Sunday 8 July 2012

BERITA GEMPAR GEMPA BUMI!!!... BEKAS SETIAUSAHA DUN PERAK YANG TERLIBAT DALAM RAMPASAN KUASA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT, KINI BERSAMA-SAMA DENGAN PAS!!!!!



Semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

“Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan.

“Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak,” ujarnya.

Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi rampasan kuasa oleh BN.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak ‘mesra’ BN sebelum beliau mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.

Nama beliau menjadi sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis DUN Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang DUN tanpa pengetahuan Speaker DUN yang Sah ketika itu, V Sivakumar.

“Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian PAS tidak lama lagi..

UMNO IS DEAD....PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN.

7 comments:

  1. bolih percaya ke malaon ini takut nanti jadi ..........yang tak disangka buah nangka jadi cempedak

    ReplyDelete
  2. HARAM JADAH sedang merancangan memasukkan ular kepala dua dalam parti pakatan rakyat. AWAS, maklumat terkini daripada blogger HARAM JADAH Songkok 8"

    ReplyDelete
  3. Takut jadi yg mcm umno kampar haritu..berbelit belit...apesal ler PR ni kena tipu..ngan brahim katak kena tipu...ngan zul kulim kena tipu n the geng...hati2 jgn seronok sgt ngan malaon umno ni..bl2 bleh berubah...

    ReplyDelete
  4. sejahat mana pun dia, jika nak berubah, kenapa perlu dikeji macam2..umar ra dulu lg kejam terhadap nabi saw dan org Islam tp apabila mahu menerima Islam, nabi saw dan sahabat menerima dgn tangan yg terbuka. beliau sekarang mahu bersama PERJUANGAN ISLAM, kita patut mengalu2kannya.

    urusan hati atau tipu daya jika beliau mahu bersama jemaah biar Allah swt yg membalasnya, kerana Dia adalah sebaik pemusnah tipu daya. kita kena yakin dgn janji Allah

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak-banyak ungkapan 'PAS GANTI UMNO' yang paling aku tak suka.

    PAS adalah PAS, UMNO adalah UMNO... PAS tidak wajar mengganti UMNO. PAS hanya mengambil pemerintahan negara tetapi bukan sebagai tempat untuk sikap assabiyah berkumpul dan bersarang. PAS berwadahkan Islam... maka Islam adalah tempat pertama, kedua, ketiga hingga ke akhir di dalam perjuangan PAS... keutuhan bangsa Melayu dan kesepaduan semua bangsa hanya kesan sampingan apabila Islam sebagai Ad-Din diangkat secara praktikal di dalam pentadbiran dan kehidupan negara Malaysia yang berkebajikan beracuankan Islam tanpa mengorbankan dan melucutkan hak-hak masyarakat bukan Islam mahupun rakan-rakan parti bukan berasaskan Islam.

    Jadi berhati-hati dengan ungkapan ini, jika selalu diungkapkan tanpa sandaran yang tersirat mungkin menjadi doa yang membinasakan PAS... jangan doakan PAS mengikut langkah UMNO.

    Wajarnya ungkapan adalah 'PAS memimpin Malaysia'.

    ReplyDelete
  6. MAKA BERTAMBAH HITAM MATELIK LAH ORANG TU...

    ReplyDelete
  7. Aku MEMANG TAK SUKA PAS!! SEBABNYA AHLI-AHLI PAS TERLALU BAIK SAMPAI ORANG MAKI PUN DIAM AJE. SEDARA AKU PENYOKONG UMNO TOTOK. MASA DEKAT NAK MATI PUN KATA MAHATHIR BAIK. ITU TAK APE DIA KATA MAHATHIR ULAMAK. gILA KO? AKU RASA NAK CEKEK JE BIAR DIA MAMPOS CEPAT. NAK JADI CERITA SELEPAS DIA SEPAK BALDI (ORANG jAWA KATA KICK THE BUCKET) MAIT DIBAWA KAT SURAU. YANG URUSKAN ORANG PAS, YANG SOLATKAN ORANG PAS!! (ORANG UMNO TAK DE MUNGKIN SEBUK DENGAN PEMBANGUN NEGARA ATAU TAK RETI SOLAT MAIT ATAU SELUAR DIA KOTOR ATAU TAK DE SONGKOK!!) MASA HIDUP TAK NAK KE SURAU! DAH MATI BOLEH PULAK KE SURAU. DAH LAH TAK SOLAT. BARING PULAK DEPAN MAKMUM!! APASAL TAK MANDI KAT RUMAH YANG HARGA RATUS RIBU? ITULAH SEBABNYA AKU TAK SUKA PAS. ORANG TAK SUKA HUDUD PUN DIA SOLATKAN!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...