Tuesday 7 October 2014

RUPA-RUPANYA JUMLAH CUKAI YANG DIBAYAR OLEH PARA HARTAWAN TERKAYA NEGARA TERMASUK ANAK MAHATHIR ADALAH RAHSIA DAN TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN.

Untung, bertuah dan bernasib baik menjadi billionair dinegara ini termasuklah anak lelaki Mahathir .. segala butiran cukainya rahsia .. jadi rakyat tidak boleh tahu berapa jumlah cukai yang dibayar setahun serta berapa tnggakan jika ada.

Jumlah cukai yang dibayar oleh hartawan-hartawan negara tidak boleh didedahkan kerana ia adalah rahsia di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri terikat kepada peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian individu di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tidak boleh didedahkan amaun cukai individu sebenar yang dibayar oleh mereka.

"Selaras dengan Seksyen 138 Akta Percukaian 1967 menyatakan dengan izin, every classified person shall regard and deal with every clasified material as confidential.

"Jadi cukai pendapatan individu mereka yang terkaya itu kita tidak boleh dedahkan mengikut akta," kata Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Parlimen, petang ini.

Beliau memberi maklum balas kepada gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tengah hari tadi.

Anwar menggesa agar kerajaan mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang terkaya di Malaysia yang bertaraf bilionair.

MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin bangkit dan memohon Ahmad mendedahkan jumlah keseluruhan cukai 20 orang individu terkaya jika jumlah cukai persendirian mereka tidak boleh didedahkan.

Ahmad memberitahu Sim beliau tidak mempunyai statistik yang diminta itu dan perlu memeriksa semula jika ia dibenarkan untuk didedah.

"Pada saat dan ketika ini, angkanya tiada.

"Kemudian... kalau tidak melanggar akta ya," jawab Ahmad kepada Sim.

Kenyataan DSAI mengenai isu ini adalah seperti berikut:-


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf bilionair di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan tersebut.

"Saya mahu tahu daripada 20 bilionair di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?" Kata Anwar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014).

"Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN," kata Anwar.

Menurut Anwar, beliau mahu tahu jumlah tersebut kerana dakwanya, ada di antara golongan kaya di dalam negara mendapat kelonggaran dalam membayar cukai mereka.

"Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.

"Di mana orang-orang kaya, bilionair, boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya.

"Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.

"Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu," kata ketua pembangkang lagi.

14 comments:

  1. Awat anak piem boleh jadi yang terkaya dimalaysia....pm sendiri tak boleh kaya ker...najib pun ada hak utk kaya.syukurlah ada juga melayu kaya dan negara masih aman damai dengan kemampuan kerajaan yang dianggarkan menyara selama 3 bulan setiap keluarga dengan subsidi setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. Setuju, tak boleh dedah sbb tu kenaikan baham api, letrik dan bermacam mak bapok tak ada hal bagi mereka..

    ReplyDelete
  3. Betapa banyaknya kerajaan dapat duit hasil cukai dari orang orang kaya sbb tu dirahsiakan..kalau org org kaya tu mengelak dari bayar cukai betapa beruntungnya mereka...hutang berbillion pun boleh lupus..rakyat juga yg ditekan...sial betul kerajaan skrg ni

    ReplyDelete
  4. Cuma yg perlu didedahkan ialah bagidol 6g bergaji 1 ringgit klaim elaun 25 juta...mme logik dedahkan....ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budussss...bila nak mampus...ahaks...

      Delete
  5. salam,
    kalau mrk2 kroni2 menteri2 boleh tipu dan bohong rakyat apa lagi tak boleh mrk buat.
    bagaimanapun mrk tak akan kaya selamanya sebab bila mrk mati satu helai benang pun tak akan terbawa ke lubang cacing neraka. cuma anak2 cucu mrklah yg akan tanggung susahnya bila tiba masa kejatuhan pada masa depan. tiada yg tak mungkin dan tiada harta dunia milik sesiapa satu letupan boleh musnah begitu sj.
    tuhan itu maha mengetahui lebih dari apa yg kita manusia fahami cuma masa sj menanti!!!!

    ReplyDelete
  6. gila ke apa nak dedah cukai billionair
    Mrk tlh menyubang duit bahagian cukai tersbt kp umno bn se tiap kali pru

    Rakyat dpt B1rim RM600 sbb tak kena bayar cukai
    Billionair dpt "wave" atau discount atau rebate cukai berpuluh ribu ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah undang2 sebut tak boleh dedah mgapa masih ada yg brhujah mcm tk cukup akal..kerajaan bleh d dkwa skirnya langar akta tu..klu nk sngt dedah p minta printah mhkmah..ahmad maslam buat sttmn dlm parlmn klu dia hujahkn pkara yg bukn fakta dia blh d sorkn phk pmbngkng menipu dn tndakn boleh d ambil oleh perlmn terhadapnya..jngnlh nk brhujah kosong je!

      Delete
    2. rakyat bukan bodoh yg bergaji RM4000 pun kena cukai boleh kira sendiri
      Accountant bertauliah mcm Rafizi pun boleh buat anggaran
      Rahsia kepala otak lah Lain lah yg billion air tu duduk rumah teres dan pakai proton Atau apakah pendapatan negara tak termasuk cukai gulungan tersbt krn rahsia ?

      Delete
  7. Pale buto ko la..!!!

    ReplyDelete
  8. www.rezekijiadi.blogspot.com

    Buat rakyat marhaen

    ReplyDelete
  9. Undang undang tu siapa yg buat ??? Urang kita Macai umno bongok.kenapa bnyk perkara nk sorok ...rakyat bodoh macam ko boleh la ditipu..

    ReplyDelete
  10. Kalau kaya harta atau wang pasti kena bayar cukai atau kena tunaikan zakat....bila kaya pahala tak perlu bayar cukai atau zakat cuma boleh muflis kerana nak tebus hutang dosa dengan manusia..hehehe

    ReplyDelete
  11. Hanya penipu dan penjenayah takut , kalau kes ini bagaimana mereka kaya dan siapa taja atau barua mereka dalam kerajaan.Negara belum maju , billionaire ramai, hutang negara melambung.Jangan fikir kita bodoh Hutang negera amat tinggi dan amat bahaya, kerana terpaksa tundok pada negara kaya walhal kita semua ada bermacam macam hasil tapi duit nya entah kemana.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...