Wednesday 25 July 2012

POLIS SAHKAN TIADA KES PENYELEWENGAN BERHUBUNG 'SKANDAL' KGT...SAH!!!... YANG MEBANGKITKAN ISU INI TELAH MENIPU DAN MEMBUAT FITNAH!!!!

Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.


“Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan.


Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT.


Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

PERKATAAN TEPATNYA IALAH....SUDAH KANTOI!!!... TERBUKTI YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS TERUTAMANYA BLOGGER PRO UMNO ITU MEMBUAT FITNAH JAHAT LAGI JIJIK.

AKHIRNYA KEBENARAN TERSERLAH JUA.

1 comment:

  1. Kata polis mohong ... nie mau percaya plak ka sama statement dari polis ???? mcm ping pong daa poning kopalo eden

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...