Thursday, 9 October 2014

TAHUN LEPAS KJ BANTAH KERAS .. TAHUN INI SETUJU HABIS PEMINJAM PTPTN DIRUJUK KEPADA SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT BERPUSAT (CCRIS).



Tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan cadangan untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Pada waktu itu, selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mendukung aspirasi orang muda, saya telah bantah langkah tersebut kerana terdapat ramai peminjam yang tidak dapat bayar PTPTN sebab kekangan kewangan yang dihadapi akibat kos sara hidup yang meningkat. Ada juga yang masih belum dapat tawaran kerja dan tidak mampu membayar balik hutang PTPTN mereka.


Baru-baru ini saya didatangi pengurusan tertinggi PTPTN. Mereka telah kemukakan cadangan yang baharu. Mereka tahu ramai grad baharu yang masih tidak dapat tawaran kerja yang tetap.

Pada masa yang sama mereka risau sebab apabila peminjam tidak membayar balik hutang PTPTN, tabung untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu semakin kurang. PTPTN hanya boleh diteruskan jika peminjam membayar hutang mereka. Barulah pinjaman baharu dapat diberi kepada orang lain.


Dalam keadaan ini, PTPTN cadangkan untuk cuba dapatkan bayaran daripada mereka yang langsung tidak membayar balik hutang mereka sejak tahun 2010 dan sebelumnya. Hujah PTPTN, kalau grad pada tahun 2010, takkan satu sen pembayaran pun tidak boleh dibuat?


Angka-angka dibawah dengan jelas mununjukkan jumlah peminjam yang telah membayar dan mereka yang langsung tidak pernah membuat bayaran (dan tidak pernah hubungi PTPTN). Kumpulan yang dicadangkan untuk disenaraikan dibawah CCRIS terdiri daripada 183,486 individu yang langsung tidak membuat sebarang pembayaran sejak 2010 dan sebelumnya.


Saya tanya PTPTN, jika peminjam tersebut datang dan mula bayaran dengan hanya RM100 sebagai contoh, apakah mereka terlepas dari CCRIS? PTPTN jawab, itu pun dah cukup sebab sekurang-kurangnya mereka tampil untuk membuat bayaran setelah bertahun-tahun tidak menjawab surat menyurat PTPTN.


Kalau tengok statistik di bawah, ada peminjam yang patut mula bayar pada tahun 2000, 14 tahun yang lepas, yang tak bayar satu sen pun! Apabila ditanya tentang peminjam tersebut, pengurusan PTPTN kata ada yang sudah menjadi pegawai kerajaan dengan jawatan tetap yang masih lagi tidak mula membayar balik pinjaman PTPTN mereka.


Saya juga dimaklumkan bahawa tindakan CCRIS ini tidak dibuat serta merta. PTPTN akan bagi masa tiga bulan untuk 183,486 individu ini tampil untuk membuat pembayaran, walaupun sedikit mana pun, supaya tidak dimasuk dalam CCRIS.


Saya rasa cadangan terkini daripada PTPTN ini masuk akal. Lain lah kalau grad baru yang susah nak cari kerja menjadi sasaran. Ini mereka yang patut mula bayar empat tahun lepas dan sebelumnya yang langsung tidak buat apa-apa. Kalau betul ada kes-kes miskin tegar, saya rasa PTPTN akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi kalau ada kes, sepertimana siasatan PTPTN, di mana peminjam dah ada kerja tapi langsung tak buat apa-apa pembayaran balik saya rasa tak patut.


Kita kena ingat PTPTN adalah tabung pusingan. Kalau tak dibayar balik, anak muda masa akan datang takkan dapat kemudahan yang sama. Kita mesti adil kepada mereka.

21 comments:

  1. Jgn bagi peluang budak-budak tu. Saman kaw-kaw dia org yg tak byr PTPTN. Ingat duit mak bapak dia ke? Dan paling best, 90% mesti budak Melayu. Biar dia tau siapa PTPTN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.....lagi bagus kalau bagi bankruptcy kat budak2 tu. Kalu bole dgn mak bapak dia sekali. Baru 1msia

      Delete
    2. Pada nisbah 10 peminjam, 8 bukan melayu dapat pelepasan tak perlu bayar. Hanya 2 melayu yang tak perlu bayar.
      Kenapa?.
      Sebab kebanyakkannya sibok berpolitik dan berpacaran.
      Berbanding bukan melayu yang sebok belajar bersama teman mereka.

      Delete
  2. Kalu aku PM Msia, dah lama aku mansuhkan ptptn dan tukar jadi biasiswa. Sebab? Aku tak nak tanggung dosa suruh budak2 bayar riba. Lagipun duit tu duit cukai rakyat, bukan duit bapak aku.

    Ko nak marah ko punya pasal. Tapi kalu ko atau anak ko masuk U, aku akan bagi biasiswa jugak. Aku akan bantu ko dan anak ko belajar dengan mudah. Aku tak akan buat ko blacklist atau ccris. Sebab? Aku takut kat kubor nanti malaikat balon aku sebab bagi ko riba.

    Kalu aku PM laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang sangat Bernas..

      Kalau anom nie Bertanding, aku sanggup berkempen, kutip derma dsbnya..

      Kalau PM Najib.. Hutang Negara boleh bertambah, rakyat juga nak kena bayar..

      Baik aku pilih kau...Bernas jugak Otak Kau..

      SEBAB : Produktiviti Rakyat akan Meningkat BIla Beban Diri Hutang tak der dalam kepala Otak.. Mika nie boleh kerja sungguh2.. kereja kuat..

      Najib Boddoh Lembu pon lagi bijak drp Naji Bahalul Bhaghall

      Delete
  3. Ini pun menteri 20 sen....sesiapa yang sokong cakap dia pun 20 sen juga dulu cakap lain sekarang cakap ( curry ball)....

    ReplyDelete
  4. PETUA DAN NASIHAT UNTUK KEHIDUPAN DI AKHIR ZAMAN INI.

    Tahukah anda bahawa puak yahudi illuminati mempunyai 10 agenda yang tersembunyi?

    Agenda mereka yang paling utama ialah untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia menjadi hanya 500 juta. (Sedangkan penduduk dunia kini ialah 7 billion).

    Bagaimanakah puak yahudi illuminati ini akan menjayakan rancangan jahat mereka?

    Terdapat 5 cara yang digunakan oleh puak yahudi illuminati untuk membunuh manusia.

    1. Suntikan. (Setiap suntikan yang diberikan oleh jururawat terdapat bahan kimia yang beracun. Elakkan dari mendapatkan sebarang suntikkan).

    2. Florida. (Air Minuman kita telah dicampurkan dengan florida kononnya untuk menguatkan gigi tetapi sebenarnya merupakan racun. Oleh itu cubalah minum air mineral).

    3. Chem Trials atau disebut pembenihan awan. (Terdapat banyak kandungan bahan kimia yang disemburkan di langit kononnya untuk menurunkan hujan tetapi kandungan kimia tersebut boleh meracuni tubuh badan, air dan tumbuhan. Oleh itu cubalah sedaya upaya anda untuk sentiasa membersihkan tubuh anda dan kurangkan aktiviti luar sekiranya anda terjumpa Chem Trails iaitu bentuknya seperti jalur putih di langit ).

    4. Ubat-ubatan. ( Setiap ubat yang dihasilkan oleh syarikat yahudi telah dicampur dengan bahan beracun. Oleh itu amalkan mengambil herba semulajadi untuk berubat).

    5. Pewarna makanan. (Makanan segera seperti Mcdonald, Kentucky, Coca Cola dan sebagainya telah dimasukkan bahan tambahan yang amat merbahaya. Oleh itu elakkan makanan segera dan amalkan makan dirumah).

    Sila cuba sedaya upaya anda untuk elakkan diri dan keluarga anda dari menjadi mangsa yahudi illuminati.

    Tolong sebarkan kepada seluruh keluarga dan kenalan anda untuk menyelamatkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen diluar tajuk belajar menyampai komen mengikut tajuk yang diberikan baghal punya anon 2104.

      Delete
  5. Dah pinjam bayar laa ptptn-bergaya naik kete bru,belanja awek mcm2 tapi hutang masa sekolah tak byr-yg lama tak byr tu selidik sebab tak byr- kalau anak org kaya yg saja taknak byr ptptn penjara kan jer-tak kira la anak menteri kaa-

    ReplyDelete
  6. Salam 1rasuah,

    Proxy malasyu dah menang. Apa untungnya kpd rakyat? Dapat universiti? Lbh ramai graduan x cukup A dpt degree nnt maka perebutan jawatan degree makin tinggi. Jawatan dlm kerajaan makin sedikit. Guru pun dah kena pilih2 x automatik posting dah. Graduan x cukup A ini sudahlah xkan bayar ptptn tapi akan menambah PATI di dalam negara, jenayah dan gejala sosial pasti akan bertambah. Drpd bina university lebih baik bina kandang lembu atas tapak itu dpt juga hasil dpt kurangkan import livestock setiap kali raya...he he he

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 4A-3A diploma, 2A-1A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bina kandang lembu pun tak guna kerana pekerjanya tetap PATI.

      Delete
  7. macamana nak bayar pendapatan purata rakyat masih RM3500
    kalau pegawai kerajaan tp kerja baru 5 tahun berapa lah sgt gaji pokok
    dan ramai yg ambil loan kerana syarat pinjaman hny tlh berkhidmat setahun dan tetap Kalau betul nak ambik balik ptptn ketatkan syarat pinjaman

    dan betul ke ptptn kata "Hujah PTPTN, kalau grad pada tahun 2010, takkan satu sen pembayaran pun tidak boleh dibuat?" Bayar 20 sen jer lah .

    Dr sumber mana mulanya dtg duit ptptn ?

    ReplyDelete
  8. Salam 1rasuah,

    Firman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

    Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN. MO mereka, lesen kolej diberi kepada kroni, student akan berhutang dengan PTPTN, kolej dapat bayaran full, student berhutang dengan kerajaan (duit rakyat ) dan kerajaan tanggung hutang bila student tidak membayar, kolej tetap untung tanpa risiko. Kroni terus mengaut untung.

    Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduate bodo

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ReplyDelete
  9. ana setuju.tutup je la ptptn tu.budak lepasan spm amik kemahiran lps tu kerja terus.dh gred pun,nk dpt keje pun susah.lainlah klu ade kabel.

    ReplyDelete
  10. ramailh pemuda melayu harapan bangkrapsi.lg baik meniaga lembu,tak pyh byr 1 sen besi.

    ReplyDelete
  11. Aku belajar di zaman tak ada ptptn zaman kolej / universiti swasta tak melambak masuk u apply biasiswa negeri /jpa dan hampir semua student dapat...jealous dengan kawan2 sabahan elaun mereka lagi lebat

    Itu dulu la zaman kerajaan melihat rakyat sebagai aset modal insan negara sekarang rakyat dilihat sebagai modal untuk berniaga dengan jaminan keuntungan dalam semua hal termasuk infrastruktur

    Malangnya masih ramai melayu 'bersyukur' dengan kezaliman ini bila didodoikan dengan gula2 dan perkauman sedang hakikat hak dan milik kita dijual /dinafi kan satupersatu

    ReplyDelete
  12. Masa aku belajar dulu, aku pakai MARA dan tak perlu bayar sesen pun...Tapi sebab bini aku amik PTPTN, terpaksalah aku bayar tiap2 bulan...Nasib baik gaji aku laki dan bini cukup untuk bayar sebulan RM100.Patutnya belajar ni tak perlu berhutang.Baik tak payah belajar macamtu.baik buat bisnes kerepek!

    Nak buat macamana, hutang mesti dibayar, tapi kalau nak tengok statistik pengangur di Malaysia ni, sangat lah ramai..main reason kenapa tak bayar PTPTN

    http://linkemat.blogspot.com/2014/09/56-graduan-universiti-menganggur.html

    ReplyDelete
  13. Suka hati umngok la apa depa nak buat.nak pinjam pi pinjam tak nak pinjam jangan sambong belajar.Rakyat bodo senang prentah, rakyat pintar menyusahkan dan kalau tak suke ptptn reramai tinggallah di negara yang ada pendidikan percuma.

    ReplyDelete
  14. Menteri zumba ni menghabiskan duit rakyat je bayar gaji dn elaun dia ....

    ReplyDelete
  15. HASIL DARI PEMERINTAH BANGSAT..!!!

    ReplyDelete
  16. SIMPLE SIDE INCOME.

    www.rezekijiadi.blogspot.com

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...