Thursday, 9 October 2014

PAKATAN RAKYAT TOLAK GST ( CUKAI BARANGAN DAN PERKHDIMATAN ) TETAPI MAU CST ( CUKAI KEUNTUNGAN MODAL BAGI EKUITI ).



Pakatan Rakyat hari ini melancarkan belanjawan alternatif mereka sehari sebelum pembentangan Bajet 2015 dengan memperkenalkan dua cukai menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bercakap dalam sesi penerangan belanjawan itu di Parlimen hari ini, MP Serdang Ong Kian Ming berkata cukai itu adalah cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai warisan harta.

Berbeza dengan GST yang bersikap regresif dan melibatkan mereka yang berpendapatan rendah, beliau berkata kedua-dua cukai itu bersifat progresif dan melibatkan golongan yang mampu.

"Kedua-dua cukai ini dapat membantu pendapatan dan alternatif baik kepada GST," katanya yang menjadi sebahagian jawatankuasa belanjawan Pakatan.

"Kerajaan selalu berkata GST bagus kerana lebih dari 100 negara gunakannya... Tapi CGT yang telah dilaksanakan lebih 127 negara lain," katanya lagi.

CGT dikenakan kepada perolehan keuntungan yang diperoleh oleh seseorang seperti penjualan stok saham, syarikat atau hartanah.

Ong berkata dengan pengenalan cukai tersebut, dijangka dapat mengutip sehingga RM3 bilion pada tahun pertama sekiranya dilaksanakan.

"Di Malaysia hanya keuntungan dari penjualan rumah dalam lima tahun pertama pembelian dikenakan cukai. Keuntungan urusniaga modal lain tidak dikenakan cukai," kata beliau.

Sementara itu cukai warisan harga dikenakan ke atas pemindahan aset di kalangan golongan kaya.

7 comments:

  1. Maka hampir kesemua para pengembala berkumpul lalu membawakan satu lagi khabar gembira untuk semua ternakan..sehari lebih awal pada pembentangan dari pemerintah yg sah..adapun tujuan utamanya semata2 untuk mengelakan ternakan mereka dari mempercayai dan menaruh harapan pada pembentangan dari pemerintah yg sah itu .. Kerana sesungguhnya apa yg dibawakan oleh para pengembala itu ..tidak diberatkan untuk ditunaikan kerana mereka bukanlah pemerintah .. Pastinya apa yg dibawakan oleh para pengembala itu sangat membuai perasaan ..

    ReplyDelete
  2. eluk jugak kalau tak syarikat buat mcm mcm nak tambahkan untung dr tahun ke tahun Tambah sikit penambahan kebaikan dah baik kat charge Dan pekerja tak dpt bonus dan kebajikan pun tak seberapa sgt Dgn cukai ke atas untung hrp hrp syarikat akan fikirkan faedah utk pekerja secara tak langsung motivasi perkerja meningkat dan negara menjadi betul betul maju

    ReplyDelete
  3. salam,
    setuju........gst kena keseluruhannya tetapi menutupi vvvip yg harta tak terkira .
    cst kena pada keseluruhannya tetapi lebih pada vvvip yg untung tak terkira.
    maka adil utk semua rakyat malaysia , dimana yg miskin kena cukai sedikit yg kaya kena cukai lebih dgn itu kerajaan dapat lebih byk malah kekayaan seimbang dimana yg kaya tak terlalu kaya yg miskin tak terlalu miskin.
    namun harapan hanyalah harapan tetapi pkr berusaha yg terbaik buat rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  4. buat unknown..so stupid..itu cadangan yg blh dipertimbangkn oleh pemerintah 47%

    ReplyDelete
  5. Kah ah ....budsk nuor ni bodoh.....degree klas 3 dri um....ada otai pkr ckp tak abis blajar pun...gaji 1 ringgit elaun klaim 15 juta....lsngkah bangang kajang ko nk campak ke mana plakk...campak jer ke sg buloh...

    ReplyDelete
  6. Nnti dlm senyap2 najib tiru lh...nk harap diri sendiri dn barisan kabinet umno/bn bangang2 belaka .... ada banyak idea pun semuanye utk merompak khazanah negara je...he he he

    ReplyDelete
  7. GST = GENG SONGKOK TINGGI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...