Thursday 9 October 2014

PERUBAHAN GAJI AHLI PARLIMEN ... AKHIRNYA ANWAR SETUJU TETAPI BERSYARAT ... KADAR YANG RENDAH DAN MUNASABAH.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau menegaskan kenaikan itu harus dilakukan dengan kadar yang rendah dan munasabah kerana ia sudah lama tidak dinaikkan.

"Saya menunggu cadangan daripada kerajaan, dan pada dasarnya kita setuju kalau kenaikan itu pada tahap yang rendah dan munasabah," kata beliau kepada Malaysiakini di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Anwar telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan gaji para MP.

Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau berkata cadangan kenaikan pada 2012 sebelum ini tidak dipersetujui pembangkang.

Anwar berkata beliau sebelum ini menolak cadangan tersebut pada 2012 kerana kenaikan itu terlalu mendadak dan tinggi.

"Dulu saya telah membuat kenyataan menolak kerana kenaikan itu agak mendadak.

Tetapi oleh kerana cadangan dan bertahun tiada kenaikan, kita bersetuju tetapi dengan kadar yang kita anggap munasabah," kata beliau.

RAKYAT SEDANG MENUNGGU ANGKA YANG DIANGGAP RENDAH DAN MUNASABAH .. SOKONGAN PERLU DIBERIKAN ALASAN DAN RASIONALNYA YANG RAKYAT BOLEH TERIMA.
 

21 comments:

  1. Nuar tak setuju pun tak apa. Sebab menurut faekah dia dah rembat RM15juta dari selangor. La ni anak didik dia jadi mb , lagi banyak boleh sebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 Billion ada dalam poket MB Selangor la ni.. mai mai semua kroni Azmin.. kita beraya sakan RM3 Billion!

      Delete
    2. tuuuu dia cai cai dah mari...

      Delete
    3. Salam,
      Harga minyak naik harga barang juga naik gaji penjawat awam juga naik gaji mp juga nak naik berapa peratusan harga akan naik tahun tahun depan???? Rakyat pasti semakin bimbang saraan hidup yg tak seimbang malah tak setimpal dgn gaji skrg.

      Delete
  2. Dulu tolak sebab nak tunjuk jaguh depan rakyat... sekarang kene naik , dapat la gaji berganda untuk pencacai PR yang sedang duduk dua kerusi DUN/ Parlimen. Baru boleh tunjuk kereta baru pada rakyat pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap banyak..... kalau ada hati nak rasa..... jadilah wakil rakyat di parlimen atau DUN. Jadi pencacai lubang taik dapat 50 sen saja...

      Delete
  3. penyokong & pembnkng sama sj...sume pncacai yg kena tnggung & "ikat perut"...

    ReplyDelete
  4. naik 20sen ke 40sen???

    ReplyDelete
  5. Semua MP sama takira BN / PR. Yang merana penoreh getah. Masa kempen siap datang tolong toreh getah orang bila dh jadi MP hangpaa lupaa kami. Memang BARUA SEMUA MP.

    ReplyDelete
  6. dia bl jmpe brpeluk2 n mnum/mkn mahal2,jd sape yg tnggung...pncacai jmpe asyik nk gaduh2 je...sadis sngguh,tula realiti...

    ReplyDelete
  7. 15 juta tu rendah dan munasabah?

    ReplyDelete
  8. aku cadangkan naikkan gaji mp sebanyak 20 sen, daripada RM6,500 ke RM6,500.20

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju sgt2

      Delete
    2. Salam,
      Naik 20 sen baik tak yah naik, sepatutnya 10% .

      Delete
  9. aku rasa 24juta blh bg kak ros sbg sumbangannye kpd negara dan sbg FLOM..

    ReplyDelete
  10. Gaji naik ...elaun naik 15 juta...barang naik china doll pun han sappp....babii

    ReplyDelete
  11. sape2 yang jadi adun+mp masih nak ikat perut ke? makan besar nampak..

    ReplyDelete
  12. Anwar tentang dahulu sebab nak beli mp. Kalau gaji naik, lagi banyak wang anwar perlukan nak beli mp.
    Sekarang pun sama, cuma dia ada 3b maka naik macam mana pun anwar tak kesah. 3 b akan diguna pakai beli mp.

    Azmin nak derhaka, jadi tski ke 2 kalau derhaka.

    ReplyDelete
  13. kau asik brgduh,mp2 ketawa trbahak2 d luar...kau bodoh pnya olang

    ReplyDelete
  14. Apa masaalahnya ?

    ReplyDelete
  15. SIMPLE SIDE INCOME.

    www.rezekijiadi.blogspot.com

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...