Wednesday 8 October 2014

KALAU TSKI MASIH MB SELANGOR ADAKAH TONY PUA AKAN CAKAP NADA DAN AYAT YANG SAMA????? ... DAP: HENTIKAN TOMAHAN TERHADAP PENGANJUR OKTOBERFEST.



SHAH ALAM, 8 OKT: DAP mengingatkan semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menghentam pesta arak Oktoberfest supaya menghentikan tohmahan terhadap penganjuran acara itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata pesta mabuk-mabuk itu tidak sepatutnya dijadikan titik pergeseran antara agama kerana Oktoberfest merupakan acara swasta yang diraikan oleh penganut bukan beragama Islam, dan tidak sepatutnya melibatkan penganut beragama Islam.

DAP Selangor ingin menetapkan bahawa asal program “Oktoberfest” tidak melibatkan peserta beragama Islam, ia tidak sepatutnya membangkitkan sebarang perasaan sensitif daripada rakyat beragama Islam.

“Oktoberfest sebenarnya tidak patut diserang dengan pelbagai tohmahan yang buruk dan melampau kerana ianya hanya merupakan satu acara kecil yang digunakan oleh syarikat-syarikat arak untuk mempromosikan minuman mereka. Acara ini telah berlangsung selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang kesan negatif kepada masyarakat Malaysia di mana-mana tempat,” jelas Tony.

DAP memohon semua pihak supaya tidak melatah dan mengambil pendirian berhubung isu ini secara tenang dan rasional.

“Masyarakat bukan Islam di Malaysia selalu menyambut hari kebesaran, sama ada harijadi atau hari raya, upacara perkahwinan atau kesyukuran dengan pelbagai jenis minuman yang berkandungan arak. Ia merupakan perkara kebiasaan dan bukannya kejadian yang memeranjatkan. Ia juga merupakan hak mereka yang dilindungi bawah kuasa undang-undang,” katanya.

DAP juga mengingatkan peserta yang bakal menyertai sambutan Oktoberfest supaya mematuhi undang-undang yang menjaga keselamatan orang-ramai, minum secara bertanggungjawab dan mengelak dari memandu dalam keadaan mabuk.


HANYA SATU PERSOALAN MAU DILONTARKAN .... AKUI SECARA JUJUR ... JIKA TSKI MASIH MENJADI MB SELANGOR KETIKA KEMELUT OKTOBERFEST INI BERLAKU ... ADAKAH TONY PUA DAN KESELURUHAN PIMPINAN DAP AKAN BERSUARA TERMASUKLAH RONNIE LUI DAN AHLI PARLIMEN KLANG SANTIAGO .. AGAK-AGAK KALIANLAH.

ADAKAH AKAN MEMPERTAHANKAN KERAJAAN SELANGOR SEPERTI ADANYA SEKARANG?????

22 comments:

  1. Betul lh cakap dia tu, yg nak dipusing libatkn bekas mb apehal pulak, yg x boleh minum arak x usah lh minum, benda simple je yg nk bikin kecoh mempolitikkn kenape, dh x de isu lain ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah.. Omakkau ni apa2 pun nak kaitkan dgn TKSI walaupun takada kena mengena. Dah2lah TKSI pun dah takda tak payah nak mengungkit2 setiap perkara nak kaitkan dgn TSKI. Taulah Omakkau memang bekas kadam TSKI tapi cukup2lah tu. Kita tumpukan pd MB baru utk kesejahteraan rakyat selangor bukan nak melaga2kan sesama mereka. Omakkau menyalak dgn mengunkit dan mengaitkan dgn TKSI setiap benda yg berlaku diSelangor adake TSKI dpt balik jadi MB?

      Delete
    2. Kalu TSKI masih MB selangor, perkara haram jadah ini pasti tak akan berlaku.

      Delete
    3. Ni kat negeri Azmin...Azmin buat hapa?
      Tengok aje ker??

      Delete
  2. Mcm tu juga hukum hudud, hanya utk org islam shj. DAP jgn melatah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cam tu mengapa bising bila orang islam adakan qurban?

      Delete
    2. Dap : Hudud tak bole...
      MCA : Hudud tak bole.
      MIC : Korban jangan buat skola haa.
      MIC : Korban jangan buat sini
      Dap : Arak org melayu jangan kacau

      Azmin : zzzzzzzzz
      Jais : zzzzzzzzz
      Hasan akidah : ???????? !!!!!

      Delete
  3. Betul ke masa Khalid dulu, Tony Pua atau DAP tAk Berani cakap apa-apa? Macam cakap Macai aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul.
      Tapi bila dah tukar MB dari sokongan DAP, terpaksalah telan ......

      Delete
  4. "x boleh minum arak x usah lh minum"... abis tu knape macai pr ungkit pasal kilang arak pertama dirasmikan oleh pemimpin UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai kalau kau nk minum arak smpai mabuk tertonggeng skali pun kau minum lh, kan dh dihalalkn dlm umno ... apa lh nk diungkit ungkit lg, x de sape berani larang ...kah kah kah

      Delete
    2. kalu umno tak bagi lesen dulu, masalah ni tak akan timbul.
      Apa bule buat, nasi sudah menjadi bubur.
      ambik aje la sahamnya...

      Delete
    3. Siapa yg rasmikan kilang arak kat PJ dulu tur yer?
      Org kuat pas ke orang kuat umno?
      Untongggg laaa

      Delete
  5. Bila masa Cina di Malaysia ni tumbuh rambut blonde dan mata biru?
    Aku heran bila masa Cina ni buat Beer di tanah besar Cina?
    Aku tak heran kalau tu budaya tanha besar Cina yang dah ribuan tahun.
    Ini budaya Bavarian, Orang German,
    Bir dibuat dari gandum.
    Budaya ni amalan bangsa Jerman di bahagian selatan negara Jerman dan Austria.
    Ini bukan budaya asal Jerman di utara Republik Jerman (lower German)
    Secara ringkasnya membawa budaya yang tidak ada manfaat kepada rakyat malaysia perlu dihentikan.
    Dan satu lagi, apasal menteri pelajaran tiba tiba kecut telur dalam soal keputusan percubaan SPM tak boleh digunakan untuk masuk kolej swasta?
    Kenapa bila tokeh Cina yang menguasai kolej swasta bantah terus ikut?
    Kalah betul2 Idris mentri UMNO anak jantan kekalkan keputusan yang telah dibuat.
    kalau sekejap kata boleh dan sekejpa kata tak boleh baik jangan jadi menteri.
    Aku heran menteri Melayu ni semuanya flip flop,
    tapi kalau hal berkaitan dengan orang Melayu dan Islam semuanya nak berkeras,
    Takkan nak bagi alasan pegawai Kementerian Pelajaran tidur atas buat silap dna memberi nasihat salah kepada menteri?

    ReplyDelete
  6. Sebab tu TGHA tak nak PAS jadi barua dalam PR...bila orang Islam nak hudud DAP melatah..bila pesta arak minta muslim rileks...spesis lidah panjang dalam DAP keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruh anwar kasi settle la.. dia yg nak sangat sokongan dap

      Delete
  7. Lain dah blog ni,nya orang sini nda tia nampak ginis nya(genius)

    ReplyDelete
  8. Isma sedang tersenyum sebab mereka cakap mereka islam tapi mereka pula yang promosikan octoberfest kepada orang islam.

    ReplyDelete
  9. Kalau jari tu bukan keyboard warrior cuba jengok sekejap ngok hanjing umngok tu....siapa juga orang islam yg nak minum arak dan buat apa isma sebok pasai octoberfest...bagus isma buat demo dikilang arak yang dirasmikqn oleh orang umngok tu.

    ReplyDelete
  10. Tony Pua dah kata... pesta mabuk-mabuk itu tidak sepatutnya dijadikan titik pergeseran antara agama kerana Oktoberfest merupakan acara swasta yang diraikan oleh penganut bukan beragama Islam, dan tidak sepatutnya melibatkan penganut beragama Islam. Apa masaalah ?

    Dalam pesta itu ada menu pilihan..... Mahu minum arak atau mahu makan rasuah ?

    ReplyDelete
  11. DAP u can't get my vote anymore !!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...