika khalid buat mcm umno tiris sana sini khalid sama nasib dgn khir toyo Lembu korban pun umno repot sprm susah lah khalid nak tiris sana sini

    so azmin ke atau sekiranya wan azizah sekali pun yg jd mb perkara yg umno buat tiris sana sini dpt di elakkan krn sprm memantau dan memerhati setiap tindakan mrk secara tak lansung sekiranya sprm atau sesiapa saja yg cekap dan adil menjlnkan tggjwb maka setiap negeri akan mempunyai simpanan yg berlebihan

    sekiranya rezeb tunai RM7 juta di simpan berapa kah dividen setahun jika di simpan di Bank Islam ???

    mengenai perjanjian air itu utk kita berlaku adil biarlah kedua dua pihak khalid dan pusat bersetuju utk mengistiharkan dokumen tersbt bukan rahsia sulit





    ReplyDelete
  5. TSKI ibarat ibu penyu simpan telur untuk rakyat...umporno pula ibarat biawak lapar yang curi telur untuk tembolok sendiri sejak puluhan tahun...yang tinggal sekarang tukang pajak PR antara PKR,PAS dan DAP yang menjaga kawasan pajakan samada yang nak jual semua telur atau simpan sebahagian supaya anak penyu menetas hehehe

    ReplyDelete
  6. Kebenaran jgn diselindungkan..benar tetap benar. .salah tetap salah...teruskan membongkar omaakau. .kami bersamamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya hrp omakkau usahakan supaya khalid minta pusat dedahkan perjanjian air dgn segera

      Kalau selepas perjanjian khalid dgn pusat tetapi dibayar dgn duit simpanan rezab pd kos yg sama ia itu kos sebelum khalid tandatangani perjanjian tak payah susah masa jd mb sgor khalid buat perjanjian baru tu

      Delete
  7. klu kta damnhkn mnjga wng rkyt dgn blnja yg dpulngkn kpd rkyt smula Ins...x blku ktirisn. ap yg dlakukn olh tski ini membuktikn bliau memrgng amnh mgkut islm.itu sb bliau bjya mtdbir ngri slngr.

    ReplyDelete
  8. Apa yg nak dihebohkan ada 3b tapi rakyat merana? Pemimpin yg cerdik belanja utk kesenangan rakyat bukan nya dok simpan. Negeri kaya rakyat susah jadi apa?

    ReplyDelete
  9. MES ilham Dari tski utk rakyat.TAWAS TUNAS ,HADIAH anak masuk universiti SMUE...dll..ko baru keluar Dari hutan mana anon 16:58

    ReplyDelete
  10. omakkau puji mlngit ni...de pe2 ke ngan TSKI ni

    ReplyDelete
  11. Lebih sudu dari kuah pulak dah OMAK KAU ini. Kalau nak jadi bloger UMNO hang pi lah merenyeh kat PM Najib lepas tu hentam PR kaw kaw. Tak lama lagi tutup lah agaknya bloge OMAK KAU ini sebab penulisan dia dah condong ke UMNO nya. Aku masih baca lagi lah sehari dua ini tapi kalau dah condong lebih aku pun dah tak mahu baca buang karen je membacanya. Bukan dia nak naikan semangat tapi nak mejahanamkan semangat adalah kalau baca etikal2 yg ditulisnya.

    ReplyDelete
  12. Jumlah simpanan negeri 3 bilion diheboh sekampong..perjanjian air di OSA kan.

    ReplyDelete
  13. Komen bangang dr anon1820. Perumpamaan, masa mak bapak kau dpt kau, hebah tak pd org? Tp masa bapak kau menutuh mak kau, ada ke heboh-heboh? Lain la klu mmg bapak kau heboh masa nak mengawan tu. Sbb tu dpt anon bangang cam kau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud kawan tu ia lah kalau 3 billion tu dihebuhkan maka perjanjian air tu jgn lah di sorok Buatlah cara terbuka ini bukan perjanjian beli senjata dan perjanjian ni pun bukannya strategik ekonomi sbb yg kawal dan yg dpt kroni kroni jugak

      sedih dgn perumpamaan yg ko bagi tu jauh antara isu umum dgn isu indv

      Delete
  14. TKSI boleh balik jd mb selangor ke, soalnye ...

    ReplyDelete
  15. Barang yang lepas... Hai jangan dikenang... Kalau dikenang... Meracunlah diri

    Tiap insan hai tidaklah kekal... Tentu kembali dimana berasal... Janganlah sedih hai janganlah pilu.. Serahkan pada allah yang satu..

    Ooo dunia ibaratnya roda.. Naik turun tiada hentinya... Sama juga hidupnya manusia... Ada yang riang... Dan ada yang duka...

    Selamat jalan romeo ku.... he..he..he..

    ReplyDelete
  16. Yang ni ada kebenarannya....tski mmg b.m.w (bijak mengurus wang). Bab lain no komen.

    ReplyDelete
  17. Omakkau masih meng igaukan tski rupanya. Kesian... suruh lah tski tubuh parti baru. I rasa ramai akan join tu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...