Monday 9 July 2012

LAGI SEKALI LIDAK BIAWAK RASMI UMNO, UTUSEKS MELOYA SUDAH KENA KANTOI!!!....KALI INI KISAH SEPASANG SUAMI ISTERI MENGAMUK DIKATAKAN MAU MENGULINGKAN KERAJAAN....AKHBAR SINAR HARIAN CERITA LAIN PULA PADA INSIDEN YANG SAMA!!!!!


Pasangan mengamuk di perkarangan JPM.....UTUSEKS MELOYA

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSEKS MELOYA

INI PULA SUMBER DARI SINAR HARIAN

Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya....SINAR HARIAN


KENYATAAN RASMI PDRM 

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek

Lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota
MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.



PELIK BIN HAIRAN BIN ANEH BIN AJAIB.....KISAH YANG SAMA TETAPI BERLAINAN CERITA....SANGGUP UTUSEKS MELOYA BUAT FITNAH KATA KEDUA PASANGAN ITU MAU MENGULINGKAN KERAJAAN SIAP DENGAN BERTAKBIR ....

14 comments:

  1. bodoh utuseks meloya ni...babi umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan nak jadi imam mahdi..??buat blog pastu jadi pencacai PR..pergh..pastu mampus kena tembak..hahaha...!

      Delete
  2. Saudari, mohon letak sumber berita(url ke), baru orang diluar sana berasa yakin.

    ReplyDelete
  3. apa bezanya?sama jer...........janji diorang mmg penjahat

    ReplyDelete
  4. Nak gulingkan kerajaan stakat p jpm,knp xp tangkap bung najib n mbak rosmah,jd kn tebusan.soh letak jawatan br macho,ni buat org gelak teguling guling mcm tenggiling..siap betakbir lg,tp aurat nampak pusat..barangkali solat pn cmni jgk kot malaun ni..salah tempat mau tnjuk samseng daa..

    ReplyDelete
  5. sama dengan penulis ni. highlight benda2 lain. tapi kesimpulannya.. 3 oranng ni mangkuk hayun (orang ketiga tu penulis artikel ini)

    ReplyDelete
  6. Sinar tak siarkan pasal ownernya dah terminum air kaki Pok Nik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cai PR apa pun boleh..percaya sangat la dengan bewak pok nik tu..keh keh...tgok..kan dah sesat...

      Delete
    2. setuju sangat.....ai...baca utusan lak rupanya......
      sebenarnya sinar tu la yg menipu mengatakan pasangan tu suami isteri, sebenarnya bukan suami isteri....ke hasil kul 3 pagi gak la ni.....

      Delete
  7. Kalau semua akhbar menulis cara yang sama, baik takyah berikan permit (kebenaran) untuk pelbagai jenis akhbar.... Ngok jugak lu ni penulis....
    Tak semua wartawan mahu melaporkan perkara yang berlaku secara telus.
    Saya tidak menyokong atau membangkang apa-apa saja berita yang ditulis, tetapi membuat perbandingan antara bahan bacaan yang dibaca kemudian memikirkan apakah natijahnya. Namun bagi penulis... perbandingan dibuat untuk menimbulkan kesan buruk dikalangan pembaca blog ini....
    Satu lagi persoalan... jika akhbar Sinar Harian boleh ditulis dengan betul mengapa akhbar Utusan Melayu di tulis "Utuseks Meloya"..???
    Penulis yang dangkal fikiran.
    Terimakasih.

    ReplyDelete
  8. setuju dengan penulis. org umno ni memang dangkal sebab byk sgt baca utusan meloya. quran letak tepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi malaon ni banyak sangat baca harakah niii..org baca Quran tak buat camni.apa nak jadi la cai PR ni...dari sehari ke sehari tindakan mereka makin tolol & tidak terduga oleh akal..keh keh..mmg x de akal lagipun cai PR ni...jadi imam mahdi la.pasni jadi apa lak..??gaban..??hahaha

      Delete
  9. tujuan si pengamuk tu tidak jelas... Mungkin dia nak cari seseorang yang dia rasa tak puas hati..Mungkin betul beliau bertakbir..

    Adalah sangat malang apabila kalimat takbir ini difahami oleh wartawan utusan sebagai milik pengguling kerajaan yang sedia ada..

    Dalam ertikata lain, wartawan nak kata orang pro gomen tidak bertakbir

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...