Wednesday, 1 October 2014
PROFESOR AZIZ BARI MEMILIH UNTUK MEMBISU KETIKA DISOAL SIASAT OLEH POLIS BERKAITAN KES DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948.
Pakar perlembagaan dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari disoal siasat selama sejam oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan hari ini, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang soalan.
Abdul Aziz disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Sabak Bernam pagi ini ekoran laporan polis dibuat terhadapnya berhubung komennya dalam dua artikel yang disiarkan dalam The Malaysian Insider.
Artikel pertama bertajuk 'Sultan Selangor terikat deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari' dan satu lagi artikel bertajuk ‘Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert’
Dua wartawan The Malaysian Insider telah diambil kenyataan mereka berhubung dua artikel tersebut.
Menurut salah seorang peguamnya, Afiq M Noor dari Lawyers for Liberty, Abdul Aziz memutuskan untuk menggunakan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang membenarkan seseorang itu untuk berdiam diri.
Dr Dheeraj Bar merupakan seorang lagi peguam yang menemani Abdul Aziz ke balai polis.
"Kami tidak diberitahu apakah langkah seterusnya. Mereka akan memaklumkan kepada kami," kata Afiq sambil berkata sesi soal siasat itu berakhir pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Sekadar menjawab soalan dalam suatu forum mengikut kehendak perlembagaan lord reid pun boleh kena akta hasutan...inikan nak jawap soalan polis yang hendak mengenakan tertuduh.sendiri pikiaq la
ReplyDeleteBaru kena buku dgn ruaih ....
ReplyDelete