Monday, 6 October 2014
SEBUAH BOT TEMPUR CANGGIH MILIK TLDM BERSAMA 7 ANGGOTA LESAP DI PERAIRAN SABAH.
Bot Tempur CB204 milik Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama 7 askar dipercayai hilang di perairan Sabah sejak pagi tadi.
Sehingga malam ini pihak TLDM gagal menghubungi bot tersebut dan telah melancarkan operasi menyelamat.
Setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan kejadian ini, kawasan rondaan dan punca kehilangan ini.
Bagaimanapun kehilangan ini dipercayai akibat cuaca buruk, bukannya kegiatan pengganas.
Bot tempur CB204 mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.
Malah, laluan sungai sempit juga boleh dilalui oleh CB204.
Di samping itu, jika sebelum ini kita sering mendengar bot-bot menggunakan enjin berkipas, amat berbeza sekali dengan CB90.
CB204 menggunakan sistem ‘water jet’ yang mampu bergerak dengan pantas dan senyap.
Keadaan ini meletakkan CB204 antara aset terpenting TLDM terutama dalam menjalankan tugasan penyusupan dan risikan.
Untuk itu, pemilihan TLDM menggunakan CB90 dianggap tepat kerana kemampuannya membawa anggota-anggota tentera dalam menjalankan operasi di mana-mana sahaja kawasan di negara ini.
Bot tempur ini juga mempunyai keistimewaan lain seperti boleh didaratkan sebahagian badannya sehingga ke kawasan atas pantai.
Ia juga boleh dihentikan secara mengejut walaupun ketika sedang bergerak laju serta mampu membuat lencongan kira-kira 110 darjah.
Memandangkan kemampuan bot ini, ia turut diguna oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Harap jumpa...
ReplyDeleteHarap musibbah yg bertimpa2 dijauhi dan anggota terlibat selamat
ReplyDeleteKita harap jgn lh ianye berkait dgn penganas lagi...
ReplyDeleteNilai duapuloh sen ni lah yang akan mencari bot yang hilang ....
ReplyDeleteAnjing
DeleteKapal terbang hilang, bot tempur hilang, anggota navy hilang, anggota polis hilang .... apa lg lh yg nk hilang lepas ni, x tau lah nk cakap musibah ke bala ke ni ....
ReplyDeleteSmlm selipar aku pon hilang kat masjid lpas semb raya....
DeleteSemuanya hilang....misteri betul....
Panggil bomoh cepat.. TLDM ada bomoh hebat..
ReplyDeleteAnggota polis marin yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas masih belum dapat dibebaskan sehingga saat ini.
ReplyDelete"Bot Tempur CB204 milik Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama 7 askar pulak dipercayai hilang di perairan Sabah...."
Kalau dalam perairan sendiri polis boleh kena culik bot perang boleh hilang tanpa dapat dikesan..... ada lebih baik ATM dan PDRM dirombak kepada penyusunan semula termasuk dengan menterinya sekali.
Mungkin maharaja sulu mengetahui dimana letakkanya Bot Tempur CB204 berada sekarang dan anggota polis yang diculik juga boleh dibebaskan ..... Cuma sedia kan duit saja....I help U, U help Me.
Depa dh jumpa, katanya bot rosak, 7 anggota tu kebuloq nasi, bot canggih beli juta2 boleh rosak dgn radio2nya sekali, biaq betui.. x tau lh kut kalau ada pulak cerita lain ...
ReplyDeleteBernama tulis....Bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pagi semalam, sudah ditemui dengan semua tujuh anak kapalnya dilaporkan selamat... tapi tak bagi tahu hilang kat mana dan jumpa kat mana...
DeleteMacam main wayang aje TLDM ni.... he..he.he.he..
Ada senjata pun x boleh digunakan terhadap pencoroboh, penganas dn lanun kt area tu kn, TLDM semedang kene mainkan je le....entah ape polisi umno/bn ni pakai utk mmpertahankn kedaulatan negara pun x tau lh ... mcm bodoh je ...
DeleteHilang ke sludup nk jual ?
ReplyDeletePanglima Tentera Laut kata ramai warga TLDM kaki hutang dan penagih daun ketum.... hancuss lah negara..
ReplyDelete