Sunday, 5 October 2014

PENGERUSI NGO ANTI JENAYAH YANG DEDAHKAN GAYA HIDUP YANG MENCURIGAKAN ANAK BEKAS PESURUHJAYA POLIS SABAH, BAYAR HAMPIR RM340,000 UNTUK DUA NOMBOR PLAT KENDERAAN NEGERI SELANGOR, BMW.



Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) anti-jenayah MyWatch S Sri Sanjeevan membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta negeri Selangor BMW, lapor portal Mstar Online.

Berdasarkan gambar yang tersebar luas di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.

Menurut gambar yang tersebar itu, lima anggota pentadbiran berjaya mendapatkan nombor pendaftaran BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10 secara percuma.

Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang dibuka untuk tender awam dari 14 hingga 28 Ogos.

Antara pemilik plat BMW yang berjaya termasuklah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei  yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100).

Kejayaan Sanjeevan mendapatkan nombor pendaftaran BMW 8 dan BMW 11 dengan bayaran hampir RM340,00 mengundang reaksi sinis di Twitter.

Pengguna Twitter @The_Mamu  mempersoalkan: "Sanjeevan ini meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal."

Pengguna Twitter @MuazFadhli juga mempertikaikan Sanjeevan dengan berkata, "Kaya Sanjeevan ni. Lee Chong Wei beli satu sahaja nombor plat BMW."

Menurut Mstar Online, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

12 comments:

  1. Tak berani nak komen kerana yg beli plat no. BMW tu org kuat PKR nanti tak pasal2 bang non marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar Ekonomi Baru...dicipta terbukti melahirkan ramai Melayu yang kaya raya....tidur bertilam duit....setakat keluar ratusan ribu untuk plet kereta, tak luak pun duit mereka....Dalam bank ada berbilion lagi..

      Delete
  2. Bang non tak marah aih. Dia dah jadi MB (rc) la ni.

    ReplyDelete
  3. rc = remote control

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mb rc, yg ko org macai2 diremote controlkn sbb bangang x boleh diharap....kah kah kah

      Delete
  4. kalau pun betul dia yang beli , selagi tak guna duit cukai rakyat untuk membeli nya pasti tiada masalah.

    sekarang ini dia belum sah kan dia beli nombor nombor tu pun kan.

    ReplyDelete
  5. Mana janji bn sebelum pru.minyak tak kan di naikkan konon.kene kencing terang terang puiiii.

    ReplyDelete
  6. Ni baru betul siasat dulu sebelum tibai. Ni tidak hang dok tibai sorang hamba tuhan tu yg beli bmw second hand kemudian dimodified jd versi mewah. Pas tu siap tambah mcm2 perisa penyedap dan jadilah fitnah hebat yg disebarkan seantero dunia sbb dia bukan geng hang. Tapi geng hang, hang sentiasa berperangsangka baik. Beli no bmw pun dianggap biasa2 aje dan tak mewah pun sbb ia sekadar no aje. Tahniah !

    ReplyDelete
  7. Negara Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem berasuah. Oleh kerana itu bukan pekara pelik jika dari pemimpin peringkat tertinggi sehingga keperingkat pencacai memandang rasuah sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.

    Disebabkan kita bukan diantara orang yang terlibat dengan aktiviti rasuah maka bukan satu kesalahan kalau kita ingin tahu cara bagaimana seseorang itu mampu mengumpul duit yang banyak sehingga mampu membeli sesuatu yang pada pandangan kita tidak memberi apa kebaikan dan faedah.

    Jika mereka itu ahli perniagaan, perniagaan jenis apa yang mereka lakukan....
    Jika mereka itu ahli politik, apa jawatan mereka dalam kerajaan dan berapa gaji yang mereka terima setiap bulan.

    Jika mereka itu menantu abah.... bagaimana orang itu boleh berada dalam syarikat GLC negeri, berapa gaji yang dibayar dan bagaimana kemewahan hidup melebihi keupayaan pendapatan ?

    Bagi ahli UMNO Baru pertanyaan seumpama itu amat menakutkan mereka.....





    ReplyDelete
  8. kalau bnrlh mklumt ini. sprm msh mnidak kes ini dgn alsn x cukp fkta x taulh nk komn lgi. pihk lhdn pn bolh mjlnkn siastn brpakh byrn cukai dlunaskn sdgkn mampu mbida hrga no plate knderaan rtusn ribu. kmi tgu ap tndkn brwajip cpt atu lmbt.

    ReplyDelete
  9. Yg dah terang bazir pki dana awam x bising plk ko...lembu kondo..rumah 7 juta..mb slngor msih bebas...ketua sabah...bailout mas..kapal..cimb..ooooobnyak lagi..

    ReplyDelete
  10. Ape nk kisah mme bole brli nyer kalau gaji 1 hingget elaun 15 juta...ahakssss....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...