Friday 20 July 2012

POLIS INSPEKTOR YANG BELASAH 2 ORANG PEKERJA HOTEL SERTA MEROSAKKAN BEBERAPA BUAH KERETA TELAH DITAHAN DIDALAM LOKAP....OLEH POLIS SEREMBAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN....DISAHKAN SENDIRI OLEH KETUA POLIS DAERAH SEREMBAN.

Polis mengamuk: Ketua Polis Daerah sahkan pegawai terbabit sudah ditahan


SEREMBAN – Polis sedang menyiasat tindakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyerang dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja di kaunter lobi hotel berkenaan akibat tidak berpuas hati atas sebab-sebab tertentu.

Akibat serangan itu, kedua-dua pekerja terbabit mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

“Kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu yang dikatakan turut merosakkan kenderaan di luar hotel. Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat.

“Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Saiful Azly bagaimanapun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pegawai polis terbabit berada di dalam pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian.

“Ujian urin dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kita menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa dengan menggunakan pemegang pistol," katanya.

Sementara itu, kejadian amuk berkenaan yang dirakam menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak hotel terbabit, turut dimuatkan dalam laman Youtube.- SH

Polis mengamuk: Ketua Polis Daerah sahkan pegawai terbabit sudah ditahan

3 comments:

  1. Takkan test urine peg. polis positif?Ini semua wayang kulit PRDM. semua bolih dibuat Bib.Penyanyak yang paling tak bolih dipercahayai PRDM.

    ReplyDelete
  2. tak guna pistol opah dia! yang dalam video tu apa?

    ReplyDelete
  3. Ketua Polis N.S kata tak pakai pistol?? Yang dia dok tunjai kat muka mamat tu apadia??? Anu dia??? Masa Musa Hassan ada dulu, disiplin polis meningkat sikit. Kini...?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...